15

Family Series 2959

6 TAHUN 

Aish dan Zufir bermain diluar bengkel milik Rahman. Rahman bersama Encik Johan sedang diskusi sesuatu. 

“Anak Alia dan anak kamu macam kembar tengok. Tak berpisah… “ komen Encik Johan. 

“Tu lah… mana Aish pergi Zufir ikut. Mana Zufir pergi Aish ikut… saya dengan Airil dipanggil ayah. Bila dua-dua panggil ayah… kami berdua tak tahu siapa yang dipanggil… “ sembang Rahman dengan Encik Johan. 

“Hmm… kira baguslah.. Ada dua ayah… nanti bila-bila kamu nak turun padang untuk projek jauh-jauh tak rasa sangat budak-budak tu rindu dengan ayah masing-masing… “ usik Encik Johan. 

“Hmm… yeke.. Diorang lagi suka saya dari Airil tau Encik Johan” tiba-tiba Rahman bangga diri. 

“Bangga nampak!... dah… kamu tu… Rahman. Bila nak setuju pergi Tanah Teluk. Projek situ saya perlukan lagi dua orang pekerja. Saya nak kamu pergi… “

“Tanah Teluk… bukan tempat asal Alia?... “

“Iye… anak saudara aku.. Anak kakak aku… asal kampung Alia… bilanya nak melawat?... “ Encik Johan cuba sarkastik dengan Rahman.

“Adui… Rahman cakap baik-baik. Perli pulak kita. Baiklah Rahman ikut.. Setuju.. Tapi kalau ajak Alia dan Airil balik Tanah Teluk… rasa elok tak?”

“Kenapa?... apa yang tak elok?.. “ bingung Encik Johan

“Tak pelik ke ajak Alia balik kampung tapi yang mengajak bukan orang asal sana.. “ beritahu Rahman.

“Hahaha… yang tu pelik… “ 

“Ayah Rahman!... kenapa Pakcik gelak?... “ tiba-tiba suara anak kecil menyampuk perbualan mereka berdua. 

“Huh!... Zufir anak ayah buat apa disini?... mana Aish… jangan tinggal Aish… “ pesan Rahman sambil dukung Zufir keluar dari bengkel. Encik Johan mengikut dari belakang

“Ayah Rahman?... kenapa anak sendiri panggil kamu Ayah Rahman… bukan Ayah sahaja?” pelik Encik Johan.

“Airil yang ajar… senang nak bezakan antara saya dengan Airil. Ayah Rahman dan Ayah Airil… “ terang Rahman. 

“Macam-macam… “ omel Encik Johan pula.

---------------

Alia menghampiri Encik Johan, ayah saudaranya. Aish mengekor sahaja ibunya dari belakang. Sebenarnya sengaja dia mahu bersendirian dengan pak ciknya. Dia tak ikut Rahman sekeluarga pergi melihat kawasan projek di Tanah Teluk. Airil ikut sekali.

“Alia… kamu ada niat tak nak kerja dengan pak cik. Lagipun Alia pemegang saham kedua orang tua Alia… “

“Entah… Alia sibuk dengan butik Puan Seroja… Ayah Arif sibuk dengan klinik-klinik cawangannya… Airil baru nak stabilkan perniagaan ibunya… Alia bukan tak nak tapi tak menang tangan… bagi Aish lah ambil alih… Aish kan suka main jual-jual ~~~ “ beritahu Alia sambil mengusik Aish yang berada di sebelahnya tengah makan biskut. 

“Aish budak lagi… Alia… Alia… haih… bila besar si Aish tu pak cik bagi dia bukan kamu… nak macamtu?...” ugut Encik Johan.

“Haha.. haha… terasalah tu dengan Alia… hmm bagilah Aish tu… bagi semua saham ke Aish… “

“Hihi… Engkau memang nak pak cik kerja 20 tahun lagi ke apa?... Aish tu baru 6 tahun.. Nak dewasa pak cik dah tua bangka… “

“Haah… betul!... pak cik kerja 20 tahun lagi sampai Aish ambil alih… “

“Sibuk sangat nampak dengan butik. 20 tahun pulak ambil masa. Sesuai tak kerja sana?” Encik Johan akhirnya mengalah.

“Entahlah… Suci semakin membina nama sebagai model… David datang sebagai pelabur… Airil… Airil kalau kerja dia sangat bagus… tapi… “

“Tapi apa?”
“Hmmm… tak… tak… tak ada apa-apa “

-------------

Kawasan dataran ramai dengan pengunjung. Luas dataran yang bakal menjadi kawasan Expo Karya Seni Kayu. Rahman menunggu petugas seorang lagi yang dipilih oleh Encik Johan untuk memantau projek ini, Danial. Sementara Airil dan Alia ditinggal di warung berdekatan. 

“Hei!... Rahman!... “

“Hai Danial!”

“Jom… “

“Jom… Jap kau bawak pelan tak?“ soal Rahman laju sebelum bergerak.

“Bawa… eh kenapa kau tiba-tiba berubah hati nak turun padang?” soal Danial.

“Haha… kau nak gelak ke apa?... aku tahulah aku ni pengukir sahaja. Kau tu pengurus atasan… “

“Haha… pengukir bawahan konon… kau tu dari pengukir bawahan naik jadi ketua reka bentuk syarikat tau. Bakat dari pulau… “ balas Danial dengan pujian.

“Ish macam-macam lah kau ni. Aku dengar ni projek terakhir kau… sebab tu aku tukar hati… yela nanti orang tu nak buka perniagaan sendiri… “ usik Rahman semula dengan sahabatnya.

"Aduh... Modal pun aku pinjam bank tau... bukan ayah aku... jangan perkecilkan cita-cita aku... hehe..." usik Danial, sengaja dia bagi kata-kata terasa hati.

" Alah... maaf... maaf... Tuan Muda Danial... tak boleh terasa langsung..." omel Rahman.

“Datang seorang ke?” soal Rahman sambil mereka berdua bergerak seiringan.

“Tak… Demi dengan Danish tu aku tinggal kat warung tu… Eh… tu bukan Suci ke…. Isteri kau model kan?” beritahu Tuan Muda Danial sambil menunjuk dimana isterinya. Pada masa yang sama dia mengecam wajah isteri rakannya itu.

“Eh… la duduk sebelah meja. Isteri kau kenal ke isteri aku?” 

“Tak pernah jumpa rasanya… tapi anak kita sebaya kan?”

“Haah… sebaya… nanti selesai tugas kita makan sama?” cadang Rahman

“Baik… “ Danial setuju. 

-------------

Airil terkejut apabila seseorang menerpa kakinya. Seorang budak lelaki tiba-tiba memeluk kaki kirinya. 

“Papa… tengok tu Danish paksa kutip mainan… Danish buli Fauzi… “ beritahu budak lelaki tu. jelas budak bernama Fauzi tersalah orang. 

Airil mencangkung. Buat dia selari mata dengan Fauzi.

“Pak cik bukan papa awak Fauzi… siapa buli Fauzi… “ tanya Airil. Belum sempat Airil mendengar jawapan dari Fauzi seorang budak menarik tangan Fauzi.

“Hei!... Fauzi!... kau pergi mana?!... kau tu pet!... mana boleh tinggalkan tuan!... “ terjerit-jerit budak tu marahkan Fauzi.

Airil terkejut dan terkilan. PET?... PET?... PET?

“Maaf… maaf… “ seorang wanita mengambil kedua-dua budak yang sedang bergaduh.

“Kembar ke?” soal Airil tanpa pikir panjang

“Tak… tak… “

“Pet?... “ tanya Airil tanpa lapik.

“Eh… encik salah dengar tu… “

------------

Suci membantu Zufir minum air sirap. Sebenarnya dia benci duduk bersama Airil. Dia tak suka. Kenapa Airil ikut mereka sekeluarga. Tinggalkan Alia dan Aish di rumah Encik Johan. Sepatutnya Airil bersama mereka. Kenapa sibuk ikut Rahman melawat kawasan. 

“Hei Suci… budak tu buli budak tu… “ panggil Airil dan terus bergosip.

“Zufir makan elok-elok… “ Suci tak pedulikan Airil. Sengaja dia tumpukan perhatiannya kepada Zufir. 

“Hei… Suci… aku ada jalan nak dapatkan Rahman dari kau!...” beritahu Airil tanpa lapik.

Sebaik kata Airil berkata ayat tersebut Suci terus terhenti melayan Zufir. 

“Rahman kata… sebab aku ada Alia… sebab aku ada Aish… “ tambah Airil

“Apa kau cakap ni Airil?!... “ tinggi sedikit suara Suci.

“Engkau tahu… kalau tidur dengan kau tak buat Rahman tinggalkan kau… dan ibu aku mati pun buat Rahman tak datang ke aku… Aku perlu cari jalan lain… tapi Rahman kata sebab Alia dan Aish hidup… kalau Alia dan Aish tak hidup macamana?... aku buli diorang… engkau rasa Alia dan Aish boleh hidup tak?”

“Gila?!... kau tak sayang Alia dengan Aish ke? Airil kau tahu tak Zufir dengar ni… “ tinggi lagi suara Suci. 

“Ibu tidur dengan Ayah Airil?... bila?... “ tiba-tiba Zufir bersuara dalam pergaduhan mereka berdua. 

“Ya… Ayah Airil tidur dengan Ibu Suci… Aya... “ balas Airil tanpa ragu. Tapi belum sempat Airil sambung ayat seterusnya, Suci dengan beraninya menyimbah air sirap milik Zufir ke muka Airil. 

“Ehhhhh!... Suci kenapa ni?” suara milik Rahman menusuk telinga mereka berdua.

Airil dan Suci kaku. Kelihatan Rahman terkilan dengan adegan dihadapannya tadi. Malah Danial kawan Rahman turut terkejut. 

“Ayah Rahman… Zufir basah…aaa… huhu.. Basah… “ rengek Zufir turun dari kerusi mendapatkan Rahman. 

Rahman menyambut Zufir. Di lap muka Zufir dengan tisu diatas meja. 

“Kesian anak ayah. Basah… nanti kita tukar baju… habis merah baju “ pujuk Rahman. 

“Err… Danial. Aku rasa tak jadi makan sekali. Aku balik dulu.. “ 

------------

3 hari mereka dua sekeluarga menetap di Tanah Teluk dirumah Encik Johan. Rahman dan Airil menghidupkan enjin. Mereka akan pulang ke seberang hari ini juga memandangkan tiada lagi urusan. 

Setelah bersalaman dengan Encik Johan. Airil gerak dahulu baru diikuti dengan kereta Rahman dari belakang. 

KERETA AIRIL

“Ibu… nanti nak pergi rumah Ayah Rahman boleh… “ beritahu Aish.

“Aish rumah pun tak sampai lagi… nantilah tidur rumah Ayah Rahman”

“Ala boleh lah Ibu… “

“Nanti… tunggu kita sampai rumah”

“Ala… asyik nanti. Ibu tahu tak yang Ayah Airil pernah tidur dengan Ibu Suci” beritahu Aish tanpa mengetahui apa yang bakal berlaku.

Alia terkedu!

Airil juga terkejut!

Dalam benak masing-masing memikirkan soalan yang sama

‘Macamana Aish tahu?... Airil tidak tahu aku tahu… apa reaksi yang perlu aku buat?... perlukah aku terkejut?... ke marah?... ke mengamuk?...’ Alia ligat memikir. Tidak sangka rahsia selama 6 tahun ini diucap oleh budak berumur 6 tahun ini. 

‘Macamana Aish tahu… Alia tak patut tahu..’ bisik Airil untuk dirinya

“Ala… ayah jangan tipu. Zufir beritahu Aish yang Ayah tidur dengan Ibu Suci” tambah Aish lagi.

“Apa maksud Aish?” Alia cuba berlakon terkejut

“Aish nak tidur rumah Ayah Rahman. Nak main dengan Zufir” beritahu Aish semula

“Tak.. maksud ibu. Apa maksud Ayah tidur dengan Ibu Suci?”

“Haah… Zufir yang beritahu Aish semalam” beritahu Aish lagi.

“Macamana Zufir tahu?”

“Ayah beritahu Zufir.. Zufir beritahu Aish… macam tu lah ibu… “

“Ayah mana?”

“Ayah...ayah… ni ayah ni… Ayah Airil…” beritahu Aish dalam keadaan geram. 

------------

“Airil?... apa yang Aish cakap ni betul ke?” Alia bermain api.

“AIRIL!... “ jerit Alia apabila Airil mendiamkan diri. Sikit pun dia tidak peduli.

“Kenapa?... macam kau tak pernah buat… kita berdua terlanjur berkali-kali masa belajar… tak pa “ balas Airil tanpa menghiraukan perasaan Alia. 

“AIRIL!... “ marah Alia apabila dirinya di perolokkan. Dihadapan Aish. 

Airil sikit pun tidak mahu menutup apa-apa. Sebab itu dia tidak mahu aibnya terbuka apabila Suci bertanya kenapa dia masih menerima Airil sedangkan Airil telah melakukan perkara terkutuk terhadap Suci. Ya. Ya. mereka berdua berpuluh kali terlanjur. Semua bermula dengan bola putih. 

“AIRIL!… engkau memang tak ada hati perut. Engkau tak sayangkan aku dengan Aish… “ tinggi lagi suara Alia. 

“Aku sayang kau dengan Aish. tapi aku sayang lagi Rahman. Dia nyawa aku… dia bukan milik Suci”

Alia tersentap dengan kata-kata Airil. 

“Berhenti… berhentikan kereta… “ arah Alia tiba-tiba. 

“Engkau nak buat apa?!” Airil turut meninggikan suara.

Aish dipangkuan Alia terkejut. Dia ketakutan.

“BERHENTI!!!.. “

Airil memberhenti keretanya di tepi jalan. Turut berhenti kereta Rahman di belakangnya.

------------

Rahman dan Suci pelik. Kenapa tiba-tiba kereta Airil memberi isyarat berhenti. Dia turut memberi signal ke kiri lalu berhentikan kereta. Lebuhraya tidaklah sesak membuat kenderaan lain meluncur laju. Dia berhati-hati apabila memberi isyarat berhenti. 

Dari dalam kereta. Rahman dan Suci melihat Alia menarik kasar Aish keluar dari kereta. Aish menangis. Laju Alia berjalan kearah mereka.

“Oh… Ibu… Aish nangis… kenapa… jom keluar” ajak Zufir. 

Rahman, Suci dan Zufir yang bingung keluar dari kereta. 

“Kenapa Alia?” tanya Suci sambil menghampiri Alia. Jelas wajah wanita itu marah.

“Suci!... Maafkan aku!... hati aku sakit!... kau pegang janji kau dengan aku!” beritahu Alia sambil menyerahkan Aish ke pangkuan Suci. tanpa lengah Alia mengalih tumpuan kearah Rahman

PANG!

Satu penampar hinggap pada wajah Rahman. 

“Perampas!!!!” jerit Alia sekuat hati sambil menumbuk-numbuk Rahman. 

“Engkau buat apa dengan Airil hah Rahman?!” jerit Alia.

Rahman terkejut. 

----------------

Airil berlari mendapatkan Alia dan Rahman. Suci tercengang sebentar. Aish menangis tak henti membuatkan Zufir turut menangis. 

“Apa yang ada kat kau Rahman tak ada dekat aku!”

“Kenapa Airil pilih kau!”

“Kenapa kau rampas Airil!”

“Apa kau nak dengan aku Rahman!”

Bertalu-talu soalan dilemparkan kepada Rahman. Rahman bingung. Dia tiada sebarang idea. Di biarkan sahaja Alia memukul dia. Tapi terhenti apabila Airil menarik kasar tangan Alia. 

“Hei… Alia berhenti pukul Rahman!” marah Airil. 

“Huh… Rahman.. Rahman.. Rahman.. Asyik-asyik Rahman… semua Rahman. Aku ni isteri kau!... dia perampas!” jerit Alia

PANG!... Airil menampar Alia.

“Airil!... kenapa tampar Alia!... dia isteri kau!” tegur Rahman kuat.

“Huh!... kau bodoh Rahman… kau tak nampak ke?... Airil tak sayang aku!” balas Alia sakit hati. 

Suci seperti dapat mengagak punca amarah Alia. dia perlu tutup mulut Alia sebelum rahsianya terbongkar. Dia segera mencelah dalam pergaduham mereka bertiga. Aish dan Zufir dibiarkan ditepi jalan tanpa pengawasan. 

“Engkau bohong apa Alia!... bila masa Rahman rampas Airil?!” tanya Suci. 

“Kenapa aku nak rampas Airil dari kau Alia?” bingung Rahman.

“Yargh!!.... Suci kau lupa ke apa Airil dah buat kat kau Suci..!” hentam Alia sambil menolak kasar Suci.

“Apa Airil buat dengan Suci?” soal Rahman. Dia perlu tahu punca pergaduhan. Dia memang tiada langsung sebarang idea.

“Ayah Rahman… waaaaaaa… Ayah Rahman… waaaaaa… salah Aish… salah Aish… “ beritahu Aish sambil menarik-narik seluar Rahman. Zufir turut menarik seluar ayahnya. 

Rahman yang terasa seluarnya ditarik segera memandang ke bawah. Kelihatan Aish dan Zufir menangis. Rahman mendapatkan Aish dan Zufir tapi segera di tepis oleh Alia. 

“Jangan sentuh Aish dan Zufir… diorang bukan anak kau!” luah Alia tanpa lapik. 

Rahman berkerut. Dia tidak paham. Dibiarkan sahaja Alia menarik Aish dan Zufir darinya. Zufir segera didukung manakala tangan Aish kemas dalam pegangan Alia. 

“Alia!” pintas Suci dengan satu jeritan. Niat untuk merampas Zufir dari Alia. Tapi… tapi… 

Tapi tidak bagi Airil.

“Alia!... kurang ajar!” nama isterinya dipanggil tanpa sedar Airil menarik Alia lalu ditolak ketengan jalan raya. Geram. Aish terlepas dari pegangan Alia. Zufir dan Alia terseret ke jalan raya.

BANG!!... kemalangan

----------------

3 HARI KEMUDIAN

Rahman kasar dan kuat menolak Airil sepenuh tenaganya. Tidak diendahkan kepala Airil terhantuk pada dinding. Budak kecil dihadapannya segera dipeluk Aish yang tidak menangis dari seksaan tadi, tapi terus menangis dalam pelukkan Rahman. Seperti dia merasakan seseorang telah diselamatkan dirinya.  

“A… A… A... Ayah … Ayah… sa… sa... sakit… “ tangis Aish.

“Kenapa tak beritahu ayah… badan kamu Aish… “ terkejut Rahman apabila diselak baju Aish. 

Jelas kelihatan birat-birat pukul dan bekas-bekas bakar. Badan, tangan dan kaki. Dipeluk kuat badan Aish. Macam-macam anggapan buruk mengenai Airil mula terbayang dalam mindanya. Marahnya dengan Airil semakin bertambah.

Airil yang terhantuk kepalanya tadi terasa pening. Dahlah dia tak boleh fikir dengan waras apatah lagi ditambah dengan sakit kepalanya. Matanya kabur seperti hendak pitam. Rahman tidak hiraukan dia, menambah lagi rasa sakit hatinya. 

“Rahman… Rahman!... “ panggil Airil.

Rahman mengalih tumpuan. Dia berpaling kearah suara milik Airil. Jelas kelihatan kepala Airil kemerahan kerana hantukkan. Tapi, Rahman sedikit pun tidak merasa serba salah. Sebaliknya dia jelek melihat muka Airil. 

Tanpa sedar dia bangun. Kedua tangannya pantas menangkap leher Airil. Ditolak badan Airil terus tersandar pada dinding. Dengan sekuat tenaga dia mencekik Airil tanpa perasaan. Dia benci Airil. Dia tidak peduli walaupun kelakuan buruknya dilihat oleh Aish. 

Ya, Rahman benci Airil.

-------------------------

Abang Jan turun dari kereta. Dia berlari menaiki tangga rumah. Melilau dia mencari Rahman. Telinga menangkap sesuatu aneh. Kedengaran diding dihentak-hentak dari satu bilik. Terus dia buka pintu. Terkejut Abang Jan apabila melihat, Airil terkulai di lantai, tidak sedarkan diri. Manakala Rahman sedang mendukung Aish. Dia dapat menangkap yang Rahman tidak langsung hiraukan Airil.

“Rah.. Rahman… kamu.. Airil ma… mati ke?” gagap Abang Jan. 

“Kalau mati lagi bagus… “ 

“Astaghfirullah Rahman… “ mengucap Abang Jan. dia gugup mendapatkan Airil diatas lantai. 

“Al… Ali… Rahman, Alia perlukan Airil… Doktor Arif mahu Airil ke hospital sekarang“

“Kenapa dengan Alia?!” 

“Suci beritahu yang Alia dah tak terkawal. Alia seperti hendak bunuh diri. Rahman… bangunkan Airil… Airil tak boleh mati... Alia dah tak waras“

“Airil.. Laki tak guna!... “ Rahman melepaskan marahnya. Dia tak boleh buat apa-apa. Airil suami Alia. Aish anak mereka. Dia hanya orang luar. Tapi Alia dan Aish tidak bersalah dalam hal ini… Semua salah dia.

----------------

HOSPITAL, WAD DEWASA

Alia kembali tenang setelah diberi ubat penenang oleh jururawat. Suci menangis dalam diam. Dia sakit dalaman, tapi Alia sakit segalanya. 

"Alia… Alia… jangan pergi… Aish perlukan kau… Zufir masih tak sedarkan diri. Rahman marahkan aku… Airil tak nampak bayang… Aku buntu.." luah Suci dalam esakkan. 

Manakala Doktor Arif berada dikoridor wad. Menunggu anaknya tiba, Airil. Dia perlu jaga Alia, dia minta Abang Jan heret Airil ke hospital. 

Sebelum ini dia menggantikan Rahman menjaga Zufir. Tetapi dia terpaksa meninggalkan Zufir dibawah jagaan jururawat kerana mendapat panggilan dari Suci menyatakan Alia tiba-tiba sedar tapi tidak lemah seperti selalu. Alia buas tiba-tiba, kuat dan bertenaga.

HOSPITAL, WAD KANAK-KANAK 

Doktor Kamariah sedang buat rondaan wad. Walaupun Zufir tiada sebarang masalah dengan bidangnya, tapi Doktor Arif tetap mahu Doktor Kamariah menjadi sebahagian doktor yang merawat Zufir. 

"Ujian lab dah keluar belum?"

"Tengah print… baru siap test pagini" Doktor pelatih, Kian menjawab. Dia memeriksa keputusan ujian, lalu memberitahu kepada Doktor Kamariah.

Doktor Kamariah terkejut mendengar
keputusan ujian milik Zufir. Dia meminta kertas dari Doktor Kian. Dilihat semula keputusan ujian dengan penuh ragu-ragu.

“Zufir?... ZUFIR?... “ berkerut dahi Doktor Kamariah. Disemak semula nama pada kertas tersebut. Jelas tertulis ‘Ahmad Zufirman bin Rahman’.

“Kamu call lab…saya nak tanya semula betul ke ni result pesakit ni?” 

“Doktor… lab on phone..” beritahu Doktor Kian. dia menghulur talipon kepada Doktor Kamariah. 

“Hello… saya nak semak semula… betul ni?... haah Ahmad Zufirman bin Rahman… sampel tiga hari lepas… hmm sampel Ahmad Zufir Aish bila?... oh minggu depan appointment… tak ada sampel baru kan… baik… terima kasih… tapi sebelum ni semua ujian Aish semua normal kan “ Doktor Kamariah meletakkan talipon. Dia memandang Doktor Kian sambil keras berfikir. 

“Kian... dapatkan fail rekod dua pesakit” pinta Doktor Kamariah.

“Siapa?” soal Doktor Kian.

“Ahmad Zufirman bin Rahman dan Ahmad Zufir Aish bin Airil… “ beritahu Doktor Kamariah.

Doktor Kamariah berfikir panjang. Kenapa Zufir yang ada penyakit.

-------------
SEKARANG

“Kenapa ayah pilih Zufir bukan Firman?…. “

“Uh?... “ terkejut Rahman. Terus berubah riak wajahnya.   

Rahman tiba-tiba menitiskan air mata. Dia mula merasakan perasaan serba salah sesuatu yang berat. Pertanyaan Firman begitu sukar untuk dijawab.

"Isk...hi… Firman… ayah sayang kamu… a...a… ayah sanggup buat apa saja untuk kamu dan Zufir..hik.. hik.. "

"Ayah… beritahu Firman… Firman berhak tahu…" Firman masih memujuk walaupun dia tahu Rahman cuba mengelak untuk menjawab. Dia tahu air mata yang jatuh itu adalah simbolik bahawa jawapan yang paling kejam akan dia dengari nanti.

"Seburuk mana jawapan ayah, sekejam mana jawapan ayah, Firman berhak tahu ayah… " Firman seakan bersedia menerima apa sahaja baik dan buruk masa silam keluarga mereka. 

"A...a...ayah...isk...hik… "

"Ayah… tolong" rayu Firman sambil mengelap air mata Rahman dengan jemarinya.

"Alia… Suci… Airil… tipu ayah… Zufir… Aish… pun tipu ayah… "

"Tipu?... Zufir dengan Aish tipu ayah?... " Bingung Firman. Macamana mereka berusia 6 tahun menipu Rahman?... 

------------

Malam. Firman menatap wajah Rahman. Rahman lelap sambil memeluknya. Tapi Firman tidak dapat lelapkan matanya. Dia bangun dari baringan ke posisi duduk. Bersandar pada kepala katil. 

Dilihat jam pukul 4 pagi. Mencari handphone tapi tidak jumpa sebaliknya mata tertarik pada handphone Rahman yang terletak diatas meja dihadapan sofa. Dia bangun. Perlahan. Di ambil handphone tersebut. Mencari nombor milik Zufir. 

"kenapa kau tak mengaku yang kau adik aku?"

-------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience