11

Family Series 2956

Rahman memegang kedua tangan Zufir sambil berhadapan dengan anaknya itu. Terasa peluh berair seluruh tangan Zufir. Dia tahu. Dan dia sangat tahu kenapa Zufir tidak suka kepada Airil. Selama ini Zufir hanya bertahan kerana ada dirinya sebagai ayah. Zufir perlukan dia lebih dari Airil perlukan dia. 

“Zufir… ayah disini… “

“Ayah… tolong Zufir… jauhkan Zufir dari Ayah Airil… “ rayu Zufir.

“Zufir… ayah disini… ayah depan Zufir ni… ikut langkah ayah perlahan-lahan… “ Rahman cuba memberi arahan seperti mana dia buat dahulu. 

“Satu… gerak… “ ajar Rahman

“Ayah… tak boleh… aaaa… “ nangis Zufir tak henti. Rasa cuak mula menyelubungi dirinya, dia takut berhadapan dengan Airil.

“Zufir… kita berdua sahaja… tak ada sesiapa pun selain kita… jom… langkah… gerak setapak… “ Rahman perlu pujuk lagi. Dia tahu sekali Zufir boleh menapak bermaksud Zufir berjaya melawan takut dalam dirinya. Ya, ini kali pertama berlaku setelah dia tinggalkan Zufir. 

“Zufir… engkau kenapa?“ Firman di belakang mereka berdua bersuara. Dia cuba menepuk bahu Zufir tapi ditepis oleh Rahman.

“Jangan!... “ tegur Rahman dalam nada tegas. 

Firman terkedu. Tangannya sedikit tertarik ke belakang spontan. 

“Zufir… Zufir dengan ayah sahaja. Jom… langkah… “ pujuk Rahman lagi. 

--------------------------------------

Airil memandang sahaja adegan yang berlaku dihadapannya. Kelihatan muka risau Rahman terhadap lelaki yang bernama Zufir itu. Firman pula disebelah mereka berdua. Manakala Doktor Arif hanya membisu, dia mati kata dengan situasi yang tiba-tiba ini, hendak bertindak apa pun dia tidak tahu. 

Airil berjalan perlahan kearah Rahman. 

“Rahman… “ mata mereka bertembung. Tapi Rahman membisu, dia kembali fokus kepada Zufir apabila terasa Zufir menggigil ketakutan. 

“Zufir … ayah ada sini… jangan takut… “ bisik Rahman kepada Zufir. 

“Rahman!... Zufir angkau tepi!“ tiba-tiba Airil meninggi suaranya. Dengan kasar dia menolak Zufir jatuh ketanah kerana menghalang dia berhadapan dengan Rahman.  

Firman pantas mendapat Zufir yang rebah. Firman terkedu, terasa peluh mencurah-curah dari tubuh Zufir. 

“Zufir… Zufir.. “ panggil Firman apabila dia merasakan Zufir tidak sedarkan diri. 

-----------------------------------------

“Airil!!!... “ terkejut Rahman apabila Airil menolak Zufir tanpa fikir panjang.

“Ya.. aku Rahman, Airil… Airil cukup… “ garang Rahman. 

“Aku dengan kau dah tak ada apa-apa dah… “ tambah Rahman.

“Rahman… engkau ke?” Airil masih tidak percaya. 

Belum sempat Airil menghabiskan kata Rahman tunduk kebawah mendapatkan Zufir yang pengsan dalam dakapan Firman. Dia mengengdong Zufir sekuat tenaga. 

“Ayah Rahman… biar Firman… “

“Firman… jaga Ayah Airil… biar Zufir dengan Ayah… “ potong Rahman sambil memberi ingatan kepada Firman. 

“Ayah… “ panggil Firman tapi tidak diendahkan oleh Rahman. Rahman terus berlalu menuju ke kereta, tanpa fikir panjang dia terus ke hospital. 

“Rahman!!!” jerit Airil dari jauh, dia cuba berlari tapi dihalang oleh Firman apabila teras badannya dipeluk kuat. 

“Ayah… Ayah ada Firman… tapi Firman ada Zufir sahaja“ luah Firman. 

“Apa maksud kamu?” pelik Airil tiba-tiba. Airil memandang Doktor Arif dengan penuh tanda tanya.  

--------------------------------------------

Encik Johan menghampiri Rahman yang sedang mengisi sesuatu dalam borong yang baru sahaja diberi oleh jururawat. Terkejut dia apabila mendapat berita Zufir masuk hospital. Itupun sebab Rahman minta dia bawa pakaian Zufir ke hospital. 

“Rahman… isi apa?”

“Detail Zufir… tapi saya lupa nama penuh Alia… “

“Letak sahaja nama Suci… Alia pun dah tiada… “ cadang Encik Johan. Bukan dia hendak masuk campur, tapi dia memang sudah anggap Rahman sebagai saudara rapatnya, ya memang mereka ada talian saudara, itu pun setelah dia tahu siapa Alia sebenarnya. 

“Kamu ingat tak nama Suci… “

“Hehe… mestilah… walau bekas isteri kami berkawan dari kecil lagi Encik Johan” mengaku Rahman tanpa malu. 

“Zufir macamana?” tanya Encik Johan ingin tahu.

“Shock!... saya tak sangka akan bertemu dengan Airil dan Firman… kalau lah saya tak jumpa Zufir di tasik tadi… “

“Semua kerja Tuhan Rahman… kamu balik tak malam ni? “

“Tak… saya teman Zufir… Encik Johan saya mahu cuti seminggu… projek turun padang tu saya minta team saya uruskan… “

“Cuti lah kamu… syarikat tu nanti lagi berapa bulan sahaja akan jadi milik kamu… “

“Saya betul-betul berhutang hidup dengan Alia… “ keluh Rahman perlahan, tapi masih boleh didengari oleh Encik Johan. 

---------------------------------------------

Airil meneguk air sejuk tanpa henti, habis segelas dituang lagi air. Kelakuannya dia perhatikan oleh Firman. Mereka dirumah Doktor Arif. 

“Kamu tahu Rahman tinggal mana?” soal Airil memecah sepi antara mereka bertiga. 

“Tak tahu … “ balas Firman jujur.  

“Ayah nak buat apa?” soal Firman berani.

“Firman… itu Rahman… Rahman dah janji dengan ayah… “

“Janji apa?” 

“Janji… “ 

“Airil… “ potong Doktor Arif. dia tidak mahu rahsia ini diberitahu sekarang. 

“Tapi… “

“Airil… Rahman tak bersedia lagi… “tambah Doktor Arif. 

“Rahman depan mata Airil kot… “ marah Airil tiba-tiba.

“Rahman akan kembali ke kamu… sebab kamu ada Firman“ tegas Doktor Arif

“Arghh… tapi kenapa dia pilih Zufir?” marah Airil lagi.

“Kamu jangan bezakan Zufir dengan Firman, mereka anak kamu dan Rahman!” tegas Doktor Arif lagi. 

“Tak lain… Firman dan Zufir lain… “ 

Firman hanya memerhati pergaduhan antara atuk dan ayahnya. Dia penat.. Penat!... macam-macam berlaku. Dia risaukan Zufir. Zufir rebah tadi. Dia cuba mendail nombor Zufir berkali-kali tapi tiada siapa yang angkat. Zufir pengsan, tak sedarkan diri. Apa bicara antara atuk dan ayahnya malas hendak ambil tahu.

“Firman masuk dulu ayah… “ beritahu Firman sebagai meminta diri keluar dari perbincangan ayah dan atuknya. 

--------------------------------------------

Suci membetulkan cermin mata yang dipakai. Hari dia menjadi model untuk sebuah syarikat lens. Handphone di tangan bergegar. Nombor yang tak dikenali tertera pada skrin. Dia berkerut sedikit. Tapi tetap diangkat.

“Hello… ini Puan Suci ke?”

“Ya, saya bercakap… “

“Anak Puan… Zufir… “

“Zufir?... “ soal Suci terkejut.

“Ya… Puan tahu Zufir masuk hospital… “

“Err… tak tahu… “

“Puan boleh datang ke Hospital Seberang… sekarang?” 

“Kenapa dengan Zufir?... dan siapa ayah dia?… “

“Hmm?... errr… Zufir refuse semua treatment… dah seminggu… suami puan, Encik Rahman minta saya call “ jawab jururawat, jelas nadanya suaranya seperti teragak-agak. 

“Rahman… Zufir dengan Rahman… baik-baik saya datang… sebentar.. Rahman ada disana?“  tanya Suci meminta kepastian. Dia tahu Rahman tak akan abaikan anak mereka.

“Haah… ada.. Dia dihadapan saya ni… “ mengaku jururawat itu.

Zufir dengan Rahman, Firman dengan Airil ke?... berkerut dahi Suci… tanpa banyak soal, dia meletakkan semula cermin mata ke dalam bekas. Memang dia sudah tamat bekerja. Dia memberitahu pengurus untuk keluar awal, hendak ke hospital. 

“Kenapa Suzy?” 

“Anak aku sakit… “

“Adam sakit apa?“  pengurus itu. 

“Bukan Adam… Suzy pergi sendiri… jangan ikut“

----------------------------------------

Firman kembali ke kolej. Di tidak terus ke biliknya, sebalik ke bilik Zufir. Razak dan Fauzi yang kebetulan keluar dari bilik terkejut dengan kehadiran Firman, tergesa-gesa seperti mengejar sesuatu.

“Wei… Firman engkau masuk tak beri salam… apahal ni?” soal Razak laju.

“Aku nak selongkar barang Zufir. Engkau diam… “

“Apa???... weh… “

“Shuuu… “ Firman memotong kata Razak. Fauzi diluar juga termati kata.

Razak dan Fauzi kembali masuk ke bilik. Dilihat sahaja tempat Zufir diselongkar oleh Firman. Sekejap laci belajar diselongkar, sekejap almari di selongkar, sekejap katil di selongkar, tak jumpa… dia ke bilik air.

“Engkau gaduh lagi ke?” Razak bertanya setelah lama dia membisu. Fauzi merasakan benda yang sama. Kelakuan Firman seperti Zufir menceroboh masuk bilik Firman tempoh hari

“Bukan… ayah kami gaduh… arghhh… kusut aku… “ balas Firman tanpa segan. 

“Ayah???... “ pelik Razak dan Fauzi. Mereka saling berpandangan.

“Korang boleh call Zufir tak… “ tiba-tiba Firman membuat permintaan

“Engkau ok tak ni… pucat semacam… “ 

“Korang boleh call Zufir tak?” soal Firman buat kali kedua

Fauzi cuba mendail nombor Zufir.

“Hello… maaf pak cik… Zufir masuk hospital. Boleh kami datang melawat. Owh… ok … ah… ok… ah…. ok… “ itu sahaja perbualaan yang boleh didengari oleh Razak dan Firman.

“Mana?... “

“Sorry… Zufir tak nak engkau… “

“Better kau beritahu aku… “ marah Firman sambil menarik kolar baju Fauzi. 

“Heh… “ tiba-tiba Fauzi gelak kecil.

“Aku hormat permintaan orang tua… Ayah Zufir sendiri tak mahu engkau datang” balas Fauzi berani.

“Fine… hospital… “ marah Firman. Dia keluar dari bilik Razak dengan penuh rasa tidak puas hati. 

-----------------------------------

“Engkau Ok tak Fauzi?” soal Razak.

“Dah biasa… Danish layan aku lagi hebat… “ jawab Fauzi acuh tak acuh. 

“Engkau dengan Danish… drama lain… pandang kitaorang pun tak nak… tapi nak engkau setiap masa… apakah… sakit hati aku tengok Danish“

“Tapi.. engkau perasan tak… Firman dengan Balqis macam tak bersama… “

“Engkau pun perasan juga?” tanya Fauzi.

“Engkau perempuan mesti lagi tahu… “

“Yargh!... jaga mulut tu… “ marah Fauzi

“Aku tengok Firman lagi kejar Zufir lah… “

“Woi… Razak… jangan anggap bukan-bukan… “ Fauzi cuba memperbetulkan fikiran Razak.

“Bukan… engkau yang fikir lain… aku nak Balqis… “ luah Razak jujur

“Whattttttttttttttttttttt?...” terkejut Fauzi.   

“Aku punya drama is coming soon… “ Razak cuba bergurau.

“Weh… aku done dengan kau… “

---------------------------------------------------------

Doktor Arif mendapatkan Airil diluar. Dia teragak-agak hendak beritahu berita yang baru sahaja dia terima. Handphone di tangan digenggam kemas. Sebelum dia keluar, dia mengintai Airil dari balik tingkap. Dia takut, kalau dia tidak beritahu apakah nanti Airil akan mencari jalan lain untuk mencari Rahman. Dia baru sahaja terima panggilan dari Doktor Kamariah dari Hospital Seberang, menyatakan dia ternampak Rahman di sana. 

“Ayah…” tegur Airil bila dia ternampak Doktor Arif termenung ditingkat. 

“Ah… Airil… janji dengan ayah… “ belum sempat Doktor Arif menghabiskan katanya Airil  memotong

“Rahman di mana?” pantas sahaja Airil membuat andaian. 

“Err… “

“Rahman mana?”

“Janji dengan dulu dengan ayah..  “

“Okay… “

“Jangan sekali khianat Rahman… “

“Tak akan dan tak akan berulang… “ Airil seperti bersumpah.

“Hospital Seberang… “

------------------------------------------

“Ayahhhhhh!.... “ jerit Zufir dari bilik 

“Ayahhhhhh!.... “ kuat lagi

“Ayahhhhhh!.... “ dan kuat lagi

Rahman yang berada di kaunter jururawat terkejut mendengar jeritan suara yang sangat dia kenali. Spontan dan pantas badannya bergerak ke bilik Zufir bersama jururawat lain. Kelihatan Zufir sedang berdiri tegak dihadapan TV. tegak dan berpeluh. Tak bergerak.

“Zufir… “

“Ayah… tolong… paralysed lagi“ beritahu Zufir.

“Apa yang trigger?” soal Rahman sambil berjalan mendapatkan anaknya. 

Zufir tidak menjawab sebaliknya dia memandang jururawat yang datang bersama ayahnya. Dia seperti memberi isyarat bahawa dia mahu bersendirian dengan Rahman. Rahman memegang kemas bahu Zufir.

“Misi… tak apa. Kalau ada apa-apa saya panggil… “

“Panggil tau… “ pesan jururawat itu sebelum keluar.  

 

 Rahman kembali mengadap anaknya, Zufir. Mukanya risau membuat Zufir sedikit ketawa. 

“Gelak pulak anak ayah ni… “

“Lucu… “

“Lucu nampak ayah risau… “ marah sedikit Rahman

“Tak lah… “ Zufir kembali serius.

“Apa tak boleh gerak… tangan ke kaki?”

“Kaki… “ beritahu Zufir akan situasinya. 

“Tangan angkat… “ arah Rahman. Zufir mengangkat kedua tangannya meninggi ke langit. 

“Kaki… cuba… “

“Uh.. uh… ah.. Ah.. aaaaa... tak boleh “ beritahu Zufir setelah cuba berkali-kali menggerakkan kakinya. 

“Dukung… “ pinta Zufir tanpa segan. 

“Kejap… ayah jampi dulu… “ Rahman tidak mendengar permintaan anaknya sebaliknya melutut mendapatkan kedua belah kaki Zufir. 

“Wahai kaki anakku… lembutlah kamu…. “ jampi Rahman. 

“Lembutlah… lembutlah… lembutlah kamu… “ jampi Rahman lagi. 

“Zufir… kamu ikut rentak ayah… cuba lembutkan kaki“ 

Lama juga Rahman melutut dihadapan Zufir sampai bersila lah menjampi kaki Zufir. Dia langsung tidak mahu putus asa, walaupun berkali-kali Zufir minta didukung. 

“Ayah… dukung aja Zufir… “ pinta Zufir lagi.

“Dulu boleh… sekarang kenapa?” risau Rahman.

“Ayah… dulu pun berbulan treatment…. Ni baru seminggu… “ Zufir cuba memberi alasan. Padahal dia tahu. Ini episod pertama yang berlaku setelah dia berjaya sembuh bertahun lalu. Dia pun risau, begitu hebat impak kehadiran Airil dalam hidupnya. 

“Ayah… ayah… kenapa ibu datang?“ panggil Zufir apabila melihat seseorang masuk kebilik tanpa diketuk. Tiba-tiba sahaja pintu terkuak luas. 

Sebaik sahaja Zufir menghabiskan kata terus dia terduduk rebah ke lantai. Rahman terkejut segera didakap Zufir ke dada. 

“Ayah yang panggil… Ibu… “ beritahu Rahman jujur. 

---------------------------------------

Firman membasahi mukanya berkali-kali di sinki. Dia memandang mukanya di cermin. Pucat, tapi tidak diendahkannya. Asalnya fikirannya hanya penuh dengan bayangan Zufir. Tapi sekarang, terniang-niang perbualan yang baru sahaja dia dengar. Dia tidak mengah, tapi nafasnya laju. Menahan rasa geram didada. Dia hendak meletup apabila mengetahui hakikat sebenar. 

“Ayah… kejam!... “ itu sahaja perkataan yang dirasakan sesuai untuk menyifatkan sikap Airil. KEJAM. 

“Sebab tu lah atuk kata, ayah ada Firman bukan Zufir… “ omong Firman seorang diri. 

Sekarang dia berada di lobi Hospital Seberang. Dia keluar dari tandas, mencari seseorang yang dipanggil ayah sepanjang hidupnya. Dia sayang ayahnya, tapi sekarang geram menguasai diri. Dia ingin memaki hamun Airil. Matanya melilau kekiri kekanan. Badannya terasa lemah. Seminggu dia tak terurus. Makan hanya untuk hidup. Dia merasakan dia sudah sampai batas kudratnya. Pandangannya kabur, kabur dan gelap. GELAP. 

-----------------------------------------

Wad kecemasan yang sedikit tenang tiba-tiba dikejutkan dengan panggilan dari lobi menyatakan ada seseorang pengsan ditengah-tengah lobi. Pelajar jururawat yang bernama Nuha segera memaklumkan situasi kepada jururawat disebelahnya. Pada masa yang sama mereka menerima pesakit dari luar. 

“Kak Nida… ada orang pengsan di lobi hospital“ beritahu Nuha tapi perbualan mereka terputus apabila terdengar jeritan seorang budak. 

“Tolong!… tolong!… Ayah Z cedera parah!… “ jerit seorang budak perempuan sambil memapah seorang lelaki dewasa. Kelihatan darah menitik dari tepi perutnya tanpa henti. 

“Ayah Z?.... Nuha…. Jap… jap… macamni… engkau ambil katil ambil Ayah Z ajak Kak Nad … akak dengan doktor pergi ambil pesakit kat lobi“ arah Jururawat Nida. Jururawat Nida mendapatkan Doktor Ridwan yang kebetulan keluar dari bay. 

“Tapi… saya pelajar lagi… “

“Tak apa… jururawat akan tolong juga… tu Kak Nad dengan Doktor Raj dah dengan Ayah Z… follow ja Kak Nad“

“Doktor… lobi call… ada orang pengsan… “ beritahu Jururawat Nida kepada Doktor Ridwan. 

-------------------------------------------------

Rahman bersama Airil

“Aku, takkan terima kau, Airil”

-------------------------------------------------

Suci beritahu Rahman sebelum mereka berpisah

“Aku, takkan terima kau, Rahman”

-------------------------------------------------

Airil cuba menyalahkan Zufir

“Aku, takkan terima kau, Zufir”

--------------------------------------------------

Rahman berbisik pada dirinya apabila melihat Firman 

“Aku, takkan terima kau, Firman”

----------------------------------------------------

Zufir mengeluarkan kata yang menyakitkan hati ibunya

“Aku, takkan terima kau, Suci”

----------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience