12

Family Series 2956

Rahman mendukung Zufir ke katil, sedangkan kerusi roda berada disisi katil. Rahman tahu kalau kaki yang tidak bergerak, bermaksud memang tidak boleh walau sendi lembut boleh di bengkok. Mahu tidak mahu dia terpaksa menggunakan tenaga tuanya mengendong Zufir. Suci dari belakang hanya memerhati. Bukan niatnya hendak datang mengejut. Tapi kehadirannya memang dijemput oleh Rahman sendiri. 

“Kejap.. Zufir tunggu sini… “ Rahman menghampiri Suci meninggalkan Zufir dikatil.

“Ayah… “ tangan Rahman ditarik lembut oleh Zufir.

“Balik sini semula… “ risau Zufir, seperti ada ketakutan lain yang menghantui dirinya. 

Perlahan dia lepaskan tangan Rahman apabila melihat anggukkan dari ayahnya. 

“Cepat… jangan pergi mana-mana” pesan Zufir. 

“Ayah jumpa Ibu sahaja… “

-----------------------------------

Suci berdiri mendapatkan Rahman. Rahman kelihatan semakin segak, tidak seperti tukang membuat keychain yang dahulu dia kenali. Ya, Rahman berubah begitu juga dia, seorang model terkenal. Rahman mengajak dia ke koridor luar. Luas, kelihatan suasana luar hospital membuat Rahman menarik nafas panjang. 

“Sihat?.. “ soal Suci

“Sihat… Zufir sahaja… “

“Kenapa Zufir dengan kau… Firman mana?” soal Suci ingin tahu.

“Suci… aku nak tanya… mungkin soalan ni bodoh… tapi… kau kenal tak anak kau?” soal Rahman tajam. 

“Rahman… bertahun aku tak berhadapan Zufir. “

“Suci… Zufir dan Firman bukan Zufir dan Firman… “ Rahman cuba memberi petunjuk pada rahsia yang ingin dia beritahu.

“Apa yang kau cakap ni?.. Zufir anak Alia, Firman anak aku… sebab tu aku tanya… mana Firman… “ pelik Suci.

“Engkau tahu!!!!!... “ terkejut Rahman. 

“Alia beritahu aku… “ mengaku Suci.

“Astagrhfirullah… maksudnya… Zufir dan Firman tidak tahu… kita semua tahu… “

“Tapi Rahman… Firman dengan siapa?”

“Dengan Airil… “

“Airil?... Syukur… Aku ingat kau jaga dua-dua… aku takut kau hantar anak kau kemana-mana tempat yang aku tak tahu“ lega Suci apabila mengetahui status anaknya. 

“Firman… aku bersalah dengan Firman… anak kau Suci… “

“Jap Rahman… Airil jaga Firman dengan baikkan?… Firman dan Zufir tahu tak mereka sama darah?...” soal Suci.

“Entah… aku tak pasti… aku dan Airil berpisah… aku hidup aku, dia hidup dia…  waras dia aku hampir putus asa… terpaksa aku berpisah dengan anak kau Suci… Firman aku tak pernah tahu hal dia. Maafkan aku Suci “

“ Aku pun… anak sendiri.. tapi bukan anak sendiri… aku hanya berjaya jumpa Zufir di pesta kolej diorang. Itupun sepintas lalu. Aku ingat kalau aku jumpa Zufir, aku jumpa Firman. Mereka seakan kembar. Tapi aku tak jumpa Firman malam tu. Zufir kata Firman dah mati. Tapi aku tak percaya sebab engkau akan beritahu aku“ luah Suci pula.

Masing-masing seperti menyesal dan menyalahkan diri sendiri. 

“Jap Rahman… aku nampak Airil kat belakang… “ beritahu Suci apabila terlihat satu kelibat yang betul dia kenali. Ya, Airil dengan Doktor Arif. 

Rahman turut berpaling. Airil?... dia terkejut. 

------------------------------

“Rahman… “ Airil mendekati Rahman, tidak dipeduli wanita disebelahnya. 

Sebaliknya Suci menjauhkan diri dari bertemu Airil dan Doktor Arif. Dia berjalan perlahan-lahan ke tepi. Tapi aksi perlahannya dapat ditangkap pada mata Doktor Arif. 

‘Suci?’ monolog Doktor Arif. 

“Kau OK?” soal Airil, seperti Rahman yang masuk hospital.

“Kau buat apa disini?” soal Rahman terkejut. Dia turut melihat Doktor Arif. 

“Zufir mana?” soal Doktor Arif.

“Dalam bilik… tapi Airil tak boleh“ beritahu Rahman. 

“Sampai bila Rahman.. “ belum habis ayat Doktor Arif, Airil menyampuk.

“Rahman.. Kembali ke aku.. “

“Airil!... cukup lah… “ Doktor Arif memotong, 

penat dia dengan kerenah anaknya. 

“Pa… Airil nak bercakap dengan Rahman boleh… “

“Rahman… “

PERHATIAN WARIS KEPADA AHMAD ZUFIRMAN BIN AIRIL SILA DATANG KE BAHAGIAN KECEMASAN SEKARANG 

“Firman?.. “ 

“Firman di hospital?” masing-masing seakan tidak percaya.

-------------------------------

Suci perlahan masuk ke bilik Zufir setelah mengetuk mendapat keizinan dari Zufir. Dia perlahan mendekati Zufir yang tidak boleh bergerak kemana-mana, hanya diatas katil.

“Zufir.. “ panggilannya tidak dijawab

“Zufir.. Marah ibu lama lagi ke? “ Suci memberanikan diri bertanya soalan yang selama ini disimpan. 

“Ibu.. sentiasa tunggu Zufir datang ke ibu.. “ belum sempat Suci menghabiskan kata, satu pengumuman bergema satu hospital. 

PERHATIAN WARIS KEPADA AHMAD ZUFIRMAN BIN AIRIL SILA DATANG KE BAHAGIAN KECEMASAN SEKARANG 

“Firman?... kecemasan?” terkeluar nama Firman dari mulut Suci. dia terkejut.

“Huh… Firman ada di sini… Firman lagi perlukan ibu dari Zufir perlukan ibu.. Zufir nak ayah sahaja… “ sinis kata-kata Zufir kepada Suci. 

“Ibu tak pernah bezakan Zufir dengan Firman… “ balas Suci apabila hatinya sedikit terasa sakit

“Zufir bukan anak ibu… dan Zufir bukan anak ayah Rahman. Zufir tahu siapa Zufir.. Biarlah Zufir dengan keluarga imaginasi Zufir sendiri. Ayah Rahman adalah ayah Zufir dan Ibu Alia adalah ibu Zufir.” 

“Zufir tahu?” terkejut Suci dengan pengakuan Zufir.

“Semua tahu… kecuali Firman.. Ayah Airil, Ayah Rahman, Ibu Alia, Zufir.. Semua tahu“ 

“Zu.. “ kata Suci dipotong. 

“Zufir boleh terima hakikat… tapi bukan Firman… apa Zufir nak buat bila berhadapan dengan Firman, bila semuanya Firman tahu ibu. Ibu… boleh tak kita hidup macamana kita hidup sekarang. Ayah tak tahu sesama ayah. Ibu tak tahu siapa anaknya.. anak tak tahu mana ayah mana ibu“

“Amanah Alia kepada ibu, tetap ibu akan pegang Zufir… kamu anak ibu buat selamanya… termasuk Firman… “ 

“Ibu.. Firman di kecemasan.. Ibu tak nak pergi ke?... ibu perlu tahu… Zufir takkan terima ibu selamanya… kecuali Ayah Rahman yang minta” soal Zufir tajam ke Suci sambil meluahkan rasa hatinya. Dia tahu Suci tak berani bertemu dengan Firman. 

---------------------------------

Airil dan Doktor Arif bergegas mencari lif menuju ke jabatan kecemasan. Hati mereka berdua resah. Macam fikiran bermain. Mereka terserempak dengan Suci yang turut gelisah. Mereka tidak peduli, masing-masing memikirkan Firman.

‘Firman datang hospital.. Kenapa?’ bisik Airil seorang diri. 

Pintu lif terbuka sebaik sahaja tiba diaras bawah. Mereka keluar terus mencari jalan ke kecemasan. Sebaik tiba di kaunter.

“Mana Firman?” soal Airil.

“Encik keluarga Encik Firman ke?” soal kerani disitu.

“Saya ibunya.. “ sampuk Suci.

“Oh Encik Firman dalam bilik 2” beritahu kerani.

“Dia macam mana?” soal Doktor Arif.

“Encik boleh tanya doktor didalam… “

-------------------------------

Rahman kembali ke Zufir. Dia tidak mengikut Suci, Airil dan Doktor Arif. baginya, tiada guna dia ikut sekali. Firman. Biarlah anak itu dengan kehidupannya dan Zufir hidup bersamanya. 

“Ayah.. “ panggil Zufir. dia cuba turun dari katil. Berjaya. Dia boleh berjalan semula. Segera di pegang kedua-dua tangan ayahnya.

“Ayah.. “ panggil Zufir lagi. 

“Ayah tak pergi ke Firman?” soal Zufir tanpa berfikir.

“Tak… Zufir.. Kamu dah boleh jalan. Jom pulang kerumah.. “ tiba-tiba sahaja Rahman memberi cadangan yang tidak dijangka. 

“Ayah?.. “ panggil Zufir. Dia pelik.

“Uh… ye Zufir… wah… kamu dah berjalan “ Rahman tiba-tiba seakan terkejut. Padahal baru tadi dia mengajak Zufir pulang ke rumah. 

“Ayah?.. Kenapa ni?” soal Zufir.

“Zufir… jom… jom.. Kita discharge. Ayah panggil jururawat.. “ Rahman menolak lembut tangan Zufir lalu menuju ke pintu. 

“Ayah.. kejap” Zufir menangkap semula pergelangan ayahnya.

“Kita balik Zufir. Tamat. “ sabaik sahaja mendengar kata tegas dari Rahman, Zufir menurut. Dilepaskan tangan Rahman, Rahman keluar mendapatkan jururawat. Tapi kenapa?.

--------------------------------------

Zufir mengemas barangannya. Tapi perlahan kerana dia memikirkan apa yang berlaku kepada ayahnya. Tiada satu jawapan yang terlintas pada fikirannya. Sudah sejam Rahman menghilang. Kemana?. Hendak di talipon, tertinggal disini. Sudah tanya di kaunter, jururawat beritahu ayahnya keluar, tapi entah kemana. Akhirnya Zufir hanya menunggu di bilik. 

Rahman hilang sejak mendengar Firman berada di kecemasan hospital. 

-------------------------------------

Suci mengekor Doktor Arif dan Airil dari belakang. Tertera perkataan bilik 2 dihadapan pintu. Suci gelisah. Ini merupakan pertemuan dia pertama kali setelah beberapa tahun. Kelihatan seorang doktor dan seorang jururawat sedang memeriksa Firman. 

“Keluarga encik Firman ke?” soal doktor yang bertugas.

“Ya.. saya ayahnya… macamana keadaan anak saya “ cepat sahaja Airil membalas.

“Maaf encik… keadaan anak encik masih dalam permerhatian. Cuma saya mahu tahu, saya difahamkan Firman mendapat rawatan kanser disini…”

“Ya.. “

“Kanser?” terkejut Suci apabila mendengar kenyataan itu. 

“Ya.. mengikut rekod… Firman bawah jagaan Doktor Kamariah. Dia akan sampai… tapi Doktor Kamariah minta masuk ke wad… buat masa ini kita hanya bagi IV drip dahulu.. Firman nampak dehidrat “ beritahu Doktor Ridwan. 

“Owh.. baik.. Baik.. teruskan sahaja… Airil kamu ke kaunter uruskan kemasukkan” balas Doktor Arif dan memberi arahan kepada Airil. 

Airil keluar dari bilik 2. Sempat dia memandang benci kearah Suci yang berdiri kaku dihadapan Firman yang tidak sedarkan diri itu. 

Suci membisu. Otaknya kosong, hanya terbayangkan perkataan ‘kanser’ di dalam kepalanya. Didekati Firman. Memadang wajah anaknya, pucat. Ya.. pucat… lagi menambahkan rasa sakit dihatinya. Kenapa dia tidak tahu selama ini. 

“Suci.. “ tegur Doktor Arif. dari tadi dia hanya melihat kelakuan Suci. jelas dia terkejut besar. 

“Pa… kanser?... Firman mengidap kanser?.. Kenapa tak beritahu Suci.. Firman anak Suci. sejak bila?” 

“Mengucap banyak Suci… tenang Suci” Doktor Arif cuba menjelaskan segala. Tapi dia mahu Suci dalam keadaan waras.

“Tenang?... Pa?.. tenang Pa kata?... Firman sakit Suci tak tahu.. “ menitis air mata Suci. tanpa tahan air mata itu mengalir laju. Dipegang erat tangan Firman. 

“Kamu tenang dulu.. Baru Pa boleh jelaskan semuanya… “

“Terus terang sekarang ja Pa… Suci berhak tahu!… “ tinggi suara Suci tiba-tiba. Ini pertama kali dia bertemu dengan anaknya, tapi takdir apakah ini. Hari keibuannya seperti dirobek-robek sakitnya. Kepalanya sakit.

“Rahman pilih Zufir bila tahu Firman sakit… Rahman… “ kata Doktor Arif dipotong.

“Apa?.. Rahman yang abaikan Firman. Tapi Alia kata lain… takkan Alia tipu Suci… Pa… Rahman takkan buat macamtu… Rahman lain.. Rahman takkan abaikan Firman“ Suci seperti tidak percaya dengan kenyataan yang baru sahaja diketahui. Kepalanya berat. Seperti dihempap batu. Perkara yang dia percaya bertahun-tahun sebenarnya palsu. Berdenyut tak henti. 

“Suci… Rahman nekad… Rahman nekad untuk tinggalkan Airil… dia terpaksa abaikan Firman dan pilih Zufir…”

Pada masa yang sama pintu terbuka luas. Kelihatan Rahman dihadapan mereka berdua. Rahman terkejut. Dia ingatkan Doktor Arif dan Airil di kaunter pendaftaran. Matanya bertembung dengan Suci yang sudah bergenang air mata. Suci tiba-tiba menerkam kolar bajunya.

“Rahman!… aku takkan terima kau… sebenarnya engkau buang Firman… engkau kata tadi engkau terpaksa… tapi engkau buang dia Rahman... kenapa!... “  belum sempat Suci menghabiskan rasa marahnya. Badannya rebah, pengsan dipangku Rahman. 

-----------------------------------------

Airil keliru melihat jururawat tergesa-gesa ke bilik 2, bilik Firman. Terlihat sekujur tubuh Suci tanpa sedar di bawa keluar, terbaring atas troli ditolak ke bilik sebelah, bilik 3 Pada masa yang sama dia mengecam seseorang, walau hanya dari belakang.

“Rahman?... “ bisik Airil. 

Dia percepatkan langkah tapi dihalang oleh seseorang.

“Apahal… Zufir!!” terkejut serta marah, apabila tiba-tiba sahaja Zufir muncul dihadapannya. 

“Engkau kenapa Zufir?… “ tengking Airil. Seakan panas. 

Zufir menggigil dihadapan Airil. Simptom kembali lagi. 

“A...a...ayah… tak boleh… Ayah Rahman.. Zufir punya… bu..bu..bukan Ayah Airil punya… “ gagap Zufir. Dia benci Airil. Dia takut Rahman kembali kepada Airil. 

“Rahman dari mula ayah punya.. “ Airil berkata dengan sinis. 

“Tak… tak… tak… “ balas Zufir.

“Dari mula sampai sekarang.. Sebelum kamu wujud lagi. Rahman ayah punya… “ Airil menekan lagi kenyataannya. 

“Tak!!!!!!... “ marah Zufir. Tanpa sedar dia menolak Airil sekuat hati. Airil rebah bagai terseret punggung di lantai. Semua mata memandang mereka berdua.

“Tak!… ayah dah janji takkan ambil Ayah Rahman dari Zufir!… “ diluahkan sekuat hati sambil memejamkan matanya. Dia tahu dia sedang berkasar dengan orang tuanya. Tapi dia tidak sanggup kehidupannya sekarang dihancur kerana kehadiran Airil. Kalau Suci dia masih boleh terima, tapi Airil tidak. 

“Janji dulu dah lapuk.. Janji boleh diingkari… “ balas Airil sambil bangun dari jatuhan. Dikibas punggungnya dengan tangan seakan sakit. 

Zufir membuka matanya. Menghebus nafas sekuat hati. Dia merasakan dia berhadapn dengan penjahat yang paling jahat didunia. Gigil dan peluh seluruh badan menjadi-jadi. Dia perlukan Rahman. Tapi dihadapannya Airil yang cuba merampas semula Rahman. Dia cuba menggerakkan kakinya, hendak mencari Rahman di bilik Suci dan larikan Rahman dari Airil. Tapi kakinya keras… keras… keras… tak bergerak. Airil semakin menghampiri. 

Kedengaran jururawat dikaunter memanggil pengawal keselamatan melalui talian. Manakala jururawat lain bergegas ke bilik 3. Seperti mendapatkan ahli keluarga mereka. 

--------------------------------

Pintu bilik 3 terbuka luas. Muka cuak seorang jururawat muncul. 

“Encik… encik.. Saya rasa ayah Firman tengah gaduh dengan seseorang diluar… tolong.. Tolong… tolong leraikan… “ laju penyampaian jururawat itu, menandakan situasi amat cemas. 

‘Ayah Firman?... Airil… gaduh dengan siapa?’ monolog Rahman. Dilihat Suci buat kali terakhir sebelum keluar. 

Rahman keluar dari bilik Suci. Doktor Arif dibilik 2 bersama Firman. 

Sebaik sahaja dia keluar dia mengalihkan pandangan kearah tulunjuk jururawat. Cepat sahaja dia mengecam siapa yang tengah bergaduh. Airil dan Zufir. Tapi lagi mengejutkan Airil sedang menekan Zufir pada dinding. Manakala seorang pegawai keselamatan cuba leraikan mereka berdua. Airil kuat. Zufir semakin lemah. Berlari Rahman kearah mereka berdua.

“Airil!... lepaskan Zufir… “ jerkah Rahman sambil menarik kuat tangan Airil pada masa yang sama mendapatkan tubuh Zufir yang lencun kerana peluh. 

“Airil.. Lepaskan Zufir.. “ ulang Rahman lagi.

“Lepas… lepas… “ kuat Rahman menarik tangan Airil. 

“Aku takkan lepaskan selagi kau tak terima aku lagi… “ ugut Airil mempergunakan Zufir dihadapan Rahman.

“Airil.. Sekali sahaja aku cakap… lepaskan Zufir kalau kau nak aku kembali… “ 

PAP!... Zufir jatuh kelantai. Airil lepaskan Zufir sebaik sahaja mendengar usul dari Rahman. Rahman bertindak cepat memeluk Zufir. Biarlah dia basah kerana peluh Zufir janji dia tidak kehilangan Zufir. Zufir tercungap-cungap, seperti tidak cukup nafas. Gigilnya masih sama. Dia lemah dipangkuan Rahman. 

“Zufir.. Zufir… anak ayah… dah selamat… dah selamat… “ pujuk Rahman. Terasa air hangat mengalir dari mata Zufir.

“Ayah.. ayah… ayah… “ rengek Zufir. 

“Dah.. dah.. Jom.. jom.. Kita balik… “ Rahman bangun mengendong tubuh Zufir. Tapi dihalang oleh Airil.

“Rahman… engkau nak kemana… engkau kata kalau aku lepaskan Zufir. Engkau kembali…” belum sempat Airil menghabiskan kata, Rahman memotong.

“Aku kembali kalau kau terima semula dan melutut dihadapan Zufir… itu syarat aku!...”

“Tak… aku takkan terima Zufir!... aku.. “ kata Airil dipotong lagi.

“OK.. stop Airil.. Muktamad. Aku takkan kembali… kalau engkau tak boleh terima Zufir.. Aku takkan terima Firman dan aku takkan terima kau juga Airil“ sebaik sahaja Rahman mematikan perbualan mereka. Tanpa pedulikan sesiapa. Dia keluar dari hospital. 

--------------------------------------

Doktor Arif tidak tahu apa yang berlaku diluar. Dia berbincang bersama Doktor Kamariah. Mereka menunggu Airil untuk selesaikan kebenaran masuk ke wad. Seorang jururawat masuk semula tapi kelihatan sedikit terkejut riak wajahnya, seakan baru melihat perkara yang mengancam nyawa. Tapi itu lumrah bahagian kecemasan. 

“Engkau kenapa Nida… cuak semacam ja?” soal Doktor Kamariah kepada jururawat Nida.

“Entahlah doktor.. Macam-macam hal berlaku kat luar. Ah!... anak encik.. Gaduh kat luar dengan budak… sekuriti datang tolong… tapi dah tenang… pastu dengan hal Ayah Z kena tikam lagi… kecoh ED harini… “

“Airil?” soal Doktor Arif bingung.

“Ayah Z?” soal Doktor Kamariah, seperti tidak percaya.

“Ha… Haah… “ Jururawat Nida mengiakan sahaja. 

“Kamariah.. Sekejap… aku keluar cari Airil”

“Eh.. Airil ada sini?... aku ingat engkau tak bawak Airil datang sebab aku terserempak dengan Rahman tadi. Biasa engkau halang Airil jumpa dengan Rahman. “ keliru Doktor Kamariah. 

“Kejap.. Aku keluar.. “ beritahu Doktor Arif buat kali kedua. 

“Ok.. ok.. “

Doktor Arif keluar dari bilik 2.

“Nida.. Ayah Z datang… kena tikam dengan siapa?” tanya Doktor Kamariah seperti ingin bergosip. Sudah lama dia tak dengar cerita mengenai tikam menikam. 

“Haah.. Ayah Z… tiba-tiba masuk berdarah-darah. Kena tikam kat perut. Nasib ada OT kosong… “ keluh Nida.

“Datang sorang?” sampuk Doktor Kamariah.

“Tak.. dengan budak.. budak perempuan… tak lah budak sangat.. dah remaja.. Ada kot baya Firman ni… Zett kata namanya “

“Budak perempuan… biasa budak laki yang selalu datang… siapa pula kali ni?”

“Eh… dah banyak kali ke Ayah Z datang Hospital Seberang ni?” 

“Haah… ni hospital Ayah Z.. serius lah Nida tak tahu… takkan tak perasan semua kes tutup rapat.. “

“Apa???... “ terkejut Jururawat Nida.

“Pastu siapa budak lelaki yang doktor maksudkan?” soal Jururawat Nida ingin tahu.

“Entah… biasa budak laki tu yang akan datang.. Uruskan semua… dah.. dah.. bilik Firman dah ready belum?” tanya Doktor Kamariah seperti tidak mahu membuka rahsia berlebihan. 

“Owh… larik pula..masuk nak bagitahu bilik dah siap. Boleh tolak. Tapi Doktot Arif keluar pula. Tak pa lah Nida prepare patient dulu”

“Pass over dekat ward.. follow the current plan… the patient just dehydrates… “ beritahu Doktor Kamariah.

------------------------------------

Doktor Arif melilau mencari Airil. Sebaik sahaja terlihat Airil dari jauh dia terus berjalan laju, dalam kepala dia mengharap apa yang difikirkan bukanlah itu yang terjadi. 

“Airil… “ panggil Doktor Arif.

“Pa… Rahman pergi… “ luah Airil sebaik sahaja terlihat Doktor Arif. 

“Airil buat apa sampai gaduh… “ soal Doktor Arif ingin tahu.

“Zu… Zufir datang.. Rahman bawak Zufir.. Tinggalkan Airil… “ 

“Astaghfirullah… Airil… mengucap Airil. Firman dengan Suci tak sedarkan diri. Kamu halau Zufir dengan Rahman… Airil… Astaghfirullah” Doktor Arif sudah mati akal. Dia tak sangka semua kan berlaku harini. Dia menarik nafas dalam. Terus memujuk Airil tanpa henti. 

maaf postpone lama sangat...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience