BAB 14

Romance Completed 928

Nini akur lalu menyuluh ke arah Melor. Melor pantas menutup mata dek kerana silau kerana cahaya lampu suluh dihalakan betul-betul ke matanya namun cahaya itu beralih beberapa saat kemudian. Debar di hatinya hanya Allah yang tahu. Dia ingin cepat-cepat keluar dari lubang itu. Dalam menunggu mereka membantunya, sempat hatinya berdetik. Macam ni lah agaknya dalam kubur nanti. Seorang diri. Dalam gelap. Allah... Melor diburu keinsafan atas kekhilafannya sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini.

“Hulurkan tangan awak, Melor. Saya nak tarik awak naik ke atas,” arah Megat Ardianshah agak kuat. Dia sudah berdiri lutut menghadap ke arah lubang di mana Melor jatuh ke dalamnya.

Melor terkedu. Nak hulur tangan dekat Ardianshah? Dia serba-salah. Kenapa bukan Kak Nini ataupun Kak Fieyza yang tolong tarik dia naik ke atas?

Megat Ardianshah mengeluh. Dia tahu apa yang bermain difikiran gadis itu. Dia faham. “Melor, awak lebih memerlukan kudrat saya ketika ini. Saya bukan nak ambil kesempatan ataupun tak tahu hukum. Saya buat untuk menyelamatkan awak. Nini, awak sedia.”

Megat Ardianshah menghulurkan tangan. Lubang kecil itu di sinari cahaya dan mengakibatkan keseluruhan lubang itu menjadi cerah. Melor melihat Megat Ardianshah menghulurkan tangan ke arahnya. Terketar-ketar dia mengyambut huluran itu dengan perasaan tidak menentu. Dia segera beristighfar, memohon kekuatan. Setelah hampir ke permukakaan, Megat Ardianshah melepaskan tugasannya kepada Nini dan Shafika turut sama membantu Melor naik ke tanah dengan selamat. Melor didudukkan dan diberi air.

“Mel okey?” Shafika mengenggam jemari Melor yang masih menggigil itu.

Melor mengangguk lambat-lambat. Dia mengimbangi pernafasannya yang tidak teratur. Syukur dia selamat.

“Puteh! Puteh!”

Tengku Shabi terjaga dari tidur apabila mendengar suara isterinya meracau-racau. Dia cuba bangun sambil menggosok mata yang terasa pedih. Lampu kecil di tepi katil dibuka lalu duduk sambil melihat wajah isterinya. Isterinya kelihatan gelisah dalam tidur.

“Putehhh!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience