BAB 22

Romance Completed 928

“Sekali lagi saya tanya, siapa tunang awak?”

“Err.., err.. Saya.. saya,” Nini tergagap-gagap hendak menjawab. Tidak menyangka Megat Ardianshah akan muncul dengan tiba-tiba di situ. Dia mati akal. Peluh mula menyimbah.

“Siapa?!”

Nini akhirnya menggeleng perlahan lalu bersuara antara dengar dan tidak.. “Saya belum bertunang.”

Melor dan juga empat orang sahabat itu memandang tepat ke arah Nini. Sufiz mendengus kasar. Kak Nini buat drama kelakar apa pulak ni? Cari pasal betullah!

“Saya kecewa dengan sikap awak, Nini. Awak sebagai tenaga pengajar harus bersikap profesional, bukannya macam budak-budak!” keluh Megat Ardianshah. Tajam matanya menikam wajah milik Nini.

“Saya.. saya..” Nini gelisah. Dia berdoa agar tidak dipecat daripada menjadi tenaga pengajar di sini. Menyesal mula menjerut dirinya. Silapnya juga kerana terlalu mengikut kata hati.

“Kemas barang-barang awak dan tinggalkan kem ini sekarang jugak!” Arah Megat Ardianshah tegas.

Nini terkedu, begitu juga dengan yang lain. Biar betul?

“Err.., Encik Megat, tak payahlah sampai pecat Kak Nini. Saya okey je. Jangan risau saya tak akan panjangkan hal ni. Lagipun saya percaya, mereka semua tak ada niat nak buat macam tu melainkan terlalu mengikut kata hati. Saya dah maafkan awak semua. Mungkin Kak Nini lebih sesuai untuk Encik Megat,” dan Melor terus berlalu meninggalkan tempat itu. Yang lain terpinga-pinga. Hanya Megat Ardianshah yang faham maksud terakhir kata-kata Melor itu. Reaksi Megat Ardianshah nyata terpana. Tak percaya Melor akan berkata sebegitu.

Melor berlari-lari anak dengan tangisan yang terus mengalir laju. Dia sebak. Tak tahu apa yang dirasainya saat ini. Dia terus merebahkan tubuh ke katil dan melepaskan tangisan semahu-mahunya pada bantal. Terhinjut-hinjut bahunya mengikut rentak esak tangis.

Melor melihat wajahnya yang siap disolek di sebalik cermin besar di depannya. Lama dia berteleku di situ, macam tak percaya hari ini dia akan menamatkan zamat bujang di usia yang masih muda. Nafas ditarik panjang lalu dilepaskan perlahan. Romannya yang kosong cuba dimaniskan. Dia redha dengan apa yang bakal dia lalui sebentar lagi.

“Dah nak kahwin anak ibu ni,” Puan Yang Hafiza mencium pipi anak tunggalnya. Rasa sebak mula menerpa.

“Ibu doakan Mel eh?”

“Mestilah.. Puteh kan anak ibu.”

“Ibu... Mel laa.. Tak nak Puteh lagi,” Melor muncungkan bibirnya.

“Yelah.. Yelah. Ibu usik je,” sakat Puan Yang Hafiza lalu memeluk erat anaknya.

Melor senyum.

“Eh, ibu lupa nak tanya.. Tu ke “Ardianshah ” yang Mel selalu berangan tu?” Puan Yng Hafiza tertanya-tanya semenjak Megat Ardianshah datang ke rumah mereka bersama keluarganya.

“Tak, ibu. Kebetulan je,” Melor tersenyum malu.

“Kebetulan pun, dapat jugak “Ardianshah ” Mel tu.”

“Kalau dah jodoh!” Kedua-dua anak-beranak itu ketawa serentak.

“Eh, ibu turun dulu, rombongan dah nak sampai tu.”

Melor mengangguk Dia menarik nafas buat kesekian kalinya. Jantungnya semakin laju berdegup.

“Assalamualaikum, pengantin!”

Melor pantas menoleh ke pintu bilik, terpancul wajah yang dinantikannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience