BAB 7

Romance Completed 928

“Eh, lagi satu jangan lupa!” sampuk satu suara, entah suara siapa.

“Apa dia? Apa dia?” celah lagi satu suara asing dengan riak tidak sabar.

Seorang lelaki yang agak rendah fizikalnya menghampiri Melor dan Shafika. Yang lain-lain hanya menanti tindakan lelaki bertubuh rendah itu sambil tersenyum-senyum

Lelaki rendah itu berdiri betul-betul di depan Melor dan Shafika. Mereka berdua hanya diam menanti reaksi lelaki yang tidak mereka kenali itu.

Lelaki itu mengangkat dua jari kanannya..

“Qu Puteh, Qu Puteh, barulah putih! Mmuahhh!” selesai membuat gaya produk terkenal Qu Puteh itu, dia ketawa besar diikuti oleh rakan-rakannya yang lain. Wajah Melor sudah merah menahan rasa malu. Rasa sebak kerana dimalukan sebegitu di hadapan peserta-peserta lain. Rata-rata mereka turut sama terhibur dengan lawak lelaki tadi. Seronok benar nampaknya.

Shafika mengenggam jemari Melor, dia mula menarik genggaman itu untuk beredar segera dari situ.

“Seronok mainkan nama orang?” terhenti langkah Shafika sebaik saja mendengar suara yang betul-betul di belakangnya. Dia kenal suara itu...

Dan ajaibnya suara-suara sumbang yang ketawa tadi terus hilang. Yang mana menjadi penonton bergegas meninggalkan kawasan surau itu. Hanya tinggal lelaki tadi di depan mereka dan kawan-kawannya yang masih berdiri di tepi pondok.

“Saya tanya ni,” Megat Ardianshah beralih berdiri bersebelahan dengan lelaki rendah itu. Lelaki itu kelihatan serba-salah. Macam nak menangis pun ada muka dia. Shafika menahan tawa dalam hati. Sungguh kelakar wajah lelaki itu saat ini! Tadi bukan main lagi. Dia menoleh memandang Melor namun wajah gadis itu tiada riak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience