BAB 20

Romance Completed 928

"Assalamualaikum!"Suaraorang memberisalamterarahdari pintu bilik. Enam pasang mata memandang pintu bilik.

"Ibu!Ayah!" Melor gembiramelihatkehadiran kedua orangtuanya namunkelibat seseorang menyentapkanjantungnya. Hatinya mulaberdebar. Kenapa diaada di sini? Duduknyasudah serbatidakkena. Terasa senget biarpun tegak elok.

Diamenyalami tangan keduaorang tuanyadengan penuh hormat.PuanYang Hafiza mencium pipi anak tunggalnya. “Alhamdulillah Mel dah sedar.”

"Taknaksalamdengansuami ke?" tanya ayahnya pula.

"Suami?" dahi Melor berkerut seribu."Suamisiapa pulak?"

Megat Ardianshah yang baru hendak menghampiri Melor terus terbejat langkahnya. Dia terkedu. Dia salah dengar ke apa ni?

"Mel, doktor kataawak jatuhsaja dan tiadakesanapa-apatapitakakansampai suami sendiripunMeltakingat? Pelik!" Shafika mulamenggelengkankepala. Makin pelik sikap Melor semenjak sedar dari koma selama seminggu. Mel hilang ingatan ke?

"Ni,suamiMel.Ardianshah,"tunjukPuanYangHafizake arahMegatArdianshah yang sedang tersenyum manis kearah isterinya.

Megat Ardianshah suaminya? Ardianshah?? Macam mana boleh jadi macam ni?

"Tipulah!"Melor tak percaya. Apayangsedang berlakuni? Melor menutup wajah dengan kedua-dua telapak tangannya.

"Tipu apanya, Mel.Tu,perut tu.. tungguharije nak bersalin. Mujurlah kandungan Mel selamat. Buktisahih lagi nyata tu!" sampukTengku Shabi sambiltergelak kecil. Apa kenalah dengan anak tunggalnya ini. Pelik tak sudah-sudah.

Melor menelan liur. Jantungnya berdetak hebat. Perut? Pantas dia melihatperutnya. Besar!

Apasemua ni? Anaksiapa pulak yangdikandungkannya ini?

“Ibu...!!!” Melor terus terkulai layu, mujurlah ibu mertuanya sempat menahan tubuhnya daripada terus rebah ke atas katil secara mengejut. Kalut Megat Ardianshah memanggil doktor yang bertugas.

Melor melangkah lemah ke arah dewan makan. Dia baru saja bertemu dengan Megat Ardianshah yang meluahkan isi hati kepadanya. Dan mahu mengikat hubungan yang lebih baik dengan bertemu kedua ibu bapanya. Fikirannya buntu ketika ini. Alasan yang diberikan oleh Megat Ardianshah langsung tidak masuk akal. Megat Ardianshah menyatakan rasa kasihnya kerana nama mereka berdua klasik. Sesuai. Sepadan. Sejiwa malah ada jodoh. Malah mahu mengekalkan keturunan nama yang unik itu. Mengarut! Melor membebel tanpa menyedari ada mata yang sedang memerhatikan langkahnya. Mata-mata itu memandang dengan tajam ke arah Melor.

“Eh, apa ni?” Melor terperanjat apabila lengannya diheret ke arah belakang bangunan yang tidak digunakan oleh penghuni di kem itu.

“Hang diam kalau nak selamat!” bisik seseorang di tepi telinganya. Melor menoleh ke arah tuan empunya suara. Dia menelan liur. Sedaya-upaya dia memanjangkan leher untuk melihat andai ada sesiapa yang berada berhampiran untuk meminta tolong namun kawasan itu sunyi ketika ini memandangkan banyak peserta sedang menjamu selera. Kelibat seseorang telah menggembalikan keyakinan dalam dirinya. Dia sempat menarik nafas lega.

“Kak Nini, tolong Mel, kak,” panggil Melor tanpa mempedulikan amaran sebentar tadi.

Nini menghampiri. “Kenapa ni?”

“Zila.. Dia.. Dia..” entah kenapa Melor gagap tiba-tiba.

“Jom,” ajak Nini mendahului ke arah belakang bangunan. Zila tersenyum sinis memandang Melor. Jom? Melor dapat rasakan tubuhnya menggigil kuat. Apa yang sedang berlaku ni? Dia dapat mengagak pasti ada yang tidak kena antara dirinya dengan mereka namun tidak tahu apa puncanya. Sebab apa dia diheret ke sini?

“Dah sampai pun..,” tegur satu suara sebaik mereka tiba di belakang bangunan. Beberapa orang rakan Zila turut ada di situ. Kali ini Melor sudah tidak dapat berfikir apa-apa melainkan menyelamatkan dirinya. Dia tahu bahaya menantinya. Ligat otaknya mencari jalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience