16

Family Series 2959

Zufir bertentang mata dengan Firman. Dia tak suka. Firman pulang bersama ayahnya dari hospital. Lelaki di hadapannya itu merupakan abangnya, tak sama ibu. Dia berasa janggal apabila melihat muka lelaki itu dalam rumah dua tingkat selama ini diduduki oleh dia dan ayahnya, Rahman.

Tapi semalam. Zufir menerima panggil dari nombor ayahnya, tapi yang mendail bukan Ayah Rahman. Terkejut dia mendengar suara Firman dihujung talian. Harini mereka bersemuka, setelah dia dipermainkan oleh Firman malam tadi.

"Hai… " tegur Firman.
"Ayah… " Zufir tidak peduli teguran Firman. Sebaliknya mendapatkan ayahnya.
"Zufir tunjuk Firman bilik dia .. "
"Err… tak …tak… tak nak… " balas Zufir gagap.
"Kenapa?... Zufir kamu?..." Rahman seperti dapat mengagak sesuatu. Matanya menatap tepat mata Zufir dan dahinya berkerut. Apakah?. Segera dia naik ke tingkat atas terus masuk ke bilik. Ditinggalkan Zufir dan Firman berdua dibawah.

“Uwek!... ZUFIR!!.. “ Tinggi suara Rahman memanggil Zufir. Bau tajam menusuk hidungnya apabila menguak pintu bilik Firman.

Zufir yang mendengar jeritan ayahnya menjadi takut. Dia sudah duga ayahnya akan naik angin. Tapi dia tetap melakukan perkara buruk itu. Dia berdiri tegak, tidak bergerak.

“Zufir… kenapa bilik Firman bersepah?... kenapa ada tumpahan cat?... atas lantai… atas tilam… atas meja… langsir… habis semua. Kenapa? .. “ soal Rahman.

“Er…a…a…tak tahu… “ jawab Zufir. Dia tahu dia salah tapi tidak mahu mengaku. Firman di hadapannya tersengih kecil, tapi masih dapat ditangkap oleh mata Zufir.
“Kenapa kau suka!...” Zufir seperti mencari fasal dengan Firman.
“Saja… “ jawab Firman sambil hinjut kedua-dua bahunya.
“Ish!” geram Zufir.

--------------

Rahman melihat kelakuan kedua-dua anak lelakinya itu. Peristiwa yang berlaku di hospital masih bermain dimindanya. Zufir dan Firman tak sehaluan. Terutama Zufir. Pergaduhan yang tidak disangka sampai dia melempang pipi milik Zufir dihadapan Firman.

“Sudah… sudah… harini Firman duduk sebilik dengan kamu Zufir…” Rahman cuba meredakan keadaan
“Huh??... TAK NAK!… “ Zufir menolak laju.
“Pastu… Firman tidur mana?... nak…” belum sempat Rahman menghabiskan kata Firman menyampuk.
“Firman tidur dengan ayah… “
“TAK BOLEH!... KAU TIDUR DENGAN AKU!... “ mengalah Zufir dalam garang.
“Hmmm?” Firman terkejut dengan usulan dari Zufir. Dia tak mengharap akan kongsi sebilik dengan Zufir. Keningnya sedikit terangkat.

-------

Firman mengekor Zufir menuju ke bilik yang bakal mereka duduki bersama, BILIK ZUFIR. Firman tersenyum kesukaan. Apabila memikirkan dia kan berkongsi bilik dengan Zufir, Firman terasa teruja, terselit sedikit perasaan gembira. Sebilik dengan Zufir.

“Hmmm… “ Zufir
“Hmmm… “ Firman
“Hmm..” Zufir
“Hmm..” Firman
“Hm..” Zufir

“Kau tak boleh cakap ke?” Firman
“Pandai pulak cakap?” Zufir
“Ish!..” Firman
“Hehe…” Zufir
“Kau suka?... “ Firman cuba memancing apa perasaan Zufir. Apakah Zufir merasakan seperti apa yang dia rasakan sekarang?. Gembirakah Zufir? Tercalitkah perasaan suka apabila mereka bersama semula?. Tapi dia tak berani bertanya.

“Besar bilik kau… “ komen Firman. Firman cuba mematikan fikirannya dengan berbasi-basi dengan Zufir.

Bilik Zufir. Ini pertama kali dia masuk bilik Zufir. Sebuah katil saiz King di tengah-tengah ruang. Sebelah kiri katil terletak almari baju. Sebelah kanan pula meja belajar berdekatan dengan beranda luar bilik. Tandas di hadapan katil. Pintu masuk bersebelahan dengan almari. Bilik dicat dengan warna hijau lembut pastel. Dihiasi dengan foto-foto Zufir dan Ayah Rahman. Firman cemburu.

“Engkau nak belah mana? Kiri ke kanan?... “ tanya Zufir
“Kenapa?... engkau nak pasang tape merah ke?... macam tidur berasingan… ini kawasan aku ini kawasan kau ke?” usik Firman.
“Oh… kalau kau setuju. Aku buat… aku pergi beli tape… merah plus glow in the dark!… “
“Aku beritahu Ayah Rahman… “
“Ish!... cepatlah… kiri ke kanan?!”
“Mana-manalah… janji sebelah kau… “ balas Firman. Dicampak beg di atas katil.

----------

HARI PERTAMA

Rahman memanggil anak-anaknya turun untuk makan malam. Kedengaran laju dan hentakkan anak tangga kuat dari atas. Sampai sahaja diruang makan Zufir dan Firman berebut hendak duduk sebelah Rahman. Meja makan satu dan empat buah kerusi disusun bertentangan, dua menghadap dua. Tapi kerusi sebelah Rahman menjadi rebutan. Gaduh.
Zufir menang!.

“Kamu berdua duduk baik-baik. Jangan gaduh depan makanan… “ Rahman seperti dapat mengagak masalah ini akan berlaku.
“Firman sampai dulu!” kata Firman yang masih berdiri.
“Tak… ni tempat biasa Zufir!” balas Zufir pula setelah dia berjaya mendapatkan tempat duduk disebelah Rahman.
“Firman duduk depan ayah… “
“Tak nak… hmmm… Firman duduk sebelah ayah bukan depan ayah“ Firman menolak. Sebaliknya dia mengalih kerusi dihadapan Rahman ke satu sudut meja, sebelah Rahman.

Zufir melihat kelakuan Firman. Matanya tidak lepas dari Firman. Apabila melihat Firman mengalihkan kerusi hatinya tak suka.
“Ish…”

“Sudahlah Zufir… makan… esok ayah nak kamu berdua kemas bilik Firman. Cuci semua… tanggal semua cat… pastu pergi beli tilam baru… langsir… cadar… semualah yang rosak… bukan boleh basuh pun cat dari kain… haii… Zufir lain kali nak buat perangai janganlah susahkan diri…“ panjang lebar Rahman tegur Zufir.
“Berdua ke!” tanya Zufir, dia tak peduli dengan ayat hujung Rahman. Nasihat tak masuk pun dalam kepalanya.

“Haah… Zufir dengan Firman. Zufir jangan bantah. Kali ini kamu yang salah. Kenapa pergi tuang cat dalam bilik Firman. “
“Okay… “ jawab Firman
“Tak Okay… “ balas Zufir sambil membeliakkan matanya kepada Firman.
“Kena okay juga Zufir. Esok ayah nak pergi tempat belajar kamu. Ayah nak tangguh kamu satu sem”
“Kenapa?... ayah… ayah…“ gagap Zufir tiba-tiba. Tapi dipotong oleh Firman
“Firman tangguh juga ke ayah?”
“Kamu kena tanya atuk kamu… kalau kamu still belajar… ayah hantar kau masuk asrama semula… “
“Yeay!!!.. Aku cuti kau masuk asrama” Zufir gembira. Senang hati apabila Firman berpeluang masuk asrama semula.

“Makan… “ ajak Rahman.
“Ayah masak?” tanya Firman.
“Tak… ayah beli… hehe… “ balas Rahman. Suka dia usik Firman.

-----------

MALAM HARI PERTAMA

Zufir dan Firman berbaring sekatil. Bilik gelap tapi diterangi dengan lampu meja belajar disebelah Zufir. Zufir mengambil sebelah kanan katil, manakala Firman sebelah kiri. Diletak bantal peluk panjang ditengah-tengah seperti penghadang antara mereka berdua.

"Kenapa tak tampal saja tape?" Soal Firman seperti memerli.
"Esok aku beli… lagipun esok kau dah pindah bilik kau… " balas Zufir.
"Kau tak nak tidur lagi ke?"
"Selamat ke aku tidur sebelah kau?..." Soal Zufir seperti mempersoalkan keselamatan dirinya.
"Kenapa?... Kau suka aku ke?"
"Dah lama terpadam…terhapus jadi abu… tak ada dalam hidup aku lagi… titik"
"Aku boleh bibitkan semula… " Firman cuba mengusik.
"Uwek!.." geli Zufir mendengar ayat itu.
"Hehe… aku suka kau… aku akan tunggu… " usik Firman lagi.
"Yargh!.. "

"Hehe… kau tunggu sajalah Zufir… kau dan ayah Rahman akan sayang aku semula… "
"Perasaan yang terpadam berpuluh tahun takkan berubah sekelip mata…" Balas Zufir yakin.
"Kenapa… sepatutnya kau sayang aku… hanya ayah Airil jadi musuh kau… kenapa?" Firman cuba mempersoalkan perasaan benci Zufir terhadap dirinya.
"Aku benci kau dan ayah Airil…"
"Kenapa?..."
"Tidurlah!..."
"Lampu menyala lagi…"
"Kau ni sensitif macam dulu…" oops… Zufir terlepas.
"Kau ingat zaman kecik kita?... kau masih ingat akan aku… "
"Huh… " Zufir pura-pura tidak mengaku.
"Kalau aku tak boleh tidur dengan lampu… kau buat apa?... "
"Kau kenapa?..."
"Kau tahu tak… aku tak ingat langsung zaman kanak-kanak kita?..."
"Huh???" Zufir pelik dengan pengakuaan Firman. Firman hilang ingatan… ehhh tipu ni.
"Aku tak ingat apa-apa… apa kau buat bila aku sensitif dengan lampu…" berusaha Firman meyakinkan Zufir.
"Kau sembunyi dalam selimut aku…"

Sepantas kilat Firman membaling bantal panjang yang memisahkan mereka berdua dan terus menyusup dalam selimut Zufir.

"Macamni ke?!..." Tanya Firman.
"Jantung kau berdegup laju Zufir… " tambah Firman lagi.

Laju dan KUAT!... dak dak dak dak

Dan Zufir membiarkan jantungnya tidak keruan kerana dia dalam kekeliruan. Firman hilang ingatan?...
--------------

HARI KEDUA

Zufir dapat menangkap Rahman yang sedang berbual dengan Doktor Arif melalui telepon, atau sebenarnya atuknya. Dibiarkan Firman dibilik, dia tengah mandi. Buat apa ditunggu bukan tugas dia pun. Mereka baru selesai membuang cat dibilik Firman. Kini mereka bersiap untuk membeli- belah, menggantikan mana-mana peralatan yang tidak boleh diperbaiki.

"Firman dah siap belum?..." Tanya Rahman setelah selesai berbual dengan Doktor Arif.
"Mandi… nanti siap pandailah dia turun… ayah nak pergi bila?..."
"Hmmm… ayah tengah tunggu seseorang datang… "
"Siapa?... "
"Kartika… ayah nak kamu pergi pulau… tinggal di sana sementara waktu… " Rahman memberitahu rancangan yang baru sahaja dibincangkan dengan Doktor Arif.
"Huh?... Kenapa?... Ayah ikut tak?... " Bertubi persoalan diberikan oleh Zufir.
"Pergi dengan Firman.."
"Zufir tanya pasal ayah… ayah… ayah… ayah Zufir…Bukan Firman… " ulang Zufir lagi. Dia tidak puas hati. Bukan dia tak nak pergi pulau. Tapi kenapa Kartika yang jemput mereka?.. kenapa tiba-tiba?.. kenapa mesti dengan Firman?..
“Ayah nak selesaikan urusan pengajian kamu berdua dan… dan… mungkin ayah Airil… “

--------

Kartika memandang Firman Dari atas ke bawah. Dia tak percaya bahawa Firman selama ini yang dijumpai di kolej sebenarnya kembar Zufir. Kembar Abang Zufir????.. perkataan kembar membuat kepalanya pusing.

"Abang Zufir… Abang betul...betul… kembar ke?" Dia mendapatkan Zufir.
"Adik ku Tika ~… percayalah~… bahawasanya~… Abang mu Zufir~… tak ada kembar~… seperti… " belum sempat Zufir menghabiskan syairnya. Firman memotong.
"Yup… hai… Aku panggil kau adik… kau panggil aku abang… selamat berkenalan sekali lagi… " lagak Firman dengan Kartika. Padahal di kolej dulu kerap sahaja jumpa.

"Err… pening Tika… dah lah… jom… Abang Jan tengah tunggu kat luar. Pastu nak singgah mall lagi… kenapa Abang Zufir pergi tumpahkan cat?... Ayah Rahman datang ke pulau?" Soal Kartika setelah

“Pergi pulau?... buat apa?” tanya Firman terpinga-pinga.
-----------

DI PASAR RAYA

“Aku tak faham kenapa nak beli barang-barang keperluan kau. Baik kau angkut baju dari rumah Doktor Arif…” bebel Zufir sambil mengekor Firman dari belakang yang asyik memilih T-shirt dan seluar baru. Tangannya turut membelek beberapa baju tanpa niat untuk membeli, sekadar cuci mata.

“Minta Abang Jan tolong hantarkan. Apa susah?” bebel Zufir lagi. Firman pula seperti menutup telinga, apa yang dibebelkan tidak dibalas sepatah pun.

Abang Jan dan Kartika berdua pergi membeli langsir dan barang-barang perabot. Biarlah dibeli oleh Kartika. Tahu sikit bab-bab hias bilik ni. Bagi Zufir dengan Firman, mungkin esok baru siap agaknya.

“Jadi kau nak teman aku beli cadar, sarung bantal, bantal, selimut, tilam, langsir, almari, carpet, meja… macam pengantin baru hias bilik ke?” soal Firman dalam mematikan langkahnya. Zufir dibelakangnya tidak berhenti, sebaliknya terhantuk kepala pada belakang badan Firman.

“Aish!!... kenapa berhenti… cepatlah pilih “ geram Zufir. Sebenarnya dia malu kerana terhantuk kepalanya pada badan Firman. T-shirt pada tangan terlepas, jatuh di atas lantai.
“Hahaha… pula… pilihlah untuk aku… “ usik Firman sambil membongkok mengambil baju yang dijatuhkan oleh Zufir sebentar tadi.
“Err?” pelik Zufir.
“Pilihlah sepasang untuk aku…”
“Kau ingat nak beli baju pengantin?” giliran Zufir pula mengusik Firman.
“Hahaha… sakit perut aku… tak… beli lah baju sedondon… macam couple T-shirt… buat apa kawin dengan kau… “ tergelak besar Firman mendengar. Merah muka Zufir mendengar usikkan Firman.
“Kau lah pilih… Arghh!!... “ geram Zufir. Dia cuba larikan diri tapi bahunya ditahan oleh Firman.
“Kau nak pergi mana?... tahu tak selain baju… ada benda lain dibeli oleh pasangan pengantin?...”
“Apa?!”
“Barang mandi!” usik Firman.
“Ceh.. ingatkan rumah ke kereta ke… “
“Hahahaha… yang tu kita sewa dulu… “ balas Firman sambil gelak kesukaan dengan balasan dari Zufir.

----------

Zufir mendapatkan Kartika. Manakala Firman mendapatkan Abang Jan. masing-masing berbual sesama mereka.

ZUFIR DAN KARTIKA

“Abang Zufir… Tika beli semua benda sama ja… bukan Tika tau taste Abang Firman macamana?”
“Amboi… dah panggil abang nampak?”
“Hihi… betullah… Abang Firman asalnya abang Abang Zufir kan?. Abang Jan beritahu Abang Firman lahir awal dari abang. Pastu terpisah sebab Ayah Rahman nak tinggal luar negara”
“Separuh betul separuh tipu. Engkau Abang Jan pun tak pernah jumpa sebelum ni, tapi bergosip bukan main..”
“Hihi… terkejutlah Tika. Bila masa abang Firman jadi kembar abang. Ayah Rahman pun tak pernah kawin. Bertahun Tika kenal abang seorang. Se.o.rang tau. Tika ingat kembar abang darah daging Ayah Rahman”
“Dah.. dah.. Kat pulau ada siapa?... “
“Ibu, ayah dengan Tika jela… “
“Abang tidur bilik biasa kan?” soal Zufir.
“Tak… Ayah Rahman suruh abang tidur rumah kat bengkel tu. Rumah Ayah Rahman yang asal… “
“Ehh??... kenapa?”
“Mana tahu… Ibu dengan ayah dah kemas rumah tu pagi ni… “
“Abang duduk dengan Firman ke?”
“Ye la kot… kembar abang kannnn~~~~” usik Kartika.

FIRMAN DAN ABANG JAN

“Pergi pulau?... Firman tinggal di pulau?... dengan Zufir?... berdua?... ada rumah ke?” soal Firman apabila menerima berita bahawa dia akan ke pulau selepas membeli-belah.
“Rumah asal Ayah Rahman. Rumah kamu. Kamu masa kecil. Mungkin kamu boleh ingat apa-apa nanti…”
“Berapa hari?”
“Entah. Duduk sahaja dengan Zufir. Atuk kamu dah tunda pengajian kamu dengan Zufir. Ayah kamu, Airil mungkin takkan kacau kamu sementara waktu sebab Rahman nak jumpa dia nanti. Tapi… tapi… satu sahaja… bila tinggal dipulau… jangan sesekali pergi istana!” pesan Abang Jan.

-----------

PULAU

Kedatangan mereka ke pulau disambut mesra oleh kedua orang tua Kartika. Ibu Iffah dengan Ayah Wan. mereka menaiki dua buah kereta. Satu kereta Ayah Wan. lagi satu kereta milik Abang Jan dipulau. Mereka singgah di rumah Kartika sebelum bergerak ke rumah asal Rahman.

“Aish? Zufir? Firman?... Aish adalah Zufir, Zufir adalah Firman. Betulkan ibu cakap ni “ pening kepala Ibu Iffah. Abang Jan hanya mampu gelak. Maklumlah terakhir mereka berdua bertemu dengan anak Suci adalah ketika berumur 6 tahun. Zufir anak Alia dibesarkan oleh Rahman mereka kenallah. Firman sahaja masih kekok bagi mereka.

“Iya Iffah. Zufir takkan kau tak kenal. Kalau Firman aku fahamlah“ Abang Jan cuba mengusik Ibu Iffah.

“Ish Jan… Zufir bilik kamu ibu dah bersihkan. Rumah pun ibu dah bersihkan. Bolehlah kamu nak masuk rumah nanti. Firman… er… selamat pulang… dah jemput makan dulu“ kekok Ibu Iffah.
“Nanti bawalah Firman jalan keliling pulau… kamu pun Zufir bukan selalu balik… tapi yang penting jangan pergi istana…" Pesan Ayah Wan.

-----------

RUMAH ASAL RAHMAN

Zufir dan Firman serumah. Mereka ditinggalkan berdua setelah dihantar oleh Abang Jan dari rumah Kartika. Langit semakin gelap, cahaya senja sudah ditelan malam. Zufir di ruang tamu. Manakala Firman pusing-pusing meninjau semua pelosok rumah.

“Rumah Ayah Rahman… yang asal ke ni?.. Siap ada bengkel kat luar” tanya Firman sebaik sahaja dia kembali ke ruang tamu.
“Hmmm… engkau ni Firman betul-betul ke tak ingat apa-apa?... bilik tu… ruang tamu ni… bengkel tu… rumah ni… memang tak ingat ke?... “

Firman mendekati Zufir apabila ditanya soalan yang begitu sukar buat dirinya. Dia memang tidak tahu apa-apa kecuali apa yang diceritakan oleh atuk dengan Abang Jan sahaja. Daripada Ayah Airil tiada langsung, tapi dia tahu ayahnya mencari Ayah Rahman selama ini.

“Zufir?... sudi tak kau jadi adik aku semula?” tanya Firman sambil melabuhkan punggung sebelah Zufir. Secara tidak langsung di ambil kedua-dua tangan Zufir digenggam kemas dalam tangannya. Perbualan mereka berdua bertukar menjadi serius.

“Kita berkenalan semula…nama…umur…tempat tinggal…hobi..binatang peliharaan. Nak tak?... kita buang semua kisah lama. Aku untuk kau. Kau untuk aku. Kat sini tak ada atuk, tak ada ayah, tak ada ibu. Kita berdua. Berdua sahaja. Tak boleh ke kita luangkan masa bersama?” ikhlas Firman bertanya. Hatinya berdegup laju. Dia gementar. Mata Zufir ditatap dengan penuh harapan.

“Zufir… kalau aku boleh kembali ke umur 6 tahun yang lalu. Aku nak tahu kenapa Ayah Rahman tinggalkan aku… kenapa aku berakhir dengan Ayah Airil… Kenapa engkau Zufir… bukan… mungkin dulu Aish… kenapa Zufir dan Aish perlu berpisah. Tak boleh ke Zufir dan Firman mulakan hidup baru… kenapa rumah ni… aku tiada kenangan sedangkau kau ada. Kenapa ruang tamu, bilik, bengkel semua janggal bagi aku?... tak bagi kau“ tangan Firman berpeluh mungkin kerana terlalu gementar. Dia meluahkan segala rasa. Segala rasa yang dia rasa pada malam di hospital. Dia perlu menangi Zufir walau apa jua keadaan. Baginya Zufir lah satu-satunya insan yang tak akan mempergunakan dirinya.

“Engkau ada sebab untuk hidup… aku?... dibuang oleh Ayah Rahman dan Ibu Suci. Dipergunakan oleh Ayah Airil. Ditipu oleh keluarga sendiri hidup-hidup. Tapi kau… di sayang oleh Ayah Rahman… tanpa sebarang niat jahat. Boleh tak kau jadi adik aku semula… Ya adik aku semula… Ahmad Zufir Aish… terimalah aku semula. Jangan benci aku… “ sejujurnya Firman mengeluarkan setiap bait kata-katanya.

Zufir dapat merasakan tangan Firman menggeletar. Walaupun tidak kuat dia masih dapat merasa gegaran pada tangannya. Dibiarkan Firman meluahkan rasa dan perasaan kepadanya. Permintaan untuk menjadi semula adiknya memang tidak pernah terlintas dibenak Zufir. Dia tahu bukan salah Firman dan bukan sebab Firman mereka berpisah. Walau dia masih kecil dia masih ingat segalanya.

Firman sakit, tidak sedarkan diri.
Dia, Zufir yang sebenarnya tinggalkan Firman.
Dia penyebab kemalangan itu.
Dialah punca segala huru-hara dalam keluarga ini.
Layakkah dia menjadi adik Firman semula.
Perlukah dia abaikan usahanya menghapuskan Firman dan Ayah Airil dalam hidupnya selama ini begitu sahaja.
Dia hapuskan Firman dari hidupnya semata-mata hendak menutup rasa serba salahnya.
Salah pada kata-katanya “Ala… asyik nanti. Ibu tahu tak yang Ayah Airil pernah tidur dengan Ibu Suci”... ayat ini diucap pada hari kemalangan itu.

------------

“Fir… Fir… Firman… aku… “ Zufir gagap.
“Please Zufir… jangan tolak aku… terima aku… terima lah aku semula… sayang aku semula… suka aku semula… main dengan aku semula… jadi adik aku semula… alasan malam tu aku tak percaya Zufir...mmm… mmm… “ rayu Firman

-------------

MALAM TERAKHIR FIRMAN DI HOSPITAL

Malam. Firman menatap wajah Rahman. Rahman lelap di atas sofa. Tapi Firman tidak dapat lelapkan matanya. Dia bangun dari baringan ke posisi duduk. Bersandar pada kepala katil.

Dilihat jam pukul 4 pagi. Mencari handphone tapi tidak jumpa sebaliknya mata tertarik pada handphone Rahman yang terletak diatas meja dihadapan sofa. Dia bangun. Perlahan. Di ambil handphone tersebut. Mencari nombor milik Zufir.

“Hello… Ayah…” satu suara dihujung menyambut panggilan talipon ini.
“Bukan. Ni aku… Firman… “
“Bila Ayah Rahman nak balik?... pulangkan ayah aku”
“Bila aku keluar dari hospital…”
"Bila?"
“Bergantung kepada jawapan kau…”
“Jawapan apa?” kial Zufir dengan permainan Firman.
"Kenapa kau tak mengaku yang kau adik aku?"
“Sebab aku tak pernah ada abang.. Aku anak tunggal…”
“He.. he.. he.. Jumpa esok kat rumah kau…”
“Kenapa rumah aku?... kau jangan datang rumah aku”
“ kan aku cakap… bergantung kepada jawapan kau… “

TUT… secepat itu talian dimatikan.

--------

SEKARANG

“Zufir… kita kembar… lain bulan… dan lain ibu… kita berdua masih berdarahkan Ayah Airil… jadi adik aku… aku jadi abang… mmm… mmm… kita hidup berdua… “

“Firman…" belum sempat Zufir berkata apa-apa. Sesuatu terlintas dalam fikirannya

ZAP!...

Beginikah situasi Ayah Rahman berada ketika Ayah Airil ingin dominasi hidup Ayah Rahman… HIDUP BERDUA?..

Zufir mula terbayang wajah Ayah Airil pada Firman….

“AYAH AIRIL!!!... no... tidak... Arghhh... "

Terima kasih sebab baca dan menunggu...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience