8

Family Series 2956

Razak menuju ke bilik Firman apabila menyedari Zufir tiada di bilik. Sangkanya mungkin Firman sudah ambil kunci dan Zufir keluar pergi mana-mana. Hendak diketuk pintu bilik tetapi daun pintu terbuka terlebih dahulu.

“Zufir! Firman… korang masih tak berbaik lagi ke?... “ tegur Razak

“Err… “ gagap Zufir.

“Aku dah cuba tapi Zufir tak nak… “ bohong Firman.

“Zufir engkau ni lembut sikit hati tu… engkau tak kesian dengan  Firman… engkau kesiankan kawan-kawan engkau ni… kekok tau kitaorang semua… rasa macam berlakon pun ada… tolong laa” luah Razak akan perasaan susah hatinya itu.

“Engkau tak tahu apa-apa Razak… jangan masuk campur boleh… “geram Zufir dengan tindakkan Firman. Tak pasal-pasal Razak salah faham dengannya.

Zufir berlalu meninggalkan Firman dan Razak.

“Engkau kenapa Razak datang bilik aku?” tanya Firman.

“Kunci bilik… Zufir pulangkan ke?... kenapa korang gaduh?...” soal Razak ingin tahu.

“Hihi… gaduh sebab gambar ja…” beritahu Firman jujur, tapi dia tidak perincikan sebab lain.

“Gambar?”

“Haah… gambar… aku berdiri sebelah dia..”

“Tu ja?” soal Razak tidak percaya.

Belum sempat Razak mendengar jawapan dari Firman. Handphone Firman berbunyi dari jauh.

------------------------------------

Zufir merebahkan badannya berat diatas katil. Mindanya berat memikirkan semua bukti-bukti di bilik Firman. Percayakah orang lain sekiranya dia menceritakan tentang perangai Firman yang terlalu mahukan dirinya. Bukan… kenapa perlu fikir fikiran orang lain… sedangkan fikiran sendiri pun tak boleh terima situasi yang dia alami sekarang ni. Zufir mengeluh. Bantal di katil ditendang berkali-kali. Sehinggalah ternampak Kamal datang masuk setelah mengetuk pintu biliknya.

“Dude… engkau kenapa?... nampak kusut gila?”
“Aku sakit hati!... “

“Sakit buat apa… teman aku makan hati, pedal, paru kat dewan makan bawah… Dah la… pastu teman aku pergi kiosk… “ ajak Kamal.

“Ajak lain la… aku nak terperuk dalam bilik seorang diri” protes Zufir.

“La… dah kenapa kau ni… gaduh dengan Firman tak settle lagi ke?”

“Tak settle selagi dia tak mampus” geram Zufir.

“Mampus?... weh cakap elok-elok. Firman bukan siapa-siapa tau. Kawan kita jugak” tegur Kamal dengan bicara Zufir.

“Hei bangun!” arah Kamal sambil menarik tangan Zufir memaksa. Akhirnya Zufir terbangun dari katil. Niat hendak memerukkan diri tidak berjaya.

---------------------------------------

Doktor Ariif memasuki pejabat anak tunggalnya, Airil. Airil tidak mengendahkan kehadirannya sebaliknya cuba menyibukkan dirinya dengan kerja-kerja pejabat. Walaupun sebenarnya tak ada satu pun isu besar buat masa ini.

“Airil… “ panggil Doktor Arif lembut. Airil mengangkat kepalanya.

“Ayah… “

“Makan jom… “

“Tak nak… “

“Kenapa?”

“Rahman tak datang lagi harini… “ beritahu Airil.

Doktor Arif mengeluh. Sudah bertahun Rahman tidak muncul dalam hidup Airil sejak peristiwa duka itu. Dan selama itu lah ayat ‘Rahman tak datang lagi harini’ berulang-ulang disebut oleh Airil. Walaupun Airil tahu hakikatnya Rahman memang tidak mahu berjumpa dengannya.

“Kita makan di kolej Firman… jumpa Firman. Anak kamu. Anak Rahman. “ ajak Doktor Arif.

“Firman… oh… boleh… boleh… “ cepat sahaja Airil menjawab apabila terdengar nama Firman disebut. Meja segera dikemaskan. Rambut kusut segera ditolak rapi menggunakan jari jemarinya. Dia mula tersenyum kesukaan.

Mereka berdua beriringan menuju ke parkir kereta. Airil tiba-tiba bersemangat hendak berjumpa Firman. Baginya Firman lah kunci. Kunci untuk membuka segala pintu-pintu yang menghalang dia bertemu dengan Rahman. Kenapa?... sebab Firman SAKIT… dan ubatnya adalah RAHMAN.

Kereta dihidupkan dan terus meluncur menuju ke kolej Firman.

-------------------------------------------

Firman menunggu seseorang didewan makan. Tadi dia menerima panggilan dari atuknya menyatakan dia dan ayahnya dalam perjalanan ke kolejnya. Katanya hendak makan bersama. Dia duduk disatu meja sambil memegang phone ditangan. Dari jauh pintu masuk kafe kelihatan dua lelaki, seorang sudah berumur dan seorang masih nampak muda dan kacak berjalan menuju kearahnya. Tanpa sedar dia tersenyum kesukaan.

“Firman… dah order ke?” Soal Airil kepada anaknya sebaik sahaja mereka bersalaman.

“Belum… terkejut Firman bila atuk cakap ayah nak makan sini…”

“Jumpa kamu Firman… jumpa nyawa… “ jujur Airil tanpa lapik. Betul. Firman lah penguat semangatnya selain kata-kata Rahman yang sememang tersemat dikepala otaknya.

“Jom.. order… “ ajak Doktor Arif yang kelaparan.

Airil dan Firman menuju ke satu gerai. Kelihatan ada beberapa orang beratur. Mereka turut beratur dibarisan yang sama. Tidaklah panjang mana.

“Eh Kamal… seorang? “ tegur Firman apabila nampak Kamal beratur dihadapannya.

“Tak… dengan Zufir… Tu… kat meja… malas nak beratur… eh… engkau gaduh ke dengan Zufir?... Stress semacam aku tengok dia…” luah Kamal tanpa mengetahui Airil, ayah Firman mendengar perbualan mereka. Airil mengalih pandangannya kearah lelaki yang dimaksudkan oleh Kamal.

'Zufir’ monolog Airil.

'Macam nama anak aku dan Rahman’ fikir Airil lagi.

“Engkau makan dengan siapa?... nak join kitaorang tak?” soal Kamal.

“Ni… ayah aku… “ beritahu Firman sambil memperkenalkan Airil kepada Kamal.

“Owh… apa khabar pak cik?” kekok Kamal tiba-tiba sambil membuat muka kepada Firman ‘kenapa engkau tak beritahu?’

-----------------------------------

Rahman membelek buku majalah didalam pejabat Encik Johan. Sengaja dia mahu melawat gurunya. Baginya Encik Johan adalah guru untuk segala kejayaan yang dia kecapi sampai hari ini. Rezeki dia apabila Tuhan menemukan dia dengan Encik Johan. Walaupun permulaan dia hanya seorang tukang pengukir kayu untuk membuat key chain. Sekarang dia menjadi seorang perusahaan dalam syarikat Encik Johan. Tibaitiba tangannya terhenti pada satu muka surat.

‘SUZY MENJADI MODEL KEPADA PELAJAR SENI KOLEJ’

Rahman memandang tepat pada gambar Suci. Ditenung lama seperti mengingatkan segala masa mereka bersama. Sebenarnya bukan salah Airil, bukan salah Suci kenapa mereka berpisah. Dia sendiri membuat keputusan untuk manarik diri dari hidup mereka berdua. Dia tidak berhak untuk menentukan jalan hidup mereka berdua. Airil tidak boleh selamanya menganggap dialah nyawa. Suci tidak boleh selamanya hidup dalam serba salah. Rahman tersedar dari lamunan apabila pintu pejabat terbuka. Kelihatan Encik Johan masuk. Masih kuat orang tua itu.

“Rahman… minggu depan ada pesta barang-barang kraf tangan di jeti seberang… seminggu rasanya… aku nak minta kau bawa team survey pergi sana… aku rasa kita perlu ada design baru, fresh dan menepati citarasa masyarakat… “ ulas Encik Johan kepada Rahman mengenai niatnya tanpa sempat memberi salam kepada Rahman.

“Amboi… Encik Johan… sampai tak bernafas nak beri kerja ke saya… tapi… saya tak suka kerja turun padang ni” balas Rahman.

“Yela.. dah tu… dulu keluar masuk hutan… bukan aktiviti turun padang ke?” perli Encik Johan.

“Errr… hmm… baiklah” akhirnya Rahman mengalah. Bukan perkara susah pun hendak buat survey. Lagipun dia ada team yang akan mendukung aktiviti ini.

---------------------------------------

Kamal menghampiri Zufir yang sibuk dengan phonenya. Dengan siapa dia membalas mesej pun dia tidak tahu. Nasi dipinggan yang penuh dengan lauk pauk diletak atas meja. Setelah membaca doa dia segera menjamah makan malamnya.

“ Zufir… cuak aku tadi. Aku cakap engkau dan Firman gaduh depan ayah Firman. Macam nak sembunyikan ja muka aku “ tegur Kamal sambil mengunyah makanan dalam mulut.

“Ayah Firman?” tanya Zufir dahinya sedikit mengerut.

“Haah… tu kat belakang tu… “ beritahu Kamal menyatakan Firman dan keluarganya duduk dibelakang mereka tapi jauh sedikit.

Zufir memerhati dari jauh. Kelihatan dua orang lelaki duduk berhadapan dengan Firman. Tiba-tiba matanya dan Firman bertembung. Bangkit semula rasa geram dan bengangnya dengan Firman.

“Kamal… aku tunggu engkau kat luar… tak bernyawa aku nak hidup sedewan dengan Firman” Zufir cuba melepaskan geramnya kepada Kamal.

“Eh… kejap la… aku separuh pun belum makan lagi… “
“Aku tunggu luar la… bukan balik asrama… aku nak call ayah aku “ ulang Zufir.

“Hehe… kenapa?... nampak ayah Firman teringat ayah sendiri ke?” usik Kamal.

“Aku… tak macam kau… tengok perempuan teringat kakak sendiri… “ balas Zufir tajam.

“Yargh!” marah Kamal.

“Pergilah!... “ marah Kamal lagi.

-------------------------------------------

Rahman mengangkat panggilan anak lelakinya apabila terasa handphonenya bergetar. Lirik satu senyuman pada wajah tuanya itu. Di sentuh butang hijau. Segera didekatkan phone ditelinga.

“Salam… Zufir?... anak ayah” mesra suara Rahman.

“Ayah… Zufir nak berhenti belajar” beritahu Zufir tanpa lapik.

“Bila?” soal Rahman tanpa bertanya sebab dan punca.

“Secepat mungkin… “

“Zufir nak jumpa ayah tak?” Rahman cuba menenangkan anak lelakinya itu.

“Ayah kat pejabat lagi ke dah habis kerja?” soal Zufir.

“Dalam kereta… on the way balik rumah… tapi kalau nak singgah kolej Zufir sempat lagi ayah boleh pergi “

“Dah malam ni?” risau Zufir.

“Zufir… ayah dewasa lah… “ geli hati Rahman dengan ayat Zufir.

“Hehe… datanglah… Zufir di dewan makan… tak nak lah… jumpa kat tasik“

“Baik… ayah datang… “

Sebaik sahaja Zufir menamatkan perbualan mereka dia masuk semula kedewan makan. Mendapatkan Kamal yang sedang membasuh tangan di sinki.

“Jom… “ ajak Kamal pulang ke asrama.

“Aku nak keluar… engkau naik dulu… “ beritahu Zufir.

“Okay.. “

-----------------------------------------------

Rahman memakir kereta di hadapan tasik. Matanya melilau mencari kelibat anak kesayangannya. Dari jauh dia nampak seseorang berjalan menuju ke tepi tasik. Dia mengagak itu Zufir. Lalu keluar dari perut kereta.

“Zufir!… “ dipanggil nama anaknya dari jauh.

“Ayah!… sini “ balas Zufir apabila ternampak ayahnya dari jauh menuju kearahnya. Dia suka melihat ayahnya. Kasihnya sepenuhnya diberi kepada Rahman. Tak nampak tua pun. Masih segak dan kacak seperti orang muda. Kalau orang tidak tahu mereka ayah dan anak mesti mengatakan mereka adik beradik.

Zufir menyalami tangan Rahman. Mereka berdua berdiri tegak sambil memandang tasik dengan pandangan kosong.

“Nak sambung belajar mana?” tanya Rahman. Dia masih belum berani menanyakan sebab.

Kerana dalam mindanya terganggu dengan Suzy. Majalah yang dibaca tadi menyatakan Suzy pernah datang ke kolej ini. Tapi itu sudah beberapa bulan, tak kan Zufir baru buat keputusan sekarang.

“Zufir nak ikut ayah… “

“Ayah masih diseberang… ayah tak pergi mana-mana pun”

“Ayah kan rancang nak menetap oversea… Zufir ikut… “

“Sekejap ja… setahun dua Zufir… itu hal kerja… “

“Setahun dua pun okay ayah… janji Zufir tak jumpa siapa-siapa yang kusutkan hidup kita. “

“Siapa?... “ Rahman mula dapat menangkap punca anaknya menjadi begini.

‘Mereka yang mengganggu hidup Zufir’ monolog Rahman. Setahu dia, dia sudah berusaha membesarkan Zufir tanpa sebarang gangguan. Dia sanggup buat apa sahaja untuk Zufir hidup tanpa peristiwa silam lagi.

“Siapa… siapa… ja ayah… “

“Zufir… dah cuba sedaya upaya hadapi masalah dengan tenang tak?” soal Rahman.

“Tenang?... hehe… macamana nak tenang kalau kena stalk 24 jam ayah… “ beritahu Zufir tanpa lapik.

“Siapa?” soal Rahman terkejut.

Siapa?... Rahman merasakan memori silamnya kembali semula. Wajah samar-samar Airil yang cuba dipendam mula memenuhi mindanya. Matanya tetap memandang wajah anaknya.

Siapa?... masih ada lagi manusia seperti Airil dalam kehidupan mereka? Cukuplah dia seorang. Tapi kenapa Zufir pun punyai nasib yang sama.

-------------------------------------------

Airil memandu kereta sambil Firman menjadi pemandu arahnya. Katanya hendak ke tasik mencari udara segar. Doktor Arif hanya duduk dibelakang. Baginya sudah bertahun dia bekerja di kolej ni sebagai penyelidik, kolej ini dirasakan seperti rumahnya. Setiba ditasik, Airil memakir kereta bersebelahan dengan sebuah kereta hitam. Mewah. Dia membuka pintu kereta, belum sempat dia keluar dia memandang Doktor Arif dibelakang.

“Ayah…” panggil Airil kepada Doktor Arif.

“Ada bau Rahman… “ tambah Airil lagi.

“Shuu… Airil… ada Firman sini… “ tegur Doktor Arif sambil memandang Firman yang sudah keluar dari kereta dengan harapan Firman tidak mendengar atau melihat sifat sensitif Airil dengan segala-segala tentang Rahman.

“Airil tak bohong… betul bau Rahman”

Firman sebenarnya mendengar perbualan ayahnya dengan atuknya sedikit kaget. Hebat. Hebat sangat ayahnya boleh mengingati bau seseorang. Sudah bertahun mereka tidak bertemu tapi masih segar segalanya diingatan ayahnya.

“Ayah… tasik la bau ni… tu nampak tasik kat depan tu… “ Firman menyampuk.

Airil memandang tasik yang ditunjukkan oleh Firman. Betul, tasik memang ada dihadapannya. Tapi dia yakin bahawa bau ini bau Rahman. Matanya tertangkap satu kujur tubuh yang berdiri tegak menghadap tasik.

“Rahman!” nama itu disebut tanpa dia sedar.

---------------------------------------------------

Rahman terkejut besar apabila seseorang menarik kasar bahunya dari belakang. Muncul satu wajah lelaki dihadapannya menambahkan lagi rasa terkejutnya. Wajah itu amat dia kenali walau bertahun mereka tidak semuka.

Dia memandang tajam. Rahman terdiam. Zufir terkejut.

“Ra...Rahman...Rahman kan?” gagap Airil mendapatkan kepastian.

“Ayah!” satu jeritan dari jauh. Zufir memandang siapa yang menjerit itu, Firman?...  'ayah?’

“Airil!” satu lagi suara memanggil nama lelaki itu.

Zufir kaget. Dia memandang tepat kearah ayahnya, Rahman dan lelaki yang muncul entah dari mana, Airil. Mindanya mula ligat memikirkan sesuatu yang sudah dipadam sejak lama dulu.

'Ayah Airil…’ Firman menelan air liurnya.

----------------------------

Zufir yang mula memahami keadaan segera menarik tangan ayahnya dari genggaman Airil. Tapi Airil tidak mengalah. Pergelangan Rahman dipegang kemas dan kuat. Kehadiran dan tindakkan Firman langsung tidak diendahkan. Matanya tetap memandang lelaki dihadapannya, yang dianggap itulah ‘Rahman’.

“Encik… encik… salah orang ni” bohong Zufir. Dicuba merenggangkan gengaman Airil. Tidak berjaya.

“Rahman… Rahman… Aku ni… Airil… “ rayu Airil meminta lelaki dihadapannya bersuara.

Rahman tetap membisu. Dia cuba bertahan untuk tidak bersuara. Matanya tertembung dengan mata Doktor Arif, dia kenal wajah tua lelaki itu. Yakinlah dia bahawa itu Airil, sahabatnya. Dengan pantas Rahman cuba menolak tangan Airil. Airil genggam lagi kuat.

“Rahman… Aku… Aku ni .. Airil” rayu Airil lagi.

“Encik… encik salah orang ni… ayah jom… “ tegas Zufir tiba-tiba. Kasar dia leraikan tangan kedua-dua ayahnya, berjaya. Tangan Rahman segera ditarik. Mereka mula melangkah suba meninggalkan tasik.

Airil terkedu, dia hendak menangis. Tapi dia menahan air matanya. Selagi lelaki itu tidak mengaku dia kan buat lelaki itu bersuara.

Belum sempat Rahman dan Zufir melarikan diri dari situasi, Firman menghalang mereka dari hadapan sambil mendepakan kedua-dua belah tangannya. Dia sebenarnya hendak membantu ayahnya bertemu dengan ayah Rahman.

“Zufir… Ayah Rahman… “ panggil Firman.

“Shuuuu!... “ Zufir membuat bunyi supaya diam.

“Dia bukan ayah kau!... Firman“ tambah Zufir lagi.

-------------------------------------------

Rahman yang mendengar nama Firman disebut segera memandang tepat kewajah lelaki dihadapannya. Seperti pernah melihat anak muda ini. Dia cuba mengingat wajah itu. Dimana?.. Airport!.

“Firman!... “ nama itu keluar dari mulut Rahman.

“Ayah… kita… kita… kita berdua tak kenal siapa Firman… kita tak kenal siapa Airil… jom ayah… “ tegas Zufir sambil menekan perkataan ‘kita’.

Rahman kembali kedunia nyata apabila ditegur oleh Zufir. Ya, dia tak kenal siapa Airil dan dia tidak kenal siapa Firman. Dia memegang erat tangan Zufir. Dia dan Zufir nekad untuk keluar dari kehidupan mereka sejak peristiwa itu.

“Zufir… mari… “ lembut Rahman memanggil Zufir. Dia pula yang menarik tangan Zufir.

-----------------------------------

“Zufir???”

“Zufir?” soal Airil dari belakang. Dari tadi dia dengan dunianya sendiri. Dia terlalu mahukan Rahman. Sebaik sahaja dia mendengar nama Zufir disebut panas satu badannya.

“Zufir Aish?” soal Airil lagi. Zufir mendengar namanya dipanggil. Badannya menggigil. Dia mengenggam erat tangan Rahman. Dia berpeluh. Meremang bulu romanya apabila namanya disebut oleh Airil, insan yang dia tidak mahu bertemu walau sedetik.

“Zufir jom… “ Rahman merasakan sesuatu lain pada Zufir. Dia segera mengajak Zufir untuk pergi.

“Engkau… hei… engkau… Ahmad Zufir Aish ke?” tanya Airil buat kali ketiga. Rahman pantas menarik Zufir. Tapi Zufir tidak bergerak. Kenapa?.

“Zufir?... jom… “ arah Rahman lagi. Ditarik Zufir, tidak bergerak.

“Ayah… tak boleh… ayah… ayah… tak boleh… “ gelisah Zufir. Air matanya mula mengalir deras. Dia cuba menggerakkan kedua-dua kakinya, tapi langsing tidak bergerak.

“Ayah… cepat… cepat… bawa Zufir pergi” rayu Zufir. Air matanya mengalir dari dua-dua matanya.

Firman dan Doktor Arif yang melihat keadaan ganjil ini menjadi pelik. Tapi tidak pula bagi Airil. Badannya panas. Marahnya tiba-tiba dengan lelaki yang bernama Ahmad Zufir Aish membuak-buak.

“Yargggggghhhhh!.... Ahmad Zufir Aish!... engkau ke tu?” soal Airil garang dari belakang tanpa bergerak walau seinci.

“Ayah… ayah… cepat… cepat… tolong Zufir… “ rayu Zufir mendesak Rahman untuk membuat sesuatu dengan badan yang kaku tiba-tiba.

“Ayah… tolong Zufir… “ rayu Zufir tak putus-putus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience