6

Family Series 2959

Fauzi menolak pintu bilik yang didiami oleh Zufir dan Firman. Sepinggan makanan dibawa bersama. Terkejut dia apabila ternampak Firman tiba-tiba bangun dari baringan.

“Zufir dah bangun belum?... katanya sejam sahaja ngantuk… ni aku bawa makanan untuk korang dua… aku bukak lampu… “ beritahu Fauzi. Sebaik sahaja lampu mula menerangi bilik Fauzi menghampiri Firman yang kelihatan gelisah.

“Engkau… kau… tak rasa takut ke masuk bilik lelaki?” soal Firman

“Kenapa?... kau nak ugut aku macam kau ugut Zufir?... “ soalan Fauzi seperti ada makna lain.

“Engkau dengar ke?...” tanpa lapik Firman tanya.

“Yang mana satu?” soal Fauzi selamba.

“err...err…” Firman termati kata. Dia ragu samada Fauzi mendengar segalanya tau tidak tahu apa-apa.

“err… tak ada apa-apa… terima kasih bawakan makanan.. Zufir tidur lagi“ beritahu Firman

“Engkau yakin dia tidur?... hehe… dia dengar semuanya apa yang kau cakapkan… dan aku lagi worse dari dia… sekurang-kurangnya dia tahu siapa ibu dan ayah dia… aku tak kenal langsung siapa mak ayah aku… dinding buluh tak tebal macam dinding bata… “ balas Fauzi terus terang tanpa lapik bahawa dia terdengar luahan hati Firman kepada Zufir.

“aku tak tahu apa berlaku antara korang berdua… hope settle cepat-cepat… “ tambah Fauzi lagi sebelum dia keluar dari bilik meninggalkan Firman dan Zufir yang masih terpinga.

--------------------------

Asrama pria masih sama setelah mereka meninggalkan selama tiga hari dua malam. Masing-masing menuju ke bilik untuk melepaskan lelah. Esok kuliah akan berjalan seperti biasa. Razak dan Zufir mula baring memandang syiling atas.

“Zufir, engkau dengan Firman OK tak?... kau ada tanya tak pasal Balqis?...” Razak memulakan perbualan.

“hehe… aku rasa Firman dah gila lah Razak… Balqis, biarlah dia dengan hidup dia… aku ada benda lain yang lagi serius nak fikir ni..” ujar Zufir. Ya… masalah macamana Firman boleh tahu rahsia 20 tahunnya, perempuan boleh diketepikan dahulu.

“aku tengok… Firman semakin caring dengan kau… dulu dia tak ambil endah langsung pasal kita semua… tapi sejak dia pulang dari MC haritu… dia macam banyak cari hal dengan kau… tak kisahlah hal baik atau hal buruk… tapi yang pasti dia suka ada kau… apa aku cakap ni… belit” tambah Razak.

“haha… engkau… dengan Fauzi macamana?” soal Zufir pula.

“itu satu benda gila… aku tak faham lah dengan Fauzi tu… si Danish pula tak nak tolong aku masa camp… rasa camp ni macam dunia fantasi ja… dongeng grene gender bender… arghh… “ luah Razak. Dia masih tidak percaya dengan situasi Fauzi.

“Razak… kau pernah masuk bilik Firman?...” tanya Zufir.

“so far… tak… lagipun memang dia tak pernah ajak pergi bilik dia… kenapa?... kau nak rampage ke bilik dia...balas dendam?... “ gurau Razak.

“haah… “ jawab Zufir. Dia memang nekad untuk selongkar bilik Firman demi mencari jawapan kepada persoalannya.

------------------------

Firman tidak terus pulang ke asrama, dia terus menuju ke keretanya dan memandu menuju rumah research Doktor Arif. Kelihatan Abang Jan sedang mengelap kereta dihalaman dan Doktor Arif dengan laptopnya sedang menaip sesuatu. Kedatangannya disambut dengan baik.

“Atuk… Firman dah jumpa kembar Firman. Ahmad Zufir Aish… “ beritahu Firman. Doktor Arif yang mendengar berita tersebut sedikit terkejut termasuk Abang Jan.

“Dimana?... dia kat mana sekarang?... dia tinggal dengan siapa?... dia sihat tak?... “ bertubi-tubi Doktor Arif menyoal.

“hihi… dia sihat ja atuk… dia dekat sahaja dengan Firman, kawan Firman di universiti… pelajar seni… “

“macamana kamu yakin itu dia?” soal Doktor Arif lagi.

“hmmm… panjang cerita atuk… dia kata dia ada kembar dan dia mengaku dia ‘anak yang tak sah taraf’....”

“atuk nak jumpa dia… “

“err… macamana?... “ gagap Firman  apabila mendengar permintaan Doktor Arif.

----------------------------

Razak, Yarsh, Kamal dan Firman melepak di tepi tasik seperti biasa selepas semua kuliah selesai. Dari jauh kelihatan Zufir berlari kearah mereka dengan muka gembira.

“Zufir… asal gembira sangat?... “ soal Yarsh.

“ayah aku nak balik dari oversea… 9 malam ni nak pergi airport… sambut my dad… “ melebar senyuman Zufir. Baginya ayahnya adalah insan paling dia sayang. Ya… dia benci ibunya… sebenci-bencinya.

“kau nak pergi naik apa?...” soal Yarsh lagi.

“bas… “ balas Zufir.

“pastu balik?... “

“bas… “

“ayah kau naik apa?... bas juga ke?... naik bas balik pulau ke? “

“eh… tak lah… nanti pak cik aku ambil ayah aku kat airport… ayah aku balik naik kereta… aku naik bas… “

“naik kereta aku Zufir… aku hantar kau… “ Firman yang diam dari tadi menyampuk. Tawaran dari Firman membuat mereka semua terdiam. Masing-masing ligat memikir… err Zufir dangan Firman dah baik ke?...

“tak nak…” tegas Zufir.

“aku tunggu kat bawah lepas solat Maghrib… “ Firman mengendahkan tolakkan dari Zufir.

Rahman?... Rahman pulang… ini peluang aku… untuk berjumpa dengan Rahman. Seorang lelaki yang memainkan peranan penting dalam hidup ayahnya, Airil. Lelaki yang memisahkan dia dengan Zufir.

-------------------------------

Zufir mendapatkan Encik Johan dan Kartika diruang menunggu ketibaan. Firman mengekori Zufir dari belakang. Jam besar menunjukkan pukul 8.30 malam. Belum lagi pukul 9 malam.

“Pak Johan!.. Tika!.. lama dah sampai?... “ soal Zufir dengan gembira

“Baru ja Zufir… tapi tadi ada announcement… katanya kapal terbang ayah kamu dah sampai awal… dia tengah turun lah tu… “ beritahu Encik Johan.

“abang… siapa ni?... “ soal Kartika.

“kawan abang… Firman… “ beritahu Zufir sambil memperkenalkan Firman kepada Encik Johan dan Kartika.

“Tu… ayah kamu Zufir!... “ ujar Encik Johan. Semua mengalih pandangan kearah seorang lelaki yang masih bertenaga dan segak. Ringkas sahaja penampilannya, berbaju t-shirt, berseluar denim hitam dan sebuah beg kertas.

Zufir berjalan gembira mendapatkan ayahnya. Sudah berbulan dia tidak melihat wajah yang dikasihinya itu. Disalam dan dicium pipi ayahnya akhir sekali satu pelukkan erat diberikan kepada sang ayah.

“Zufir… tak bernafas ayah ni… “ beritahu Rahman kepada anaknya.

“Sihat?... Seronok?... “ soal Zufir sambil melepaskan pelukkan.

“Ayah sihat… lagi sihat jumpa Zufir… haha… “ usik Rahman sambil menepuk pipi anak kesayangannya itu.

“Encik Johan dan Tika… apa khabar?... mana Wan dan Ifah? “ tanya Rahman sebaik sahaja ternampak kelibat mereka berdua.

“Baik Rahman… lenggang ja balik?... Wan dan Ifah sibuk di pulau tu… tak sempat nak melawat kilang kat seberang ni… lagilah nak menyambut tuan punya kilang tak ada masa… ni haa hantar anak diorang sahaja sebagai wakil… ye Tika kan?“ ujar Encik Johan sambil mengusik Kartika.

“haha… kirim salam kat ayah dan mama nanti ya Tika…” ujar Rahman.

Dalam sibuk gembira menyambut Rahman, Firman datang menyalam tanpa memperkanalkan diri. Rahman yang ternampak seorang anak muda menghulur tangan kearahnya terus menyambut.

“Ni kawan Zufir… Firman… Firman ni ayah aku… ayah Rahman… “ Zufir memperkanalkan mereka berdua.

“Apa khabar pak cik?... “ tanya Firman.

“Firman???.... err… baik sahaja… “ gagap Rahman. Seperti terasa sesuatu aura lain dari Firman… tapi apa?...

--------------------------------

Setelah menghantar Rahman, Encik Johan dan Kartika pulang Zufir dan Firman berjalan mendapatkan kereta yang di parkir di aras atas. Firman menghidupkan enjin dan memulakan perjalanan. Mereka berdua membisu sehinggalah Firman bersuara.

“Ayah kau… Rahman… bukan ayah sebenarkan?... “ soal Firman tiba-tiba. Dia seperti membuka luka lama dihati Zufir.

“Kau tahu apa… kau drive sahaja tak boleh ke… “ balas Zufir.

“Siapa ayah kau sebenarnya?... siapa mak kau pun kau teringin nak tahu… aku...“ belum sempat Firman menghabiskan katanya..pop.. satu mesej masuk ke dalam handphonenya dan di buka mesej tersebut.

Atuk: Betul… itu Rahman dan Encik Johan… Firman dapat mana gambar ni?...

Firman yang membaca mesej tersebut tersenyum sedikit dan dia membalas mesej atuknya.

Firman: Firman ikut Zufir ambil Rahman kat airport… baju t-shirt merah tu Zufir… kembar Firman.

Atuk: sudah besar

--------------------------

Rahman mendiamkan diri di tempat duduk penumpang sebelah pemandu. Dia seakan hilang dari dunia sebenar. Kepalanya mula memikirkan sesuatu dan cuba mengimbas sesuatu. Sejak dia bertemu dengan Firman dia merasakan sesuatu yang lain. Tapi apa?. Firman? seperti kenal dengan nama itu. Zufir?... Zufir seperti tiada reaksi apabila mendengar nama itu… tapi kenapa dia merasakan sesuatu yang aneh.. pelik dan tidak tenang.

“Tika… kenal ke Firman tu?... abang Zufir ada cerita apa-apa tak?” soal Rahman kepada Kartika, anak sahabatnya.

“Tika pun baru kenal Firman tu tadi ayah Rahman…” jujur Kartika.

“Kenapa?... “ soal Kartika

“Hmm… tak ada apa-apa… “ ujar Rahman.

“Rahman… bulan depan hari jadi Zufir… ada apa-apa plan ke?... “ tanya Encik Johan tiba-tiba.

“Ya Tuhan!!!... kembar… “ tiba-tiba Rahman menjerit seperti teringat akan sesuatu. Kelakuannya membuat Encik Johan dan Kartika sedikit terkejut.

“Kenapa Rahman?… “ soal Encik Johan  

“Kembar!... hari jadi… kembar… “ ulang Rahman lagi.

“Siapa kembar?... “ bingung Encik Johan dan Kartika.

Ya… ada seorang anak lelaki bernama Firman… Zufirman yang dipanggil Firman… Rahman kembali teringat akan anak kecil yang selalu mengikut kemana sahaja anaknya Zufir pergi. Sejak peristiwa itu berlaku dia sudah tidak tahu apa-apa berita tentang keluarga Airil dan Alia. Hubungan mereka memang terputus terus tanpa sebarang pertimbangan dilakukan. Bagaimana agaknya keadaan budak kecil itu sekarang?... Zufir masih lagikah dia kepada Firman?... monolog Rahman.

“Maaf… Rahman teringat benda lain… “ helah Rahman

“Tak pasti lagi Encik Johan… rasa masa hari jadi Zufir… saya outstation lagi sekali… “ mengaku Rahman. Sibuk Rahman sejak Encik Johan memilih dia sebagai calon menggantikannya mengendalikan syarikatnya.

------------------------

Firman bertemu dengan Abang Jan di kafe fakultinya. Katanya hendak membincangkan sesuatu dengannya. Mereka berdua saling mengadap satu sama lain setelah membeli minuman sejuk.

“Firman… Doktor mahu bertemu dengan Zufir… “

“Kenapa?... atuk pasti ke… Zufir masih ingat wajah atuk?...” soal Firman.

“Doktor kata… nak tak nak Firman perlu bawa Zufir berjumpa dengan dia… “ tegas Abang Jan.

“Bawa ke klinik… “ tambah Abang Jan perlahan seakan membisik.

“Klinik?... klinik?... kenapa?...” soal Firman pelik.

“Ikut sahaja… “ ujar Abang Jan lagi.

“Firman sihat tak ni?... “

“Sihat ja… tapi kadang-kadang demam sekejap-sekejap… “ beritahu Firman.

“Engkau nak sihat… bawa Zufir jumpa Doktor… nak Doktor minta Firman bawa Zufir hari ni“ tegas Abang Jan sekali lagi sambil memberi sehelai kertas kepadanya

Firman syak akan sesuatu. Atuknya seperti mahu melakukan sesuatu kepada Zufir. Kepada kembarnya. Tapi dia tidak pasti apa perancangannya… tapi dia tahu Zufir diperlukan untuk membantu dia sembuh dari demam yang sering menyerangnya bila-bila masa sahaja. Dia membuka lipatan kertas tersebut… ‘Program Derma Darah Klinik Doktor Arif dan Rakan-Rakan’.... dan Firman faham akan maksud disebalik program tersebut… dia tersenyum.

-------------------------

Firman menghampiri sekumpulan rakannya yang sedang sibuk menaip pada laptop. Semua sibuk dengan projek terakhir masing-masing untuk semester kali ini. Dia duduk dibangku kosong berhadapan dengan Kamal. Dia memandang sekeliling mencari kelibat Zufir. Kelihatan Zufir bersama Razak dan Fauzi. Sejak akhir-akhir ini Fauzi selalu melepak dengan mereka, nampak gaya Razak sudah boleh menerima kehadiran Fauzi.

“Engkau kenapa Firman?… datang macam hantu… tegur ke salam ke tak dengar lah pulak… datang ja terus duduk…” soal Kamal sambil tangannya pantas menaip sesuatu.

“Jom ikut aku Kamal… pergi derma darah… nak ?” ajak Firman seperti mengeluarkan umpan.

“Aku sibuk… ajak yang lain…oiii… korang Firman ajak derma darah!!” jerit  Kamal.

Sebaik sahaja mendengar jeritan Kamal semua kepala berpaling kearah mereka. Yarsh yang sedang duduk dibawah pokok manakala Zufir, Razak dan Fauzi yang duduk dimeja lain turut memberi perhatian.

“Dimana?... “ soal Fauzi.

“Klinik Doktor Arif dan Rakan-Rakan… alaa korang jom laa… lagipun aku nak balas budi klinik tu sebab tolong aku masa pengsan haritu… “ bohong Firman.

“Aku boleh sangat… jom Razak, Zufir… “ ajak Fauzi.

“Bila?... “ soal Razak pula.

“Sabtu ni… “ balas Firman.

---------------------------------

Doktor Arif membelek kertas pendaftaran Zufir. Dipandang lama nama yang tertera pada kertas itu… ‘Ahmad Zufir Aish Bin Rahman ‘ kemudian dia memandang kearah Zufir yang sibuk bersembang dengan kawannya dari jauh.

‘Zufir… besar dah kamu… ‘ bisik Doktor Arif. Doktor Arif kembali masuk ke bilik rawatan dan meminta jururawat untuk memanggil nama penderma seterusnya.

“Ahmad Zufir Aish!... sila masuk… “ ajak jururawat apabila ternampak Zufir bangun dari tempat duduknya.

“Saya!... “ balas Zufir lalu mengikut jururawat masuk ke dalam bilik rawatan.

“Selamat pagi doktor” tegur Zufir.

“Selamat pagi… sila duduk… nama apa?... “ soal Doktor Arif.

“Ahmad Zufir Aish… “

“Ok Zufir… saya mahu ambil sampel darah untuk tahu awak darah apa dan kandungan Hb awak… sesuai atau tidak untuk menderma darah… jadi saya akan ambil darah di lengan awak…” beritahu Doktor Arif dan kelihatan seorang jururawat sedang menyediakan peralatan.

“Baik…” balas Zufir.

Sebaik sahaja selesai Zufir diminta menunggu di ruang menderma yang ditempatkan di bahagian atas klinik. Doktor Arif melebel botol-botol darah dengan nama Zufir supaya tidak tertukar.

“Doktor… kenapa ambil darah Zufir banyak sangat?... cucuk sahaja di hujung jari… “ soal jururawat dalam keadaan pelik dengan kelakuan Doktor Arif. Tapi tindakkan Doktor Arif tidak salah kerana dia sememangnya meminta izin dari Zufir dan menerangkan prosedur dengan betul.

“hmmm… “ Doktor Arif hanya memberi senyuman kepada jururawat tersebut tanpa memberi sebarang penjelasan.

----------------------------

“Firman… aku dengan Zufir balik dulu… kitaorang naik kereta Fauzi…” beritahu Razak. Katanya dia tersalah hantar projek kepada pensyarah lain.

“OK… kau tolong hantar sekali projek aku… aku letak atas meja belajar aku… ni kunci bilik aku… jangan lupa kunci semula… nanti pencuri masuk pula…” pesan Firman sambil memisahkan kunci bilik dari keychain kunci keretanya.

“Aku tahu lah… engkau bila nak balik?” ujar Razak.

“Aku dah siap dah… cuma aku nak jumpa Doktor Arif sekejap nak bincang sesuatu… lepas selesai aku pulang…” terang Firman. Padahal dia hendak tahu apa reaksi atuknya bertemu dengan Zufir.

Sampai sahaja di asrama Fauzi terus memakir kereta. Dia menyuruh kami naik atas dan dia akan menunggu Razak dibawah kerana Razak hendak terus hantar, malas mahu keluar banyak kali.

“Zufir kau pegang kejap kunci bilik Firman ni… takut dia balik aku tak de… tak boleh pulak dia masuk bilik…” pesan Razak.

“Kau letak atas meja tu…” balas Zufir sambil matanya mula layu hendak tidur, penat kerana menderma darah.

----------------------------

Zufir memulas tombol pintu bilik milik Firman. Sudah lama dia merancang untuk menceroboh bilik lelaki ini. Niatnya hanya satu untuk mencari bagaimana Firman boleh mengetahui zaman silamnya. Status dirinya sebagai anak luar nikah sudah lama luput dari ingatan dan dikaburi dengan kasih sayang Rahman kepadanya. KLAK!... pintu terbuka. Kakinya mula mengatur langkah perlahan-lahan.

Ringkas sahaja bilik Firman, sekali pandang tiada yang mencurigakan seperti bilik lelaki bujang, bilik seorang pelajar universiti penuh dengan buku ekonomi. Zufir ke meja belajar Firman di buka segala laci dan diusik segala rak. Tiada apa-apa, hanya alat tulis dan kalkulator sahaja. Buku-buku teks ekonomi dan buku nota tersusun rapi. Dia menuju ke katil Firman diselak segala sudut katil. Tiada. Zufir berjalan kehulu kehilir. TANG! Dia terlanggar sesuatu. Dia terkejut, matanya tepat memandang pintu bilik takut sesiapa terdengar dia membuat bising.

Tiada...tiada sesiapa… dia mula memandang bawah melihat sesuatu. Sebuah kotak tin segi empat sama berwarna merah. Zufir membongkok lalu membuka tin tersebut. Riak wajah Zufir berubah sekelip mata.

Penuh dengan gambarnya di dalam kotak tin itu. Di belek satu persatu. Gambar semasa orentasi tahun pertama, ketika main bola keranjang, ketika di kafe, ketika di tasik, ketika di perkhemahan, ketika audition… penuh dengan gambar Zufir…

Zufir membelek lagi sehinggalah… terjumpa sekeping gambar… terkoyak atau dikoyakkan… gambar ketika dia sertai kempen jawatan… sekeping gambar dikoyak dan dicantum semula dengan pelekat… dimana asalnya Razak, Firman, Kamal, Zufir, Yarsh… tapi setelah dikoyak pada gambar Kamal dan dilekatkan semula dengan pelakat… Firman berada disebelah Zufir…

‘Apakah?... kenapa perlu koyak gambar ni?... Firman… Firman suka aku ke?...’ monolog Zufir… dia membelek lagi… kini gambar dia berdua dengan Firman pula… banyak! tebal!... Zufir semakin takut.

“Zufir… apa kau buat ni?...” satu suara kedengaran. Zufir berpaling.

“Firman!...” terkejut Zufir sedikit menjerit. Apabila melihat kelibat Firman dihadapan pintu.

----------------------------

Mata mereka berdua bertembung, Zufir terkejut, Firman gelisah. Zufir bangun berdiri mengadap Firman sambil menggenggam beberapa keping gambar.

“Firman… apa ni semua?... engkau stalk aku?...” soal Zufir

“Apa kau cakap ni Zufir…” Firman cuba berdalih.

“Ni… ni… gambar ni semua… apa?... kalau kau kata kawan!... kenapa gambar aku seorang… kenapa perlu simpan macam barang rahsia… dalam kotak… engkau ni siapa Firman?...” soal Zufir.

“heh… “ Firman tidak menjawab sebaliknya dia mengunci pintu biliknya dan berjalan perlahan kearah Zufir.

“Gambar apa Zufir?...” ujar Firman.

“Ni… gambar ni…” sedikit marah Zufir dengan kelakuan tidak tahu Firman. Dia melempar gambar-gambar dari tangannya dan berselerak diatas lantai. Ya… semuanya! Setiap keping! Setiap sisi! Semuanya wajah Zufir. Siapa tak timbul akan rasa syak wasangka.

Firman merasakan segala rahsianya sudah diketahui walaupun sebenarnya bukan segalanya.

“Engkau takut apa Zufir… aku bukan kacau hidup kau pun Zufir..” balas Firman seperti mempertahankan dirinya.

“Engkau tak ganggu hidup aku?... heh… hal Balqis… engkau rampas Balqis dari aku tanpa sebab… tiba-tiba engkau tahu status aku sebagai anak… anak… anak… argh… semua ni sebab engkau stalk aku kan?... kenapa? Untuk apa?... “ luah Zufir rasa bingungnya.

Firman berhenti sebentar memikir sesuatu untuk mengelak. Memang sejak dia mengetahui Zufir adalah kembarnya dia merasa gembira kerana dia ada adik-beradik. Itu satu kenyataan yang sangat ajaib untuknya. Selama ini dia hidup seorang diri. Hanya dia, ayahnya Airil dan atuknya Doktor Arif sahaja.

-------------------------

“Haah… yup… betul… aku stalk engkau…” mengaku Firman tanpa berlapik.

“Kenapa?... Apa kau dapat?” soal Zufir.

“Zufir… aku dapat Ahmad Zufir Aish!” balas Firman

“Engkau gila ke apa Firman?!” geram Zufir.

“Engkau tu lelaki… aku ni lelaki… engkau ni waras ke tak?” tambah Zufir lagi.

“Tahu… tapi aku apa yang engkau fikirkan semua salah… “

“Apa yang salah?” soal Zufir lagi.

“Aku masih waras… masih lurus… ” gagap Firman.

“Aku semakin takut dengan engkau Firman…” beritahu Zufir dengan berani. Ya betul ini bukan Firman yang aku kenal dulu.

“Aku tak tahu siapa engkau lagi Firman. Tapi aku mohon apa yang engkau tahu pasal aku engkau lupakan… apa yang engkau jumpa tentang aku engkau lupakan… dan jangan dekat dengan aku lagi… “ jelas Zufir tanpa ragu.

Firman mendengar sahaja. Dia ingin mengatakan sesuatu. Tetapi kalau dia menyatakan perkara sebenar dia tidak pasti apakah reaksi Zufir. Adakah positif atau lebih teruk dari ini.

“Engkau buang semua benda-benda pelik ni… “ arah Zufir lantas terus keluar dari bilik Firman.

Zufir berlalu melepasi Firman sambil tangannya memulas tombol pintu. Bahu mereka berlaga menyebabkan Firman tergerak sedikit.

“Zufir please jangan benci aku… “ Firman bersuara.

Zufir terhenti langkahnya apabila ternampak Razak dihadapannya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience