BAB 13

Romance Completed 928

Melor bersyukur kerana mereka mencarinya. Dia cuba untuk bangun walaupun dalam kegelapan.

“Mel dekat sini!” sahut Melor dengan agak kuat. Bimbang mereka yang mencari tidak mendengar sahutannya.

“Megat, awak suluh sebelah sini, saya macam dengar suara Mel dari arah kiri,” pinta Nini memandangkan lampu suluhnya sedikit malap.

Megat Ardianshah segera menghampiri Nini, dia menyuluh ke arah sebelah kiri. Peserta-peserta lain memberi ruang kepada Megat Ardianshah. Semua peserta dihimpunkan pada satu tempat di bawah pengawasan Afiey dan Fieyza. Masing-masing sedang duduk berehat beralaskan tanah. Zila, Sha, Enny dan Sufiz memilih untuk duduk jauh sedikit daripada rakan-rakan yang lain. Mereka menunggu sambil tersenyum sinis.

“Hah, itu dia!” tunjuk Shafika yang berdiri di sebelah Megat Ardianshah. Nini turut menjenguk meskipun perasaannya menerbitkan rasa cemburu apabila Shafika berdiri rapat di sisi pemuda yang di minatinya dalam diam. Melor terjatuh ke dalam lubang yang melebihi parasnya.

Megat Ardianshah sempat berfikir. Sejak bila hutan kecil ini terdapat sebuah lubang yang melebihi paras ketinggian manusia? Mungkin dia tidak perasan akan lubang itu selama mengendalikan kem motivasi ini. Dia memandang Nini. “Awak ada bawa sarung tangan?”

“Ada,” Nini menghulurkan sarung tangan hitam kepada Megat Ardianshah. Dia sering membawa sarung tangan ketika melakukan sebarang aktiviti kerana bimbang berlaku kejadian yang memerlukan tenaga pengajar lelaki yang membabitkan peserta perempuan.

“Awak suluh, saya cuba tarik dia naik ke atas,”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience