4

Family Series 2956

Zufir yang berbadan kurus sekuat hati mengheret beg pakaiannya menuju ke bilik barunya. Pertama kali menjejakkan kaki ke universiti. Dia mengetuk pintu bilik mengharap rakan biliknya sampai terlebih dahulu darinya.

“Masuk!..” satu suara menjerit dari dalam. Zufir yang mendengar terus memulas tombol pintu.

Kelihatan seorang lelaki sedikit berisi darinya sedang mengemas cadar katil. Dia memasuki bilik tanpa menutup pintu semula.

“Hai...bilik ni ke?” tanya lelaki itu

“Haah… Zufir…fakulti seni” Zufir menghulur tangan sebagai salam perkenalan

“Razak… fakulti sains” Razak memperkenalkan diri sambil menyambut tangan Zufir.

“Aku ambil katil ni…” beritahu Razak apabila melihat Zufir sedikit hilang arah.

“Ok…” ringkas sahaja jawapan Zufir. Lalu mengheret semula begnya. Bukan apa semua ini gara-gara Pak Wan disuruh bawa semua. Matanya tak perlu ulang alik balik pulau.

Tiba - tiba kedengaran seseorang dari luar menjerit memanggil nama Razak. Kelihatan tiga orang lelaki berdiri tegak dihadapan pintu bilik mereka. Mereka nampak kepenatan. Seperti baru marathon.

“Oi Razak!!... Ops… roommate kau dah sampai Razak...Hai...aku Kamal..fakulti seni… huh huh” Kamal sempat memperkenal diri dalam satu nafas. Dia masih tercungap.

“Aku Yarsh… fakulti sains… ini Firman fakulti sains juga..” beritahu Yarsh sambil  memperkenal seorang lelaki disisinya. Segala.

“Aku...Zufir… fakulti seni” beritahu Zufir.

“Kau nak join kitaorang pusing kampus tak?” soal Kamal

“Dia baru sampai… kemas pun tak lagi” sampuk Razak

“Nanti ja kemas… jom… naik kereta Firman… “ sampuk Yarsh pula.

“Err… boleh… “ pendek Zufir membalas.

Mereka berlima berjalan beiringan menuruni anak tangga dek kerana lif sedang dibaiki. Sekarang pukul 2 petang. Mereka selesakan diri dalam kereta milik Firman.

“Korang berempat datang dari sekolah sama ke?..” soal Zufir kepada Razak

“Tak la… aku dengan Kamal satu sekolah… Yarsh dengan Firman baru hari ini aku kenal”

“Hmm?... nampak macam rapat ...baru kenal?...” pinga Zufir.

“Kamal… semua orang dia ramah… engkau asal mana Zufir?” tanya Razak

“pulau ..” ujar Zufir

“Owh.. engkau seorang lah dari pulau Zufir, kitaorang semua asal seberang…” sampuk Kamal.

“Oo… “

Firman yang memandu hanya mendiamkan diri. Dia lagi selesa menjadi pendengar dari berbual. Baginya berbual satu aktiviti yang memenatkan. Lagipun dia baru sahaja kenal mereka ini. Dia lagi suka menjadi pemerhati dari terbuka membuta.

“Firman engkau tahu ke nak pusing mana?” soal Yarsh

“Entah… nak pergi mana?” tanya Firman

“Cari fakulti dulu… orentasi pun kat fakulti masing-masing bukan bercampur pun” cadang Yarsh

“Yeke?... setahu aku last day orentasi baru asing… aku tengok jadual tadi” jelas Razak

“Hehe..aku tak tengok jadual..sori…” mengaku Yarsh

Bangunan Fakulti memang jauh dari asrama mereka. Kalau hendak berjalan kaki memang penat. Tapi apa nak buat mereka tiada kenderaan kecuali Firman. Fakulti Sains dan Fakulti Bahasa bersebelahan, jauh sikit barulah Fakulti Seni dan Fakulti Ekonomi. Setelah melihat fakulti masing-masing barulah mereka mencari fasiliti lain seperti kafe, perpustakaan, dewan besar, dewan sukan, bangunan pengurusan, klinik dan lain-lain.

“Baru aku perasan, asrama lelaki ada dua sahaja...Asrama Pria 1 dan Asrama Pria 2” beritahu Razak

“Kita?..” tanya Kamal

“Kita Asrama Pria 2..” ujar Razak.

Sejak detik itu mereka menjadi kawan rapat. Razak dan Zufir sebilik, Yarsh dan Kamal sebilik kecuali Firman dia tiada teman, memang biliknya sedikit kecil dari mereka yang duduk berdua. Single room. Lagipun bilik Firman dihujung aras.

---------------------------------------------------

Yarsh memberi isyarat kepada Zufir supaya berlari ke arah jaring kemudian dia membaling bola kepada Zufir untuk menjaringkan gol. Mereka berlima sekarang berada di gelanggang bola keranjang. Hanya berempat sahaja main kecuali Firman. Firman seperti biasa tidak endah sangat apa yang kawan-kawannya buat, dia lebih suka menjadi pemerhati.

“Firman!...dah berapa dah?” jerit Razak dari jauh apabila Zufir berjaya menjaringkan gol. Dia tahu walaupun Firman tidak bermain sekali, tapi Firman seronok memerhatikan mereka bermain.

“Hmm…2 -2  ” jerit Firman dari bangku.

Zufir dan Yarsh satu kumpulan, manakala Razak dan Kamal satu kumpulan. Firman ‘pemerhati’... Firman melihat jam ditangan, pukul 10.30 malam. Dia bangun dari bangku sambil mengibas punggungnya dirasakan ada pasir. Dia lipat nota kecil yang sejak tadi dia menghafal ke dalam poket seluar kemudian mencari kunci kereta. Dia jalan menuju ke arah kawan-kawannya bermain.

“Jom … balik ….” beritahu Firman dan terus berlalu menuju ke kereta tanpa mengalih lagi. Dia tahu kawan-kwannya terpaksa berhenti main juga sebab mereka tiada kenderaan untuk pulang ke asrama.

Ouch! .. satu jeritan kecil kedengaran

“Ops! Zufir… sori...aku main baling ja… Firman laa interrupt aku nak fokus” maaf Yarsh.

“Aduh… kalau nak baling pandang aku dulu Yarsh. Sakit mata aku… lebam la esok pagi… “

“Lebam pun… Balqis tak lariiiii….” usik Kamal lagi.

Pecah ketawa mereka apabila Kamal mengusik Zufir menggunakan nama teman wanitanya, Balqis. Mereka cepat mengatur langkah mengejar Firman yang sudah menghidupkan enjin kereta. Bau peluh memenuhi ruang kereta. Tapi mereka sudah biasa dengan peluh masing-masing. Jarak dewan sukan dengan Asrama Pria 2 jauh berbanding dengan bangunan fakulti. Firman memberhentikan kereta disebuah kiosk.

“Kau nak pergi mana Firman?” soal Zufir

“kiosk...beli pewangi kereta kejap…” pendek sahaja Firman, terus dia keluar

“Weh.. Firman perli kita laaa…” ujar Zufir apabila Firman keluar

“Haha… engkau..macam tak biasa dengan perangai Firman tu… semua benda tajam… tapi logik kotttt“ ujar Razak.

Firman kembali dengan dua beg pastik. Dia baling satu plastik kearah Zufir yang duduk sebelah pemandu. Kemudian mengeluarkan pewangi dari satu beg lalu di gantung pada cermin pandang belakang.

“Waaa… aiskrim plastik...nah mik sorang satu… eh ada lebih” ujar Zufir sambil mengagih aiskrim kepada kawan-kawannya yang lain.

“Sini.. “ pinta Firman. Dia ambil aiskrim yang terlebih itu lalu dibalut dengan tuala yang tergantung di leher Zufir

“Ini untuk lebam kau… situ tak jual ais… nah “ beritahu Firman.

“Wuuuu…. Firman caring harini…” usik kawan-kawannya dari belakang.

“Diam! ar“ marah Firman dengan sikap kawan-kawannya yang suka mengusik. Tahulah aku ni pendiam suka pulak usik aku, buat baik pun salah ke...haiiii…

---------------------------------------------------

Balqis menghampiri sekumpulan lelaki apabila dia mengecam Zufir bersama mereka. Ditangan dia ada sekeping kertas di pegang kemas. Kedengaran gelak tawa empat orang lelaki yang sedang seronok menonton cerita melalui laptop, hanya seorang lelaki leka duduk membaca buku. Dia rapat dengan empat orang tapi tidak rapat dengan seorang lagi.

“Hai..” tegur Balqis

“Zufirrrrr… Balqis...Balqis… la la la.. “jerit Kamal menyanyi. Zufir terkejut. Pantas tangannya menampar bahu Kamal. Seakan malu.

“Ish kau ni Kamal..over..” tegur Zufir

“Hai… kenapa Balqis?” soal Zufir sambil bangun dari bangku. Rakan-rakannya yang lain hanya memerhati mereka berdua sambil tersenyum-senyum suka.

“Balqis nak ajak datang tengok ‘audition’..” beritahu Balqis sambil menghulur kertas kepada Zufir. Zufir pandang sekilas sahaja poster itu kemudian letak di atas meja. Kawan-kawannya berebut hendak membaca.

“Audition apa?” soal Zufir

“Model… datanglah… baju rekaan Balqis terpilih masuk final… “ terang Balqis

“Zufir tak pergi…” sampuk Firman. Kelihatan poster berada di tangannya. Bila masa dia menghampiri meja pun tidak disedari.

Semua mata memandang ke arah Firman yang tiba-tiba bersuara. Dia yang sibuk membaca buku sejak mereka berkumpul tiba-tiba mengeluarkan suara bantahan.

“Kenapa?” soal Balqis

“Manifesto… kempen… “ jawab Firman pendek

“Haah… Balqis… aku ada kempen jawatan… “ bohong Zufir. Padahal dia tak tahu pun bila audition tu tarikh bila. Poster tadi bukan dibaca pun. Janji dia tak perlu pergi show… bukan boleh beli pun baju-baju tu semua.

“Lepas kempen… datanglah…” pujuk Balqis

“Tengok la Balqis… tapi Zufir tak janji…” balas Zufir.

------------------------------------------------------

Kamal menemani Zufir semasa berkempen di dalam Dewan Kecil 1. Jumlah calon semuanya 3 orang. Zufir mungkin kurang dari segi kelebihan kerana dia merupakan pelajar tahun 2. Masih mentah untuk memikul jawatan yang tinggi dalam fakultinya. Tapi tidak mengapa, ini merupakan satu pengalaman. Kelihatan kawan-kawannya, Razak, Yarsh dan Firman turut datang menyokong walaupun mereka dari fakulti lain. Semangat mereka memakai baju tema penyokong Zufir, kemeja ungu.

Habis sahaja pembentangan manifesto daripada Zufir, riuh dewan dengan sorakkan dan tepukkan. Semoga tepukkan yang kuat ini memberi petanda baik untuk Zufir. Acara berlangsung ke agenda seterusnya sampailah ke penghujung. Akhir sekali moderator mengajak mereka yang hadir untuk menjamu sedikit makan lewat malam di bahagian luar.

Razak, Yarsh dan Firman berlari menuruni anak tangga menuju ke pentas mendapatkan Zufir dan Kamal. Mereka mengucapkan tahniah dan bangga dengan keberanian Zufir yang sanggup bertanding.

“Jom mik gambar… alang-alang baju dah macam boria...sedondon warna ni…” cadang Yarsh sambil merampas kamera dari tangan Firman.

“Pinjam kejap Firman… hihi..” ujar Yarsh lagi

“Heii… aku tangkap…” ujar Firman sambil tangannya membuat isyarat meminta semula kamera.

“Tak cukup lima nanti… kejap… komiti!... tangkapkan gambar..” jerit Yarsh kepada seorang komiti yang sibuk dengan laptopnya.

Tanpa lengah lagi mereka berlima berdiri tegak dalam satu barisan. Razak, Firman, Kamal, Zufir dan Yarsh. Klik!.... Kemudian mereka berlima keluar untuk mencari makanan. Sebaik sahaja mereka keluar kedengaran bunyi muzik riuh rendah dari Dewan Besar.

“Audition…” ujar Razak kepada kawan-kawannya. Mereka mula teringat akan jemputan Balqis tempoh hari.

“Jom tengok kejap… lepas makan lah…” ajak Yarsh

Seperti dirancang mereka bergerak ke arah Dewan  Besar. Tidak jauh pun, mereka hanya berjalan kaki. Dewan Besar dikelilingi dengan lima buah Dewan Kecil. Sekiranya ada majlis yang melibatkan penyertaan atau penonton yang besar akan dibuat di Dewan Besar. Mereka berlima memasuki ruang dewan. Gelap. Kelihatan satu pentas run away dibina khas untuk audition ini. Lampu saling bertukar warna dan hanya memfokuskan di atas pentas.

Firman tidak putus-putus mengambil gambar suasana meriah itu sampai terpisah dengan kawannya yang lain.  Mereka terpisah. 4 dan 1. Perlahan-lahan mereka berempat berjalan menuju ke pentas barisan hadapan sekali. Seperti bergaduh, para pelajar saling berasak hendak ke bahagian barisan hadapan. Kelihatan Balqis di atas pentas memegang sesuatu seperti token dan pengacara majlis berdiri tegak di sisinya.

“Baik..pelajar sekalian...akhir sekali...kita menghadiahkan tanda penghargaan kepada pengadil jemputan kita… dijemput model terkenal… MISS SUZY!...” jerit pengacara majlis.

Wanita yang di panggil Suzy naik ke pentas. Elegan gayanya, rambut keperangan kilat dilepaskan tanpa berikat, berjalan penuh bangga ke arah Balqis. Mereka saling bersalam, ketika itu lampu dewan cerah. Token beralih tangan dari Balqis ke Miss Suzy.

“Zufir!...” terkejut Balqis apabila melihat Zufir betul-betul di hadapannya. Tetapi wajah Zufir tidak ceria, riaknya seperti hendak membaham sesuatu. Merah. Langkahnya beralih ke belakang dan terus keluar dari Dewan Besar meninggalkan kawan-kawannya yang lain.

-----------------------------------------------------

Mata Balqis melilau mencari seseorang. Majlis sudah tamat, dia menyuruh komiti mengiringi para pengadil pulang. Dia ternampak Firman yang masih sibuk menangkap gambar. Firman di dekatinya.

“Firman!.. Nampak Zufir?” soal Balqis sebaik sahaja menegur Firman.

“Tak… “ jawab Firman. Ketika itu juga Razak, Kamal dan Yarsh datang mendapatkan mereka

“Korang.. Nampak Zufir?” tanya Yarsh

“Tak… “ serentak Balqis dan Firman menjawab.

“Dia hilang…” beritahu Razak.

“berpecah … cari Zufir.. Apa-apa call… “ arah Firman

“Aku tak da nombor korang… “ mengaku Balqis

“Ambil nombor aku… 012-2222222” ujar Firman. Kemudian mereka berlima berpecah.

Mereka penat dan puas mencari Zufir di sekeliling kawasan dewan, mahupun Dewan Besar atau Dewan Kecil. Kelibat Zufir tidak kelihatan. Balqis masih tidak putus asa. Balqis mendapatkan Firman yang sedang berlari menuju ke kereta.

“Firman..aku nak follow…” beritahu Balqis. Sebaik sahaja Firman menghidupkan enjin kereta dia terus memandu mengikut jalan ke arah Asrama Pria 2. Lampu kereta di tinggikan. Mata mereka berdua bersilih ganti melihat kiri dan kanan. Balqis tidak putus-putus mendail nombor Zufir. Tiba - tiba handphone Firman berdering dan diangkat.

“Firman… aku jumpa Zufir… dalam tandas… mengamuk… tak tahu nak buat apa…first time macamni” beritahu Razak.

“Tandas mana?...”

“Dewan Kecil 3…” balas Razak. Sebaik sahaja mengetahui lokasi Zufir, cepat sahaja Firman membuat u-turn dan terus menuju ke Dewan Kecil 3.

Kelihatan kawan-kawan lain turut berkumpul di hadapan tandas. Mereka bingung dengan perubahan tingkah Zufir. Kenapa? Mengapa? Semuanya tidak ketahuan.. Punca sebab musabab tidak dapat di teka.

“Apahal Zufir ni tiba-tiba?... Razak pernah ke dia macamni kat bilik?” Yarsh membuka persoalan.

“Tak… aku bingung kot… macamana nak tidur malam ni… “ pening Razak.

“Ada idea tak?” soal Firman pulak

“Nope..” balas Kamal. Kemudian mereka berempat memandang Balqis. Seperti mengharapkan sesuatu yang positif.

“Aku try tanya...aku masuk dalam...aku tanya… “ cadang Balqis dalam keadaan takut. Ini juga kali pertama dia menghadapi situasi ini. Sebelum ini Zufir tidak pernah nak mengamuk.

Lama juga Balqis di dalam tandas lelaki. Mereka berempat berjaga diluar, menghalang mana-mana lelaki mahu menggunakan tanda itu. Tiada lagi bunyi mengamuk Zufir kedengaran, seperti Balqis berjaya menenangkan Zufir. Mereka di luar sedikit lega. Tapi tiba - tiba Zufir menjerit.

“Kembar aku dah mati !...kau beritahu dia...kembar aku dah mati..mati...mati”

----------------------------------------------------

Sudah dua minggu berlalu, sejak malam itu Zufir banyak mendiamkan diri, tapi dia masih bersama dengan kawan-kawannya yang lain. Balqis pun dia seperti mengabaikan. Bila hendak berjumpa dia mengelak, malas, tiada jawapan paling teruk dia biarkan sahaja Balqis terkapai-kapai keseorangan. Zufir kalah dalam pemilihan presiden untuk fakultinya. Berita kekalahannya langsung tidak diendahkannya.

Tapi dia masih menjalani hidup seperti pelajar lain. Kamal sentiasa bersama Zufir ketika kelas, manakala Razak akan bersamanya apabila di asrama. Kadang-kadang Yarsh dan Firman membawa Zufir berjalan-jalan mencari angin dengan kereta.

“Zufir… jom keluar…” ajak Firman apabila melihat Zufir keluar dari biliknya.

“Razak tak ada…” balas Zufir

“Tahu.. aku ajak kau…” ujar Firman

“Pergi mana?..” soal Zufir

“Klinik… “ beritahu Firman.

“Aku tak sakit… “ balas Zufir

“Bukan kau… aku..”

“Kau sakit apa?... “ tanya Zufir

“Entah… aku demam… tak kebah…”

“Panadol..kiosk tak da ke?” balas Zufir

“Jom ja la ikut aku… alang- alang pergi klinik sekali… “

“Aku teman ja…” beritahu Zufir.

Firman memandu keretanya menuju ke klinik berdekatan. Tertulis situ ‘Klinik Doktor Arif dan Rakan-Rakan’ lalu dia memakir kereta di hadapan klinik. Firman mencari beg di bahagian kerusi belakang. Zufir hanya memerhati tingkah Firman.

“Kau cari apa?”

“Dompet…. Nampak tak?” soal Firman

“Ni “ tunjuk Zufir sesuatu diatas dashboard.

“Oh..thanks..” balas Firman.

“Engkau Ok tak ni Firman?... berpeluh semacam ni?”

“Demam...panas...berpeluh laa… sebab tu nak jumpa doktor… kau nak masuk tak?... boleh jumpa Doktor Arif kenal-kenal…” usik Firman.

“Tak… kau pergi la…” sebaik sahaja mendengar tolakkan dari Zufir. Firman keluar dari perut kereta. Perlahan dia menuju ke pintu klinik. Tiba-tiba pandangannya gelap, gelap dan gelap. Tanpa sedar badannya rebah di hadapan pintu klinik.

Zufir yang melihat situasi itu menjadi terkejut. Pantas dia membuka pintu kereta mendapatkan Firman yang rebah terkulai di atas lantai. Dia menjerit nama Firman, tiada respon. Kelihatan jururawat keluar dari klinik apabila ternampak apa  yang berlaku. Pantas dia mendapatkan bantuan untuk mengangkat Firman masuk ke dalam dan terus memanggil doktor bertugas.

“Saya Doktor Azri, awak siapa kepada dia?...” soal doktor yang kelihatan agak tua, mungkin 50-an.

“Panggil saya Zufir… kawan Firman..” beritahu Zufir.

“Kawan awak demam panas… tapi bukan denggi… saya baru sahaja bagi dia IV terapi...masuk air…”

“Oh… terima kasih doktor..’

“Dia… ada masalah apa-apa ke? Stress? Masalah kerja? Kawan?... sebab tengok dia seperti kurang terurus…” beritahu Doktor Azri.

“Stress...tak pasti…” bohong Zufir. Kepalanya ligat memikirkan sesuatu. Adakah dia penyebab Firman sakit?... aku kah punca stress dia?... kawan? Masalah kawan doktor kata… aku ke?...

“Kalau macam tu tidak apa...sekarang tunggu dia sedar… jangan risau saya sudah ambil semua sampel… result akan keluar tak lama lagi…” beritahu Doktor Azri.

“Baik doktor…”

----------------------------------------------------

Kamal membaca sesuatu di papan infomasi di kafe sementara menunggu Zufir sibuk beratur untuk membeli makanan tengah hari mereka. Kamal menaip sesuatu dalam handphonenya sambil memerhati Zufir sedang memilih dua nasi campur. Zufir mendapatkan Kamal setelah membayar makanan mereka berdua. Zufir kembali kepada Zufir yang asal, sejak Firman pengsan tiga hari yang lalu. Zufir seperti menyalahkan diri atas apa yang berlaku ke atas Firman. Kini, Zufir berusaha merapatkan semula hubungan mereka termasuklah hubungan dia dengan Balqis.

“ thanks Zufir… haha… kau nak join kem tak?” ketawa kecil Kamal sambil menunjuk sesuatu di papan infomasi.

“Kem?...apa?”

“Lepak sungai tak silap aku...dua hari satu malam… aku nak ajak yang lain….panjang umur kawan kita seorang” jelas Kamal sambil matanya melihat seorang lelaki berjalan beriringan dengan seorang perempuan

“Sapa?..” soal Zufir

“Tu Firman… haha...jap...Zufir tu bukan girlfriend kau ke?” soal Kamal apabila menatap jelas muka perempuan sebelah Firman. Zufir yang mendengar memaling kepalanya dan mencari kelibat Firman. Betul, Balqis bersama Firman...tapi kenapa?.

Firman dan Balqis menghampiri mereka berdua. Kamal dan Zufir berhenti menyuap terkejut dengan kehadiran mereka. Balqis yang berdiri sebelah Firman bertukar riak wajah. Dia seakan tidak menyangka dia akan bertemu dengan Zufir di sini.

“Hai… “ tegur Firman selamba

“Hai… “ Kamal membalas, tidak Zufir. Zufir hanya memberi tenungan tajam kepada Firman

“Err...engkau dengan Balqis?..” soal Kamal

“Yup… ini girlfrend aku… “ beritahu Firman.

“Seyes?...” tanya Kamal untuk kepastian

“Haah… baru sahaja sejam yang lalu…” mengaku Firman.

Zufir yang mendengar pengakuan Firman terasa seperti di tikam dari belakang. Matanya bertembung dengan mata Balqis dan Firman. Firman hanya selamba, tiada sebarang perasaan serba salah. Tapi Balqis nampak gelisah seperti tikus mencari jalan keluar. Zufir terus bangun dari tempat duduknya dan berlalu tanpa kata apa-apa. Kamal terkejut dengan respon Zufir.

“Firman… aku tak tahu apa dalam kepala otak kau… sekarang aku ikut Zufir dulu… aku chow… nanti cerita belakang …” luah Kamal. Dia pun bangun dan mengejar Zufir dari belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience