BAB 21

Romance Completed 928

“Woii, hang nak pi mana?!” jerkah Sufiz garang. Cekap tangannya menangkap pergelangan Melor. Langkah Melor mati. Melti didudukkan ke atas sebuah kerusi. Dia menyeringai menahan pedih akibat cengkaman kuat di pergelangan tangannya. Semakin dia meronta unuk melepaskan diri, semakin kejap pergelangannya dicengkam.

“Awak semua nak apa?”

Lima suara bergabung ketawa. Melor hanya tunduk ke tanah apabila mendengar suara ketawa seakan mengejek dirinya itu. Dia berdoa agar dirinya tidak di apa-apakan oleh mereka.

“Saya ada buat salah ke?”

“Memang!” jawab Sufiz kasar.

“Apa dia?”

“Banyak bunyi pulak minah ni!” celah Enny dengan riak sombong. Kepala Melor sempat ditunjal bagi melampiaskan amarah.

Nini hanya memerhatikan gelagat mereka sambil berpeluk tubuh. Wajahnya tegang. Tajam matanya mencerlung ke arah Melor sehinggakan gadis itu tidak senang duduk.

“Sembang apa dengan Megat tadi?” Mendatar suara Nini.

Melor memandang Nini sebaik nama Megat Ardianshah disebut. Semua ini disebabkan Megat Ardianshah?

“Kenapa dengan Megat?” soal Melor polos.

Nini meraup wajah. Bengang dengan soalan berbalas soalan. “Aku tanya, hang sembang apa dengan Megat tadi? Susah sangat ka nak jawab?” tengking Nini geram namun suaranya masih dapat dikawal.

“Lembab!” Sha menjeling sekilas ke arah Melor.

Melor terkulat-kulat hendak menjawab. Tergamam dengan perubahan watak Nini yang bersikap lembut sebelum ini. Sekelip mata kelembutan tu hilang dalam diri Nini akibat rasa cemburu yang bertahta dalam dirinya. Dia bimbang akan tersalah cakap akan menyebabkan keadaan menjadi bertambah buruk. Mustahil untuk dia memberitahu perkara sebenar apa yang mereka bualkan sebentar tadi. Memang cari pasal!

“Err, sembang kosong je,” bohong Melor. Jantungnya bagaikan mahu pecah saat ini. Gementar.

Nini mendengus.

“Hang ingat kami nak percaya? Habaq betul-betul, hang sembang apa tadi? Ka.., hang dok merenyam dengan dia?’ giliran Zila pula menengking.

“Betullah..!” jawab Melor kuat, hampir menjerit.

“Aku nak ingatkan dekat hang, jangan dekat dengan Megat lagi, faham?”

“Kenapa pulak?” Melor termanggu seketika.

“Sebab dia tunang aku!” Angkuh Nini menjawab.

“Tunang?” Sesak nafas Melor saat ini. Megat Ardianshah sudah bertunang? Dengan Nini? Kalau dia tergamam dengan kenyataan itu, begitu juga dengan Sha, Enny, Zila dan juga Sufiz. Masing-masing terlopong mendengarnya. Biar betul?

Dada Melor berombak menahan marah. Melor bengang dengan sikap Megat Ardianshah itu. Sudah bertunang tapi masih mengajaknya menjalinkan kasih dengan lebih mendalam. Memang dasar lelaki tak guna!

Nnini hanya tersenyum dengan senyuman sinis.

“Siapa tunang awak, Nini?”

Semua menoleh serentak ke arah tepi mereka. Susuk tubuh seseorang muncul di sebalik dinding bangunan. Masing-masing sudah berubah wajah. Pucat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience