BAB 11

Romance Completed 928

“Jangan keluar dari barisan, kita akan meneruskan pendakian,” laung Megat Ardianshah dari arah hadapan. Semua yang mendengar mula menarik nafas lega.

“Saya nak pergi jumpa Kak Fieyza sekejap, Mel jalan dulu eh?”

Melor hanya mengangguk lalu memicit kepalanya yang berdenyut tiba-tiba. Mungkin akibat berdiri lama, kepalanya kembali merasa pening. Dia melangkah perlahan-lahan sambil tangan memegang kepala.

“Kalau ya pun nama tu klasik, hang tak payahlah nak lembab sangat!” rungut Sufiz sambil menolak Melor ke arah tepi kerana lambat melangkah.

Melor yang merasa tubuhnya melayang hanya memejamkan mata dan akhirnya tidak sedarkan diri.

Lima minit kemudian Shafika kembali ke barisannya namun pelik melihat tiada kelibat Melor.

“Mel? Mel?” panggil Shafika sedikit kuat. Sangkanya mungkin Melor beralih ke barisan hadapan namun tiada sahutan.

“Kau nampak Mel, tak?” tanya Shafika kepada Enny. Enny hanya menggeleng tanda tidak tahu. Memang tak lah dia nak buka mulut sedangkan dia sendiri turut bekerjasama dalam kejadian Melor ditolak sebentar tadi..

“Mel? Mel?” Shafika mula resah. Risau apabila teringatkan akan Melor yang sakit kepala itu.

“Kenapa ni, Shafika?” tanya Nini menghampiri Shafika setelah mendengar nama Melor dipanggil berulang kali.

“Melor tak ada, hilang!” Shafika sebak tiba-tiba.

“Allah.. Macam mana boleh jadi macam ni?” Nini terkejut. Dia memanjangkan leher melihat peserta-peserta perempuan namun tidak kelihatan kelibat Melor.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience