2

Family Series 2956

Airil memandang Rahman dari jauh. Kelihatan Rahman sedang menenangkan Suci yang menangis menanggung pilu. Mereka sekarang di tanah perkuburan, jenazah kedua mak ayah sahabat baiknya dikebumikan pagi ini apabila disahkan meninggal malam tadi. Empat jenazah dimasukkan serentak ke dalam empat liang lahat berasingan. Kemudian disirami dengan air bunga setelah talqin dibacakan. Para tetamu mula beransur pulang ke rumah masing-masing. Airil mendapatkan Rahman setelah memastikan Ifah memapah Suci ke kereta.

“Rahman…” lembut sahaja Airil memanggil Rahman

“hmm..Airil..” Rahman berpaling, dia senyum nipis sahaja

“Jom..balik..”

“Airil...huuuu...isk..isk..” tiba-tiba sahaja Rahman merembeskan air mata dihadapan Airil. Airil terdiam sebentar dan dia mula perlahan memeluk Rahman. Dia tahu Rahman menahan segala hiba di hati sejak malam tadi.

“Rahman...semua ketentuan Ilahi...bawa banyak bersabar...kalau mereka dah pergi...aku akan ada disisi kau…doa sahaja mereka ditempatkan di kalangan mereka yang soleh”

“Airil...tunggu dengan aku sekejap...isk..isk...aku nak duduk sini sekejap…” pinta Rahman. Dia mengesat air matanya, walau sudah berhenti tapi sedih dihati masih belum terubat. Airil mengikut sahaja kehendak Rahman. Mereka berdua berteduh di sebatang pokok.

“ Airil...kalau boleh aku tak keluar dari tanah perkuburan ni...aku tahu Mungkar Nankir akan datang bila tetamu terakhir berlalu...aku risau…” luah Rahman.

“Aku...aku...entah...aku dah tak boleh pikir dah Airil..semua berlaku tiba-tiba...dari Suci pengsan semalam, pastu dapat tahu dia mengandung...tup tup ayah kau datang beritahu mak ayah kemalangan...aku sampai sahaja hospital mereka dah tak sedar...aku langsung tak boleh bercakap apa-apa, nak beritahu apa-apa kat mereka. Mereka pergi tanpa tahu mereka akan jadi atuk dan nenek...aku sedih Airil...semua berlaku sekelip mata…”

Rahman meluahkan semua apa yang terbuku di hatinya. Memang hanya kepada Airil sahaja dia boleh mengadu buat masa sekarang. Suci juga masih dalam keadaan terkejut. Semangat mereka suami isteri seperti telur di hujung tanduk. Bila-bila sahaja boleh berkecai, nasib baik ada sahabat disisi.

“Rahman...aku simpati dengan kau...tapi apa yang boleh aku bantu kau sekarang..hanya adakan diri aku untuk kau...aku kan ada untuk kau bila di mana dan untuk apa...walau kau sekarang sebatang kara...tapi aku harap kau ingat engkau ada aku…” pujuk Airil

“Terima kasih Airil...kau sahabat yang baik...banyak jasa kau...aku takkan lupakan kau..”

“Hmm…” Airil hanya mengiakan dengan mengangguk sambil tangannya memegang erat tangan Rahman. Tapi hanya dia sahaja tahu apa bermain dalam fikirannya.

Rahman...aku yang patut terima kasih dengan kau. Engkau seorang yang penting untuk aku. Tanpa kau aku takkan hidup sampai hari ni. Aku sanggup buat apa sahaja janji engkau ada dengan aku. Aku tanpa kau, aku tak boleh hidup, aku akan hilang waras. Engkau segala-galanya dalam hidup aku. Kehadiran kau terhadap aku sangatlah besar. Aku sayangkan kau Rahman.

------------------------------------------------------------------------------

Majlis tahlil dilakukan selama tiga hari berturut. Semuanya dilakukan oleh Puan Seroja dan Doktor Arif dirumah mereka, hendak dilakukan di pulau sangat lah membebankan Rahman dan Suci. Rahman dan Suci merupakan anak tunggal bagi kedua-dua buah keluarga. Sudahlah hati hiba, pilu, sebak dengan kehilangan orang paling penting dalam hidup. Biarlah mereka kurangkan beban suami isteri itu. Lagi pun, Rahman dan Suci memang sudah dianggap sebahagian dari keluarganya.

“Rahman..Suci…" tegur Doktor Arif, Puan Seroja pun berdiri disisinya.

“Oh..doktor..puan” Rahman menjawab sambil tangannya sibuk mengemas ruang tamu rumah

“Tinggallah dulu dengan kami disini…” beritahu Doktor Arif.

“Tak pa lah doktor...esok Rahman dan Suci pulang ke pulau..”

“Bukan apa Rahman...alang-alang kamu disini..tunggu lah sampai majlis perkahwinan Airil…nanti doktor beritahu Rohan…”

“Tak pa la doktor...dah lama Rahman tinggal kerja ni...marah pula Rohan..lagipun pendapatan Rahman hanya menyapu sampah..kalau tak kerja tak tertanggung pula Suci…”

“Suci...boleh kerja dengan aku, Rahman…” beritahu Airil yang tiba-tiba muncul dari beranda luar.

“Hah..betul juga tu Rahman..Suci boleh tolong Puan Seroja di butik..atau di syarikat…” tambah Doktor Arif lagi.

“Hmmm...tengok dulu la...bagi kami berdua fikir dahulu...tapi Rahman pulang esok, biar Suci tinggal di sini...risau pulak mengandung naik bot. Nanti kenduri Airil, Rahman hadir…”

------------------------------------------------------------------------------

Setelah hantar Rahman di jeti, Airil dan Suci menuju ke kereta milik Airil. Antara mereka hanya sunyi menjadi teman. Tiada sepatah yang keluar sehingga kereta berhenti di depan sebuah syarikat milik Puan Seroja. Airil bersuara.

“hei..Suci..engkau tak kesian ke kat Rahman?...” soal Airil. Airil sedikit kasar dalam bahasanya.

“Engkau kenapa Airil?..”

“Aku kenapa?...hei engkau lupa ke?...aku sorang tahu rahsia kau...kau sanggup tengok Rahman bersusah seorang diri tanggung kau dan anak kau...aku tak kira..engkau kena cari kerja juga...aku tak kisah kau nak kerja mana...tapi aku tak nak Rahman susah sebab engkau..”

“Aku tahu lah nak jaga keluarga aku…”

“Jaga..kau kata jaga?” sinis Airil mendengar kenyataan Suci

“Engkau tak sedar ke?...kalau Rahman tahu kau khianat dia...engkau rasa keluarga kau boleh aman ke..”

“Engkau ada bukti ke Airil?..” soal Suci dengan yakin

“bukti?...aku ..aku...aku boleh jadi bukti!..hehe..hihi” sinis Airil lagi..Suci tergamam.

“Hujung minggu ni...aku boleh beritahu Rahman...aku takut apa?..aku tak rugi apa-apa…”

“Engkau yakin kau tak rugi apa-apa Airil...jangan yakin sangat…”

“Haha...engkau cabar aku Suci..baik...hujung minggu..majlis perkahwinan aku...aku beritahu Rahman..” yakin Airil dengan keputusannya.

------------------------------------------------------------------------------

Rahman memegang kad undangan ke majlis perkahwinan antara Airil dengan Alia yang dijumpai di atas peti ais rumah orang tua Suci. hari ini Airil akan akad nikah di seberang, 6 Jun 1993. Jadi Rahman bersiap sedia untuk ke jeti menaiki mana-mana bot atau jeti yang hendak ke seberang. Sebelum ke jeti dia singgah ke rumah orang tuanya di Kampung Bukit dan rumah mertuanya di Kampung Terus, kedua-dua rumah sunyi dan kosong, dia sedih sendirian mengenangkan nasib kedua-dua mak ayah serta mertuanya.

Rahman keluar setelah mengunci rumah lalu mendapatkan basikalnya dan terus mengayuh menuju ke jeti.

“Rahman!..” Rahman berpaling apabila terdengar namanya dipanggil

“Eh...Wan, Ifah...nak ke mana?”

“Laa..pergi kenduri Airil...engkau nak pergi mana pulak?” soal Wan.

“Sama...aku nak kesana juga..Suci dah kat sana…jap Wan...kita sembang dalam feri..jom naik” terang Rahman lalu mereka bertiga melangkah dengan berhati-hati dari jeti ke feri. Mereka mencari tempat duduk untuk tiga orang.

“Rahman...aku bukan apa….engkau kalau ada masalah beritahu sahaja aku...kita kawan pun lama...apa la kalau kawan aku sedih aku gembira seorang diri…” Wan memulakan perbualan

“Terima kasih Wan, aku hargai sangat-sangat sifat prihatin kau..bila aku perlukan dan masa tu aku dah tak upaya apa-apa, aku cari kau” dan perbualan mereka terhenti sebentar

“Ifah, kau bawa apa tu?...” tanya Rahman apabila melihat Ifah membawa sebuah beg

“Hadiah kawin ler…”

“Hadiah apa?..”

“Biasalah, apa lagi bakat aku ada Rahman kalau bukan buat kerongsang, aku ni kan anak jati Kampung Sisir, semua cengkerang aku buat kerongsang...haha” gembira Ifah memberitahu Rahman akan bakat keluarganya.

“Untungla ada bakat, nanti kau ajar Suci tu ha…”

“Aku dah ajar...aku ajar dia wat kerongsang bintang...kerongsang yang paling susah aku nak buat...so yang tu limited punya stok…”

“Limited laa…” usik Wan

“Hei..betula..dalam pulau tu..Ifah sorang ja reti wat kerongsan bintang tu...rahsia keterunan bak kata Mak Ina..”

“haha..ayoo..Wan...habisla kau Ifah dah sebut  nama mak dia...ayoo...cepat minta maaf..” usik Rahman pula

“Ish kau ni Rahman..”

“Haha…”

------------------------------------------------------------------------------

Rahman, Wan dan Ifah memperkemaskan diri mereka sebelum masuk ke kawasan rumah Airil. Airil sememangnya anak orang berada, ayahnya, Doktor Arif mempunyai 10 buah cawangan klinik sekitar tanah seberang termasuk klinik di atas pulau. Ibunya Puan Seroja memiliki syarikat pakaian dan 2 buah butik yang terkenal jenamanya, boleh katakan jenama yang panas buat zaman ini. Airil mungkin akan warisi kedua-duanya oleh kerana dia merupakan anak tunggal pasangan yang berjaya ini.

“Wan...itu...Airil dengan isteri dia kan?” Rahman menunding jari kearah pasangan pengantin yang sibuk menjamu selera di meja santapan.

“cantik isterinya, Wan” tambah Rahman lagi

“amboi, Rahman, isteri orang kau nampak, tu ha Suci yang duk bagi bunga telur kat para tetamu kau tak nampak..” perli Wan

“orang datang kenduri nak tengok pengantin...hihi...dah la..jom masuk makan…”

Suci yang melihat batang tubuh Rahman dari jauh tersenyum suka. Laju sahaja dia berjalan mendapatkan suaminya dan kawannya yang lain. Belum sempat dia memanggil satu suara dari jauh memanggil nama Rahman.

“Rahman!..” Airil menjerit lantang dari meja santapan. Jeritannya menarik perhatian tetamu yang datang seakan semua terberhenti dari melakukan apa-apa.

Rahman kaget sebentar, matanya terbeliak, lalu mengankat kedua-dua keningnya sebagai insyarat tanya kepada Airil, ‘apa?..kenapa kau menjerit tiba-tiba Airil panggil nama aku?’

“Rahman aku nak buat satu pengumuman…” terang Airil sambil bangun dari kerusi. Pada masa yang sama matanya tajam melirik kearah Suci yang berdiri tegak sebelah Rahman

Suci yang mendengar dam melihat aksi agresif Airil menjadi risau dan tertekan. Gila!, engkau nak umum depan orang ramai ke Airil?. Ish, aku perlu bawa lari Rahman. Engkau..Airil..memang berani.

“abang..jom keluar...Suci nak beritahu sesuatu...jangan layan perangai Airil tu…” ujar Suci dalam nada berbisik. Dia menarik kuat bahu Rahman sampai Rahman sedirit berkalih.

“hei Suci, engkau nak rampas Rahman dari aku jugak ke harini?...kalau kau larikan Rahman, aku bunuh kau ” laung Airil dari jauh. Rahman terhenti langkah

“Airil, engkau kenapa hari ni?..engkau nak umum apa?” Rahman bersuara akhirnya

“aku sayang kau Rahman!...” mendengar sahaja kenyataan yang diungkap oleh Airil, semua tetamu terkejut. APAKAH?. Rahman yang mendengar menjadi pinga termasuk isteri Airil, Alia

“dan aku perlu bagi sayang aku dekat Alia mulai hari ini...sebab aku dah naik status...status suami orang...yeay!” tiba-tiba Airil membuat pengakuan romantik dikhalayak ramai. Sambil matanya tajam memandang Suci, seperti memberitahu sesuatu ‘kau ingat aku takut nak beritahu Rahman?..Suci’

Rahman dari jauh gelak mendengar pengakuan Airil. Alahai kawan aku ni, bagi penumbuk satu boleh tak. Tetamu yang datang melepas nafas lega termasuk Suci.

------------------------------------------------------------------------------

Wan melambai tangan memanggil Rahman dan Suci untuk duduk semeja menjamu makanan kenduri. Ifah ikut duduk sebelah Suci, beg hadiah diletakkan di tepi kerusi.

“Ifah mesti bawa kerongsang?..” teka Suci

“haha..betul…” balas Ifah

Mereka berempat mula menjamu selera sambil ralik melihat gelagat para tetamu. Suci menepuk bahu Rahman untuk mendapatkan perhatian sang suami. Sementara matanya jatuh tepat ke muka Airil yang sedang berjalan bersalam-salaman dengan para tetamu bersama Alia.

“Abang, Suci nak beritahu sesuatu..” Suci memulakan perbualan

“Hmm..”

“Puan Seroja ajak Suci kerja di syarikat dia, jadi pembantu pejabat sahaja…”

“Berat ke kerja tu?”

“Tak la bang, pembantu sahaja. Buat apa yang disuruh, bukan kerani atau setiausaha bang..”

“Suci macamana?” tanya Rahman

“Suci..memang Suci tak ada apa-apa pengalaman, tapi Suci boleh berlajar. Bantu abang sara hidup kita sekeluarga..cuma..”

“Cuma apa?” tanya Rahman

“Suci rasa tak manis duduk rumah Puan Seroja...segan lah...kerja pun dia sediakan tak kan tempat tinggal pun Suci nak bergantung dengan Puan Seroja..” luah Suci. Padahal sebenarnya, dia tak mahu sebumbung dengan Airil. Dia resah kalau berhadapan dengan Airil, seperti ugutan membayangi setiap langkah dia. Dia mahu lupakan perkara tersebut.

“tapi ..kalau Suci tinggal seorang..Suci tengah mengandung nih..tak boleh ke kerja selepas bersalin?” tanya Rahman lagi.

“Abang..Suci bukan apa..Suci nak kurangkan beban abang. Nanti Suci dah bersalin adalah lebihan duit untuk kita sekeluarga. Pekerjaan yang sekarang pun cukup-cukup untuk kita berdua..boleh lah bang?” jelas Suci, dia memahami perasaan Rahman.

“Hmmm…” belum sempat Rahman memberi jawapan seseorang menepuk kuat belakang nya

“Auu!..”mengaduh Rahman

“Alamak Rahman!...maaf..kuat sangat ke?” soal Airil dengan muka bersalah

“Tak sangat..baik sahaja Airil..”

“Tak marahkan?..”risau Airil

“Buat apa nak marah kau...hah..tadi...kenapalah kau buat drama macam tu..nak jatuh jantung hati aku..” luah Rahman

“Saja..buat drama...hai Wan, Ifah…” selamba sahaja jawapan Airil sambil dia menegur Wan yang sedang duduk sebelah Rahman.

“Oh Airil, ni hadiah untuk isteri kau” sampuk Ifah sambil memberi beg hadiah kepada Alia

“Terima kasih..” Alia menerima beg tersebut dengan cermat

“Lupa pulak..kawan-kawan..ini isteri saya..Alia..Alia ini kawan-kawan Airil, Rahman, Wan, Ifah dan Suci..”

“Engkau mesti bagi keronsang kan Alia?” teka Airil

“Haha..” semua pecah ketawa

“Alahai...semua tahu apa yang Ifah bawah..dari Wan sampailah ke Airil boleh teka..alahai..” keluh Ifah.

“Mesti bentuk macam ni kan?” soal Airil sambil menunjuk kerongsang berbentuk bintang di tengkolok yang setia melekat di atas kepalanya.

“Eh..kerongsang bintang?...mana kau dapat Airil?” tanya Ifah. Setahu Ifah hanya mereka sahaja yang membuat tempahan peribadi untuk membeli kerongsang bintang

“Suci bagi..”bohong Airil. Hanya dia dan Suci tahu bagaimana dia boleh miliki kerongsang tersebut. Tak sangka pulak kerongsang ini boleh menjadi serangan kedua buat Suci, dia hanya memakai untuk perhiasan.

Mata Suci terbeliak?. Macamana Airil boleh ada kerongsang bintang tu? Suci resah. Dia risau Rahman, Wan atau Ifah syak sesuatu.

“Laaa...aku ingatkan Suci bagi kat Rahman…kau bagi kat Airil ke?..bila kau bagi?” Ifah cuba mengorek

“Sebelum dia kawin dengan Rahman…” bohong Airil lagi. Tapi memang dia jumpa kerongsang tersebut sebelum Suci dan Rahman mendirikan rumah tangga.

Suci berpaling memandang muka Rahman. Tiada sebarang perubahan, seperti Rahman tidak syak apa-apa. Dia lega. Tapi senyuman Airil manis..manis yang berbisa..penuh dengan niat tersirat.. Kenapa dia pakai kerongsang tu?. Ugutan?. Airil kenapa?. Apa kau nak dari aku lagi? Aku dah tak ada apa-apa yang tinggal? Aku sudah berkahwin dan akan dapat anak?..bingung Suci.

------------------------------------------------------------------------------

Mereka sekawan memasuki rumah Puan Seroja. Melihat pelamin cantik dihias, berbeza majlis orang berduit dengan mereka yang jimat duit. Ifah mengajak Wan berjalan melihat bilik pengantin dan barang hantaran. Katanya mahu mendapatkan inspirasi bagi majlis perkahwinan mereka tahun hadapan. Entah kenapa mereka melambatkan pernikahan mereka padahal bertunang awal lagi sebelum Suci dan Rahman berkahwin. Rahman pula terpisah dengan Suci, apabila Doktor Arif memanggil Suci mendapatkan bunga telur lagi di dapur. Manakala Rahman mendapatkan Puan Seroja di ruang tamu

“Puan Seroja..” tegur Rahman. Puan Seroja berpaling dan memberi sekuntum senyuman kepada Rahman

“Rahman nampak doktor tak?” tanya Puan Seroja

“Dia kat luar bagi bunga telur kat tetamu…”

“Suci..?”

“Dia ambilkan bunga telur kat dapur, doktor minta tadi..kenapa Puan?..nak tolong apa-apa ke?” tanya Rahman

“Jom tolong kemaskan meja ni sekejap..sebab keluarga belah doktor nak sampai dah..” beritahu Puan Seroja

“Baik..”akur Rahman

Sambil mengemas Rahman berbincang mengenai kehendak Suci bekerja dibawah syarikat Puan Seroja. Memang Puan Seroja mengalukan kedatangan Suci,, kalau boleh lagi awal kerja lagi dia suka. Cuma..

“Cuma..Suci akan berkerja lepas Rahman carikan rumah sewa untuk dia..boleh Puan?” soal Rahman. Puan Seroja yang mendengar permintaan Rahman merasa simpati.

“Rahman..tak perlu lah cari rumah sewa, kamu simpn duit tu untuk anak kamu nanti..Puan bukan apa Rahman...kalau Suci duduk sendiri..siapa nak tengokkan Suci. Kalau duduk sini, Puan dan pembantu rumah boleh perhatikan Suci. lagipun tiada siapa kat rumah ni. Selain Puan dengan doktor..Rahman..”

“Airil dengan Alia..”

“Oh..Airil dengan Alia dah beli rumah dah...dekat dengan Butik Persatu…mereka pindah dalam tiga hari lagi...jadi memang tiada orang kat rumah ni..Rahman..kalau ada Suci. adalah teman Puan nak sembang…”

“Hmm..nanti Rahman bincang semula dengan Suci..” mengalah Rahman dengan Puan Seroja.

-----------------------------------------------------------------------------

Suci berjalan menuju ke dapur. Dia mencari bakul atau raga untuk meletak bunga telur hendak bertanya pembantu rumah, mereka sibuk merewang di belakang rumah, tiada siap di dapur. Tak sangka bunga telur di pasu sudah habis. Bunga telur di dapur ni untuk tetamu petang tapi sekarang baru tengah hari. Suci ternampak satu raga rotan, diambil lalu menyusun beberapa bunga telur dengan berhati-hati. Kalau jatuh pecah la telur rebus itu.

“Hei..” satu suara menegur Suci. Suci berhenti mengira bunga telur. Dia kenal suara itu, Airil!

“Engkau nak apa?..”

“Saja tengok kau buat apa kat belakang ni..macamana? Jadi tak kerja dengan mak aku?’ tanya Airil

“Engkau jangan masuk urusan aku boleh tak?”

“Huh ...urusan melibatkan Rahman...urusan aku…”

“Ish..apa kau ni?...apa Rahman untuk kau?...dah kau buat aku macamni..engkau nak kacau Rahman pulak”

“Kacau?...haha...kalau Rahman tahu semua...engkaulah sebenarnya mengacau bilaukan hidup dia…”

Suci bengang dengan Airil. Dia memaling muka dengan garang. Matanya tajam. Nampak riak tidak puas hatinya akan sikap Airil.

“Tadi...kenapa takut?..kata nak buat pengakuan besar-besaran...penakut adalah..” sindir Suci sambil berdiri tegak dihadapan Airil.

“Lagi satu...pulangkan kerongsang tu…” arah Suci

“Huh ...mimpi…” balas Airil.

“Engkau nak buat apa dengan kerongsang tu?” tanya Suci

“Bukti...boleh jadi bukti..” teguh Airil dalam berkata. Suci yang mendengar terkedu. 

Betul! Kerongsang tu boleh jadi bukti untuk peristiwa tu.

“Tapi..Rahman tak tahu apa-apa pasal kerongsang ni…” cepat Suci mematah kata Airil

“Buat masa ni dia tak tahu..” balas Airil

“Airil..apa Rahman untuk kau?...”

“Rahman...nyawa aku…” mengaku Airil

“Haha ...nyawa...kalau Rahman mati engkau mati ke maksud kau...bohong!..” juih Suci dihujung ayat

“TAK..apa Airil cakap benar…” seseorang menyampuk dari belakang, memotong perbualan rahsia mereka berdua.

Doktor Arif !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience