BAB 4

Romance Completed 928

Puan Yang Hafiza merenung anaknya.. “Mel, kem tu macam-macam program ada. Mel boleh tambah kawan, tambah ilmu lagipun Mel tak ada buat apakan sekarang ni? Kalau Mel sayangkan ibu dan ayah, isi borang tu dan beri pada ayah.” Itu kata putus daripada Puan Yang Hafiza.

Melor senyap. Dia sedar ibunya menyebut namanya Mel, bukan lagi Ku Puteh. Lama dia mendiamkan diri sehinggalah dia turun dari kabinet dan berlalu meninggalkan ruang dapur. Andai tadi perutnya berkeroncang apabila bau masakan memenuhi ruang dapur namun kini seleranya hilang tiba-tiba. Dia dalam dilema. Fikirannya celaru..

Suasana di perkarangan Taman Tasik Kamunting mula di banjiri orang ramai. Sebuah bas sudah menunggu unuk membawa peserta-peserta kem motivasi dari Taiping ke Kulim. Mata Melor meliar memandang sekeliling, mahu melihat andai ada seseorang yang di kenalinya namun hampa. Semua wajah yang berkeliaran di situ langsung dia tak kenal. Menyesal pula dia tidak mengajak sesiapa yang dia kenalib untuk mengikuti program motivasi ini. Hatinya mula berasa debar namun dia cuba berlagak biasa dan beristighfar untuk menenangkan hati.

“Pergilah naik bas, nanti penuh, susah pula,” suruh Tengku Fazwan sambil menepuk bahu anaknya. Dia tahu anaknya seorang yang berani. Lima tahun mereka berjauhan kerana anaknya memasuki MRSM di Langkawi. Dia sudah biasa berdikari kerana jarang-jarang pulang ke rumah kecuali cuti semester.

Melor mengangguk perlahan. Kedua-dua belah tangan ibu bapanya diraih lalu dicium penuh kasih. Sebak mula menghiasi dadanya.

“Jaga diri kat tempat orang, jangan buat hal, ibu dengan ayah sentiasa doakan Melor. Doa kami mengiringi langkah Melor,” Puan Yang Hafiza terus memeluk erat tubuh anaknya. Air mata yang mula bergenang di kelopak cuba ditahan agar tidak jatuh.

“Terima kasih ibu, ayah.” Melor terus menaiki bas dan mula mencari kerusi yang masih kosong. Dia memilih untuk duduk di kerusi sebelah kanan yang selang beberapa buah kerusi dengan tempat pemandu. Selesa untuk duduk di tepi tingkap kerana dia suka melihat pemandangan alam semula jadi yang tak jemu mata memandang. Belum pernah dia pergi ke mana-mana dan tidur sepanjang perjalanan. Sayang kerana bimbang terlepas pemandangan yang indah.

“Assalamualaikum!” sapa satu suara di kiri Melor dan pantas dia mengalihkan pandangan. Dia melihat seorang gadis yang manis sedang tersenyum kepadanya.

“Wa’alaikumussalam, ye?” Ramah Melor menjawab.

“Ada orang tak kat sebelah awk?”

“Tak ada, silalah.. Saya pun sorang ni,” Melor mengalihkan beg sandangnya yang diletakkan di kerusi sebelah dan beg itu mendarat di atas ribanya.

“Hai, saya Nur Shafika, panggil Shafika,” Nur Shafika menghulurkan tangan untuk berjabat berjabat salam.

“Saya Melor, boleh panggil.. Err, Mel,” tergagap-gagap Melor menjawab.

“Nama penuh Mel, apa ye?” Nur Shafika ah masih ramah. Melor sudah hampir berpeluh. Dia kalau bab nama memang sensitif sikit.

“Err.., nama penuh Mel, Tengku Puteh Melor,” dia berdebar menanti reaksi Shafika. Janganlah budak ni ketawa tak ingat dunia sudahlah! Satu bas gelakkan dia nanti kerana namanya yang klasik itu.

“Wahhh... Cantiknya nama awak, macam tuan dia,” Nur Shafika tersenyum simpul.

“Err.., awak tak kisah ke?”

“Kenapa pula? Saya okeylah.. Suka nama Mel, klasik.”

Melor sekadar tersenyum hambar. “Shafika sorang ke?”

“Ye, sorang-sorang. Main redah saja!” Nur Shafika sudah ketawa kecil.

“Mel pula?”

“Samalah kita,” Melor tersengih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience