5

Family Series 2956

TIGA HARI LALU

Doktor Arif terkejut menerima berita dari Doktor Azri yang menyatakan cucunya Firman jatuh pengsan di klinik. Dia gegas ke klinik, hendak beritahu kepada Airil dia tidak kesampaian, tidak mahu menambah tekanan kepada anak lelaki tunggalnya itu.

Dia mengetuk bilik doktor dan terus masuk setelah mendapat keizinan. Kelihatan cucunya, Firman terbaring tanpa sedarkan diri dibalik tirai. Sebak Doktor Arif melihat keadaan cucunya itu.

“Azri… terima kasih beritahu aku. Terkejut aku…”

“no hal… ini result darahnya Firman… “ beritahu Doktor Azri sambil menyerahkan keputusan darah kepada sahabatnya.

“Aku rasa Firman perlu further investigation Arif… Aku tak pasti dan aku tak nak apa aku fikirkan ni betul… tapi faktor family history aku tak boleh abaikan…aku rasa kau faham apa yang aku maksudkan… demam dia bukan sekali dua setahu aku… kalau ikut rekod Firman demam mungkin sebab lain…” terang Doktor Azri lagi.

“hmm… kenapa lah keluarga aku macamni Azri… kalau betul apa sangkaan kita… yang hanya boleh bantu Firman hanya kembar dia…tapi di mana kembarnya? Aku nak cari mana?.. aku dan Airil tak compatible dengan Firman” luah Doktor Arif.

Sebaik sahaja Doktor Arif menghabiskan kata kedengaran tirai ditarik dari belakang. Terpampang wajah bingung Firman seperti baru bangun dari pengsan. Doktor Arif dan Doktor Doktor Azri sedikit terkejut melihat Firman sudah sedar dan masih kuat untuk duduk.

“Firman…dah sedar…” tegur Doktor Arif

“haah… lega da…”

“bagus… jom balik rumah… rehat kat rumah… nanti talipon kawan kata dapat MC tiga hari” ajak Doktor Arif.

“Firman ada kawan tunggu…” beritahu Firman apabila teringat Zufir Yang datang bersama. Mesti kawannya itu risau tentang dirinya.

“Suruh dia pulang ja Firman… lagi pun atuk ada benda mahu beritahu Firman...Azri terima kasih banyak-banyak tau” cadang Doktor Arif sambil bersalaman dengan Doktor Azri.

Firman keluar bertemu dengan Zufir yang setia menunggu di ruang menunggu. Kelihatan Zufir kaki duduk diatas kerusi. Tidak bergerak langsung. Mungkin risau. Dia menghampiri Zufir lalu menepuk bahunya.

“Owh… Firman!” Terkejut Zufir apabila melihat kelibat Firman yang gagah berdiri. Baru sebentar tadi kakinya  tak bertenaga sekarang gah berdiri.

“Aku dapat MC 3 hari…  ni kunci kereta. Engkau balik  naik kereta aku” beritahu Firman saambil memberi kunci kereta kepada Zufir untuk pulang ke asrama.

“engkau balik dengan sapa?” soal Zufir.

“dengan atuk aku… dia dah sampai da klinik..jangan risau” beritahu Firman.

“Firman aku minta maaf sangat-sangat kalau kau sakit sebab aku. Aku janji lepas ni aku jadi baik kat korang semua… gila kot…sampai boleh pengsan…” Zufir meluahkan rasa serba salahnya.

“dah lah… pergi balik… bukan salah kau pun…  ” arah Firman.

---------------------------------------------------

Firman mengekori belakang atuknya, Doktor Arif menuju ke kereta yang di pakir dihadapan klinik. Kelihatan seorang lelaki sedang menunggu mereka, Firman kenal sangat dengan lelaki itu, Abang Jan anak Mak Penah. Abang Jan berasal dari pulau dan sekarang berpindah ke seberang bekerja sebagai pembantu peribadi atuknya. Umurnya muda sedikit dari ayahnya, Airil. Abang Jan memandu kereta menuju ke sebuah perumahan. Firman sedikit pelik, katanya mahu pulang ke rumah kenapa ke sini.

“atuk nak pergi mana?” Tanya Firman tidak tahu

“pergi bengkel atuk… bengkel research… Firman tak pernah datang sini… sini atuk buat research perubatan dengan kawan-kawan atuk dan pelajar universiti kamu tu. Atuk mana ada pejabat macam ayah kamu tu…dah sampai..jom masuk” beritahu Doktor Arif.  

“bersepah…” itu sahaja ucapan Firman.

“haha…tak sempat kemas la Firman… kejar masa semuanya… kamu rehat sini sahaja… teman atuk 3 hari… jom atuk tunjuk bilik tidur…” pinta Doktor Arif. Sebenarnya dia tidak mahu Airil mengetahui keadaan Firman. Dia risau kalau Airil bertindak diluar kawalan lagi.

Sejak kehilangan Rahman, kewarasan Airil hanya terkawal dengan adanya Firman dan janjinya kepada Rahman. Firman tidak mengetahui akan hal ini. Tapi Doktor Arif perlu beritahu sedikit… ya hanya sedikit sahaja until Firman. Kerana sampai bila pun Firman akan bermain dengan maut.

Firman mengeliat sedap apabila terjaga dari tidurnya. Oh sudah masuk Maghrib, dia gegas mencapai tuala dan masuk ke tandas. Setelah itu dia solat berjemaah bersama Doktor Arif dan Abang Jan di bilik bacaan Doktor Arif. Selesai solat mereka bersalaman.

“Firman… atuk mahu jumpa kamu sekejap… kamu juga Jan…” beritahu Doktor Arif sambil mengambil beg hitam di atas meja bacaan. Mereka bertiga duduk bersila saling mengadap satu sama lain. Doktor Arif mengeluarkan sekeping gambar lama lalu ditunjuk kepada Abang Jan dan Firman.

“Ini gambar keluarga atuk… Firman… aku rasa kau kenal mereka semua Jan…” beritahu Doktor Arif. Abang Jan meneliti gambar lama itu dengan berhati-hati sambil mengingat muka setiap orang di dalam gambar itu.

“Saya kenal Doktor… Doktor, Puan Seroja, Airil, Alia, Rahman, Suci dan anak mereka…”  beritahu Abang Jan.

“Aku nak kau cari anak Suci… “ tanpa lapik Doktor Arif meluahkan hasratnya.

“Kenapa?... bukan anak tu ikut Rahman ke?... kita tanya sahaja Rahman, Doktor…” beritahu Abang Jan.

“Aku… tak boleh macamtu Jan… ada janji antara Rahman dan Airil… janji itu yang selamatkan Airil sampai sekarang. Aku tak boleh langgar janji itu… “ beritahu Doktor Arif.

“Atuk… siapa ni?... siapa Suci? Rahman?...” Firman yang hanya mendengar menjadi ingin tahu.

“Ini kembar kamu… atuk mahu cari kembar kamu… “ beritahu Doktor Arif sambil jari telunjuknya kearah seorang budak di dalam gambar, mungkin umur dalam lima tahun.

“Firman...ada kembar?...heeee… tipu lah…” soal Firman main-main. Ini pertama kali dia mendengar fakta. Setahu dia sejak dia lahir mana 'kembar’.

“Atuk tak main… kalau kamu tak jumpa kembar kamu… kamu mungkin tak sembuh dari demam kamu selama-lamanya Firman…” buka Doktor Arif lagi. Seakan mengugut.

“Apa ni atuk?... Firman tak faham…” mengaku Firman. Firman sedikit sentap dengan kata-kata Doktor Arif. Baginya kenapa orang dia tidak kenal boleh menjadi petanda hidup dan matinya.

Belum sempat Doktor Arif membuka kata Jan menanyakan soalan.

“Siapa nama dia Doktor?... Jan perlu bermula dari mana?...” sampuk Abang Jan.

“Namanya hampir sama dengan nama Firman...Ahmad Zufir Aish...kamu Ahmad Zufirman…” beritahu Doktor Arif lagi.

Malam itu perbualan mereka berlarutan sampai larut malam. Segala rahsia terbongkar di hadapan Firman. Doktor Arif tidak risau rahsia itu diceritakan kepada Abang Jan kerana Abang Jan menyaksikan segala-galanya di depan matanya.

“Firman… kamu mengerti maksud atuk kan? “ Doktor Arif menatap repay kewajah Firman. Niatnya hendak beritahu ‘sedikit’... Tapi… ya Firman mendesak untuk mengetahui dari awal hingga akhir.

Firman tidak tahu hendak rasa apa.. Gembira ada kembar? Sedih mengenangkan hidup ayahnya, Airil? Dendam tiba-tiba kepada insan yang bernama Suci yang tak pernah dia bertemu...atau hendak mencari Rahman semula untuk melutut memohon kemaafan segala kejahatan keluarganya?... atau mencari siapa Ahmad Zufir Aish untuk menyelamatkan diri sendiri dari maut?... Firman bingung dan tidak boleh lelap.

Dia perlu cari Ahmad Zufir Aish. Rupa? Segak? Dimana? Apa? Tentang Ahmad Zufir Aish selepas berpisah 18 tahun lalu semuanya tidak ketahuan. Arghhhh… tiada langsung dalam ingatannya mengenai kembarnya…

Yang dia tahu hanya dalam bentuk cerita sahaja. Itu pun cerita dari Doktor Arif.

-----------------------------------------------

Zufir melakar satu potrait berdasarkan ingatannya. Sudah banyak kali dia melukis muka itu, tubuh itu kerana dia terlalu sayang sehinggakan seluruh pelosok tubuh itu dihafalnya. Kalau ditakdirkannya buta dia pasti dapat mengenal insan itu melalui sentuhan apatah lagi bau badannya. Satu-satunya insan yang disayangi melebihi nyawanya sendiri.

Poketnye sedikit bergegar tertera nama Firman pada skin talipon. Segera dijawab, wanita yang disebelahnya masih dengan talipon.

“Hello, Firman kau Ok tak?...bila nak balik asrama?...” soal Zufir sebaik sahaja mengangkat panggilan Firman.

“Zufir...nama sebenar kau apa?” soal Firman tanpa menjawab pertanyaan Zufir

“kenapa?...” pelik Zufir

“beritahu lah kalau kau kawan aku…”

“Ahmad Zufir Aish…” sebaik sahaja Zufir memberi namanya. Kedengaran gelak di hujung talian. Tup talian mati.

Tergaman Zufir tapi dibiarkan sebab ini bukan sekali dua Firman memutuskan talian dalam perbualan. Taliponnya disimpan semula dalam poket. Sekarang dia berada ditasik bersama Kartika. Kartika anak perempuan kepada Pak Wan dan Mak Ifah.

“Abang Zufir...ayah kirim salam..” beritahu Kartika.

“Waalaikumussalam… Pak Wan dengan Mak Ifah sihat?” soal Zufir

“Mak ayah sihat...sibuk lah dengan chalet Pak Rohan tu...sejak share chalet tu dipecah...tak menang tangan ayah...ayah abang pon kirim salam...ingat nak bagi abang cakap talipon tadi..tapi abang tengah on phone…”

“yeke...kawan abang sakit...oh Tika jangan beritahu ayah Rahman yang abang jumpa Suzy...rahsia..ada ke patut dia tanya mana kembar abang…” pesan Zufir

“bukan dah mati ke?...”

“mati dalam kamus hidup abang dan ayah Rahman. Jangan di buka dairi lama…biar dilupakan.”

“so… abang tak tahu lah siapa kembar abang?... hidup ke mati ke?...”

“not my bussiness Tika… biarlah dia dengan hidup dia...mereka dengan hidup mereka...cukuplah abang dan ayah Rahman merasa segala pengkhianatan mereka semua…” luah Zufir. Dia merasa pahit khianat itu sejak dia masih kecil lagi.

Orang kata budak-budak tidak tahu erti sakit lagi. Tapi aku memahami semua itu pada usia yang masih jagung lagi. Ahmad Zufirman adalah kembar aku… aku tahu dia tak bersalah apa-apa. Tapi lenyap dari hidupnya adalah pilihan aku pilih dahulu.

-----------------------------------------

Firman mematikan gelak tawanya, perbualan antara dia dan Zufir dimatikan tanpa menunggu balasan.

Firman memeras kepala otaknya. Zufir? Serius Zufir? Kecilnya dunia...haha...serius Zufir kembar aku?. Atuk kata dia boleh sembuhkan demam aku?..apakah? ZUFIR?...ada apa dengan Zufir?..bingung Firman seorang diri.

Dia masih tidak percaya...dia teringat Zufir menjerit sesuatu pada malam audition hari lalu..’kembar aku sudah mati!!’... aku ke mati?... macamana?... ok la Zufir tahu dia ada kembar...aku..aku langsung tak tahu aku ada kembar… lagi teruk …

Ahmad Zufir Aish bin..bin..Airil ke?... aku Ahmad Zufirman bin Airil… pening aku.

-------------------------------------------------

Balqis terhenti langkah apabila matanya tepat memandang Zufir dengan seorang perempuan di hadapan taman fakulti seni. Mereka kelihatan mesra sekali. Rasa kecewa dan sakit hati mula menjalar diri Balqis. Belum sempat dia hendak melayan perasaannya handphone ditangan bergetar, muncul nama Firman pada skrin, diangkat dan di jawab.

“Balqis… engkau tahu semua pasal Zufir?” soal Firman

“Kau nak tahu apa?...” Balqis terasa seperti ditikam dengan pisau. Ya mungkin dia tahu segala tentang Zufir tapi siapa perempuan tu?.

“Bila dia lahir?... siapa family dia?...”

“Engkau kenapa Firman?... engkau tak boleh tanya dia sendiri ke?... aku dangan Zufir tak macam dulu dah sejak audition tu… sekarang dia dengan perempuan lain…” beritahu Balqis.

“Engkau dah putus ke dengan Zufir?...” tanya Firman. Lama .. Balqis tidak menjawab

“Esok aku balik… aku nak jumpa kau… “ beritahu Firman. Firman ada rencananya sendiri. Rencana untuk mendapatkan Zufir.

Balqis kembali perhatiannya kearah Zufir yang sedang sibuk bersembang dengan perempuan itu. Kelihatan perempuan itu berlalu meninggalkan Zufir keseorangan sambil menggalas tas tangannya.

“Tika!... kirim salam kat semua…” jerit Zufir buat kali terakhir sebelum melambai sebagai tanda berpisah.

-------------------------------------------------

Kamal, Razak, Yarsh, Firman dan Zufir masing-masing mendiamkan diri. Sudah seminggu mereka begini, terasa terlalu kekok tidak seperti dahulu. Semua gara-gara Firman merampas Balqis dari Zufir. Tanpa sebab dan tanpa beritahu siapa-siapa pun. Mereka berlima seboleh mahu mempertahan talian persahabatan yang sudah terbina selama dua tahun ini.  

“Aku daftar nama korang ikut kem… yuran aku dah bayar semua… hope… lepas kem ni kita semua kembali macam dulu. Esok bertolak lepas solat Jumaat...balik Ahad…” beritahu Kamal serius sambil melirik kearah dua sahabatnya yang perang dingin. Zufir dan Firman saling memandang ke arah berlainan. Sudah tidak tahu hendak buat apa antara mereka berdua.

Sekejap sahaja hari Jumaat menjelang. Selesai solat Jumaat bas terus bertolak ke kawasan program. Setiba sahaja tiba di kawasan kem mereka turun dari bas mengangkut segala peralatan dan beg masing-masing. Sebelum memasuki hutan mengikut arus anak sungai mereka membahagi kumpulan secara berpasangan. Nama dua peserta akan dipanggil sekali menandakan mereka adalah pasangan untuk sepanjang kem ini.

“Ahmad Zufirman dengan Ahmad Zufir Aish…satu kumpulan” panggil fasilitator program

“Abdul Razak dengan Fauzi satu kumpulan”

“Yarsh Rai dengan Rahul satu kumpulan”

“Kamal Nawi dengan Danish Danial satu kumpulan” sambung fasilitator lagi.

Fasilitator berhenti memanggil nama ahli sebaik ternampak Zufir mengangkat tangan.

“ya.. kenapa Zufir?”

“saya nak tukar partner… dengan sapa-sapa pun tak kisah“ cadang Zufir sambil mengulum lolipop dimulutnya.

“ada sapa-sapa mahu tukar partner?” tanya Fasilitator kepada ahli lain

“saya nak tukar...saya nak partner dengan Fauzi… “ Danish yang sepatutnya berpasangan dengan Kamal bersuara

“ish… tak boleh macamni kalau semua nak tukar… kita follow sahaja apa dalam list ni… hope bagi kerjasama…OK… sepanjang kem ni barang berharga atas tanggungjawab masing-masing” Fasilitator memberi kata putusnya.

Hampir sejam persiapan sebelum memasuki hutan dibuat. Setiap pasangan diberi satu khemah dan satu set peralatan kecemasan seperti lampu suluh, wisel dan lain-lain. Zufir dan Firman masih tidak bersuara, barang-barang hanya dibahagi dalam keadaan bisu....  ‘Kau campak tu aku campak ni...kau angkat tu aku angkat ni’

------------------------

Zufir dan Firman masih memasang khemah sedangkan pasangan-pasangan lain sudah selesai dan membuat tugasan seterusnya. Tempat perkhemahan jauh sedikit dari sungai. Sebelah mereka khemah Razak dan Fauzi. Razak kelihatan mudah mesra dengan pasangannya.

“Zufir… Firman… cepatlah… nanti gelap nih… nak cari kayu lagi… nak setup unggun api… nak masak malam lagi… adoi… “ ujar Razak sambil mencapai lampu suluhnya. Fauzi pulak sudah bersedia dengan tali dan botol air.

“kejap… dah siap pasang dah… nak kemas barang jap… “

“jom… jangan lupa bawak benda kecemasan… engkau ni Zufir tak habis-habis dengan lolipop kau kan… cepatlah “

Mereka berempat jalan berhati-hati masuk kehutan dan terus mencari anak sungai. Mereka ikut sisi anak sungai sambil mengutip kayu api. Hari semakin gelap, mereka mula menggunakan lampu suluh

“Razak!... tak cukup lagi ke kayu api?... berapa banyak nak kutip ni?... “ soal Firman dari jauh. Zufir mengendahkan keluh Firman, terus mendapatkan Razak dan Fauzi yang sudah kehadapan.

“Firman!!! Tolong !!!” kedengaran Razak menjerit. Pantas sahaja Firman berlari mencari Razak.

“kenapa?... “

“Fauzi jatuh sungai… lemas… “ sambil Razak menberitahu situasi sebenar kelihatan Zufir bergelut dengan air deras cuba menyelamatkan Fauzi.

-----------------------

Razak, Firman dan Zufir terkedu, tidak percaya apa yang mereka melihat. Fauzi yang separuh sedar melarikan bahunya dari pegangan Razak pantas menaikkan badannya dari baringan.

“Fauzi… what the hell?... engkau siapa?” soal Razak. Fauzi hanya mampu mendiamkan diri hendak bersuara dia perlu fikir berkali-kali. Tapi rahsia yang dia simpan sejak 20 tahun lalu terbuka jelas dihadapan orang yang baru dikenali hari ini.

“hmm… aku tak boleh nak explain… hope korang tak beritahu siapa-siapa… “

“Danish tahu tak?... “ soal Razak. Apabila dia teringat bahawa Fauzi dan Danish adik-beradik.

“nope… jangan beritahu Danish!... and no more talking “ jelas Fauzi

“jap… aku ada problem!... macamana aku nak tidur dengan perempuan?... “ soal Razak.

“aku kerat leher kau Razak… jangan kuat sangat!” ugut Fauzi.

“tidur ja!... aku tak buat apa-apa pun… “ tambah Fauzi.

Firman dan Zufir hanya mendengar perbualan mereka. Kenyatan yang mereka temui memang membuat mereka bertiga mati kata. Masing-masing menarik nafas panjang, terutama Razak. Mereka berempat membisu sambil membawa pulang kayu api ke kawasan perkhemahan. Dilonggok kayu-kayu dihadapan khemah untuk dibuat unggun api dan bara untuk memasak makanan malam. Razak, Zufir dan Firman merasa kekok bekerja dengan Fauzi. Lain pula dengan Fauzi, dia seperti biasa sahaja. Dialah mengendalikan makanan malam mereka berempat malam itu. Hmm… sedap masakan perempuan.

-----------------------------------------------------

Selesai solat jamak maghrib dan isyak barulah mereka dibenarkan untuk membuat aktiviti sendiri. Fasilitator nasihati mereka untuk tidur awal kerana esok hendak teroka hutan menuju ke perkampungan orang bukit. Firman memasuki khemah untuk mengambil tuala, niatnya hendak membasuh muka sebelum tidur terhenti apabila Zufir masuk ke dalam khemah sambil menarik zip pintu khemah.

“Kau nak tidur dah ke?... aku nak keluar basuh muka kat sungai… nak ikut?” soal Firman.

“OK… “ mereka berdua berjalan keluar menuju ke sungai. Dari jauh kelihatan Razak sedang membincangkan sesuatu dengan Danish, kawan kepada Fauzi. Tapi kelibat Fauzi tidak kelihatan.

“Terkejut aku dengan Fauzi… gila lah dia… macamana boleh menyamar jadi laki?... tak masuk akal… “ ujar Zufir perlahan suaranya.

“20 tahun… dari kecik… “ tambah Firman.

“Mak ayah dia OK ke?... “

“Entah… aku tak kenal dia… tapi Razak kata dia rapat dengan Danish macam adik beradik… siap minta selimut bagai… tapi… takkan Danish tak tahu apa-apa… macamanalah dia simpan rahsia tu… tukar jantina pulak tu “ luah Zufir.

“Haha.. “ tawa Firman tiba-tiba.

“Asal kau gelak?... “ soal Zufir sambil mencangkung membasuh muka di tepi sungai. Berus gigi masih ditangan kirinya.

“Engkau tu tak pa pulak simpan rahsia 20 tahun dengan aku… “ balas Firman.

“Aku?... rahsia apa?... aku tak kenal kau pun?... apa rahsia  aku yang kau tahu” bingung Zufir, tapi tetap meneruskan memberus giginya.

“Heh.. “ sinis Firman. Dia mendekatkan dirinya ke telinga Zufir lalu membisik sesuatu.

“Ahmad Zufir Aish… adalah ANAK LUAR NIKAH… “ bisik Firman lalu bangkit pulang ke khemah meninggalkan Zufir yang masih terkejut.  

Terkedu Zufir, terhenti tangannya menggosok gigi apabila mendengar kenyataan yang dibisikkan oleh Firman. Ya!... itu rahsia terbesar dalam hidupnya dan rahsia yang dia cuba lupuskan sejak 20 tahun lalu. Tapi macamana Firman tahu. Zufir pantas membasuh mulutnya yang penuh dengan buih ubat gigi lalu bangun menuju ke khemah. Tanpa melengah masa dia terus mendapatkan Firman dengan kasar.

“Yargh!... engkau siapa?!... “ soal Zufir kasar sambil tangannya kemas menggenggam pergelangan tangan Firman.

“Aku tanya kau siapa?... macamana kau tahu?... kau nak apa?... dari aku dengan Balqis?... “ tambah Zufir lagi dalam nada marah.

“Heh! … aku?... senang sahaja… aku sekarang MATI, aku nak HIDUP SEMULA dalam hidup kau… dan aku hendak MILIKI KAU SEORANG… jadi memisahkan Balqis adalah langkah pertama aku…” aku kembar kau Zufir bisik hati Firman.

“Kau gila ke apa?... “

“Nope… still waras… hidup kau adalah hidup aku… engkau nak aku jerit kau ni anak luar nikah ke?... engkau tak boleh mati sebelum aku mati… hehe… dah lepaskan aku… aku nak tidur… “ ugut Firman dalam berbisik apabila melihat beberapa pasang mata memandang mereka dan kelihatan Razak menghampiri mereka dalam keadaan bingung.

“Zufir, Firman… aku nak tidur dengan korang… “ minta Razak.

“Tak boleh… “ Zufir membalas

“Boleh… “ Firman membalas.

“Err… tak kira… aku masuk khemah korang dulu… “ ujar Razak. Dia memang nekad tidak mahu sekhemah dengan Fauzi.

---------------------------------------------

Sampai sahaja ni perkampungan orang bukit yang memakan masa selama sejam membuat semua para peserta keletihan dan mereka berhenti berehat di sebuah dewan dua tingkat yang diperbuat dari buluh. Ini bukan perkampungan orang asli, memang asal perkampungan melayu cuma mereka menetap di atas bukit jauh dari kota.

Tujuan utama disini adalah untuk menikmati hidup sebagai naturalis iaitu ahli pencinta alam sekitar. Mereka hidup dengan apa yang mereka tanam kerana hendak turun naik bukit amatlah meletihkan. Jadi kebanyakkan mereka lebih suka menanam dan menternak sendiri.

“Okay semua… kita rehat 2 jam dahulu, dewan ini akan menjadi base kita semua sepanjang hari… perempuan dibahagian atas dewan, lelaki bahagian bawah...dan tempat berkumpul dibahagian luar dewan semua… sebelum itu sila bentuk satu kumpulan 4 orang dan hantar wakil kepada saya… after that keluar untuk memasak makanan tengahari… malam kita akan mengikut program kampung ini… iaitu Perayaan Tanaman…”

Zufir dan Firman kembali membisu sejak peristiwa malam tadi. Razak mendekati mereka bersama Fauzi. Mereka membentuk satu kumpulan. Kelihatan Razak masih kekok dengan Fauzi. Yela mana taknya… orang yang diingatkan lelaki rupanya perempuan… mereka berempat mengambil satu sudut melepaskan semua beban beg yang digalas lalu merebahkan badan mereka. Seperti biasa Razak akan mengelak duduk sebelah Fauzi menyebabkan Zufir dan Firman baring bersebelahan.

“Ini posisi tidur malam ni… aku, Zufir, Firman… kau Fauzi… jauh sikit “ beritahu Razak.

“OK… “ balas Fauzi.

------------------------------

Keluarga Pak Dani dan Mak Cun merupakan keluarga yang mereka akan bersama selama satu hari. Anak - anak Pak Dani semuanya sudah berkeluarga dan ada yang menetap di bandar tanah seberang dan pulau.

“Pak Dani nak buluh berapa?” soal Zufir. Pak Dani merancang hendak membuat lemang. Fauzi dan Mak Cun pergi mencari daun pisang. Razak dan Firman sedang membuat bara api dan tiang. Dia dan Pak Dani berjalan beriringan ke hutan mencari buluh. Bagi Zufir ini seperti kembali ke zaman kanak-kanaknya dahulu. Ayahnya selalu membawa dia keluar ke kaki bukit mencari hasil hutan terutama mencari kayu untuk membuat keychain. Terasa rindu kepada ayahnya menular tiba-tiba.

“Hmmm…. Ketua kampung minta buat 30 batang… tapi ambil 40 batanglah… takut Mak Cun bancuh pulut lebih… kamu tahu tak nak tebang macamana?... “ soal Pak Dani.

“Tahu Pak Dani… saya orang pulau… “ beritahu Zufir.

“Kalau macam tu.. kamu pergi kat rumpun buluh sana… cepat sikit kerja siap… hati-hati dengan parang“ cadang Pak Dani.

Zufir dan Pak Dani sibuk dan menumpukan perhatian mereka sepenuhnya memilih batang buluh. Zufir mengesat peluh yang mula mambasahi mukanya.

“Ouch!... “ jerit Zufir. Terlepas parang dari tangan. Zufir memegang kakinya yang sakiT tiba-tiba.

“ Zufir kenapa?” tanya Pak Dani dari jauh.

“Entah… macam ada benda gigit kaki saya… “ beritahu Zufir.

“Lintah ke?” soal Pa Dani

“Entah… tak serius kot… “ beritahu Zufir. Dia mengambil semula parang meneruskan kerja yang terhenti tadi.

---------------------------------------

Zufir jalan perlahan mengekori Pak Dani dari belakang sambil menarik raga yang penuh dengan buluh. Kelihatan Firman dan Razak berjaya membuat sebaris bara api dan tiang menahan buluh. Pandangan Zufir menjadi pusing dan tiba-tiba gelap. Badannya rebah terkulai diatas tanah. Kedengaran Firman menjerit namanya. Tidak lama kemudian dia seperti terputus dari dunia luar.

Firman mendapatkan Zufir yang tidak sedarkan diri. Wajah Zufir kemerahan dan badannya panas. Pak Dani mengarah Zufir dibawa keatas rumah. Firman mengikut segera mengendong Zufir sekuat hatinya. Perasaan risau mula  mengusai diri. Razak mengikut dari belakang.

“Zufir!... Zufir!... Zufir bangun Zufir… “ bicara Firman.

“Ya Tuhan… dia kena sengat dengan kala jengking hitam ni…” ujar Pak Dani apabila melihat sengatan pada kaki Zufir.

“Jangan risau… Pak Dani ada ubat… dia pengsan sebab panas sangat  nih… memang sengat ni buat badan panas… nanti dia sedar “

“Zufir…” bisik Firman dalam pilu.

-----------------------------------------

Sepanjang malam Firman menemani Zufir di dalam bilik. Pak Dani membenarkan mereka menggunakan bilik anak mereka yang sememangnya kosong. Menurut Pak Dani, biarlah Zufir tidur dirumahnya malam ini untuk melihat progres keadaan Zufir dan Firman meminta izin dari fasilitator untuk menemani Zufir.

Zufir nyenyak tidur terbaring diatas toto mengadap dinding buluh setelah minum air rebusan herba. Menurut Pak Dani air rebusan itu memang mengantuk. Firman menjenguk di luar tingkap, suasana di luar rumah meriah sekali dengan muzik dan jamuan makan. Kelihatan kawan-kawannya seronok dengan pengalaman baru ini. Kanak-kanak riuh rendah main bunga api dan mercun. Firman kembali kesisi Zufir setelah menutup tingkap dan lampu bilik untuk mengelak bunyi bising mengganggu tidur Zufir. Dia bersila diatas tikar mengkuang sebelah Zufir.

“Zufir… tidur ke?... dah sejam ni… “ kejut Firman. Zufir masih tidak bergerak.

“Kau boleh tidur… tapi jangan mati…aku ada satu nyawa sahaja… nyawa kedua aku, kau Zufir “ bisik Firman.

“Kenapa kau bunuh aku dahulu?... kenapa kau lupakan aku? Zufir?... hehe… macamlah aku ingat kau… “ bisik Firman lagi. Sambil dia rebahkan badannya selari dengan Zufir.

----------------------------------------

“Aku sayang kau Zufir….” luah Firman sambil tangannya memegang baju belakang Zufir.

Zufir yang terdengar luahan Firman  meremang bulu tengkuknya. Dia semakin takut dengan Firman. Gila ke apa?... aku?... aku ni nyawa kedua dia?...gila… aku bunuh dia?... bila?... gila… tapi… macamana Firman tahu rahsia dia?...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience