BAB 1

Romance Completed 928

Tengku Puteh Melor masih tersenyum-senyum. Indahnya dirasakan saat ini, jiwanya bagaikan melayang dibawa angin.. Air liur yang meleleh sudah tidak dirasakannya lagi. Bantal peluk makin kejap didakap.

“Ku Puteh.. Bangunlah.. Bangunlahhh..” panggil satu suara di tepi katil besar itu.

Tengku Puteh Melor menggerakkan sedikit tubuhnya, lenanya sedikit terganggu.

“Ku Puteh, bangunlah.. Ardianshah datang ni,” pujuk suara itu lagi, kali ini sedikit mendesak.

Mendengar nama yang menjadi igauannya setiap hari terus dia membuka mata. Terkejut, masih mamai. Dia menoleh ke arah suara yang memanggilnya sedari tadi. Ohh.. Mak Yang rupanya!

“Err.. Mak Yang cakap apa tadi?”

Puan Yang Hafiza tersengih lebar. “Ardianshah datang ke mari.”

“Hah? Ardianshah beta datang? Mana dia? Mana?” kalut Tengku Puteh Melor bangun dan duduknya tegak. Dia memegang kedua-dua belah pipinya. Apa aku nak buat ni?

“Dia ada di bawah, Ku Puteh nak bersiram dulu ke?”

“Mestilah. Tak mahulah jumpa Ardianshah dengan muka tak mandi ni.” Tengku Puteh Melor bermain dengan rambutnya pula.

“Dayang tolong siapkan tempat beta nak bersiram ye!” Sambungnya lagi sebelum menarik selimut di tubuhnya. Dia mengeliat buat seketika. Sedapnya...

“Ku Puteh nak air panas ke air longkang? Hamba boleh siapkan sekarang!”

Tengku Puteh Melor tersentak dengan pertanyaan itu. Kenapa dayangnya ini bersikap kasar terhadapnya? Mahu kena pancungkah? Dia memandang wajah dayang di tepinya lama-lama. Wajah itu......

Senyuman lebar Puan Yang Hafiza telah bertukar menjadi ketat. “Banyaklah dia punya Ardianshah! Ni Mak Yang datang nak mengamuk pagi-pagi ni!” dan jemarinya pantas memulas telinga kanan anaknya, geram benar dia dengan kelakuan anak daranya yang sorang ni.

Terus mata Tengku Puteh Melor terbuka seluas-luasnya. Telinganya yang sakit diusap-usap. Dipandang sekeliling. Dia berada di biliknya! Bukan tadi dia berada di...

“Err, Mel mimpi ke ibu?” Dia sudah tersengih-sengih. Malu menjengah.

“Habis kalau bukan mimpi, Ku Puteh ingat apa? Ada putera raja datang masuk meminnag?” Mencerlung mata Puan Yang Hafiza memandang anak tunggalnya. Mimpi yang bukan-bukan, itu belum lagi masuk bab anaknya ini berangan!

“Ehh, mana tahu Ardianshah datang betul-betul.”

Tengku Puteh Melor ketawa halus sambil menekup mulut. Kononnya manjalah sangat. Puan Yang Hafiza menjeling dari sisi anaknya, dia bangun dari katil dan berdiri sambil mencekak pinggang. Roman garang ditunjukkan.

“Sudah! Ibu tak nak dengar apa-apa. Lagi-lagi nama Ardianshah tu! Kalau ibu dengar lagi nama tu dari mulut Ku Puteh, siaplah!”

“Ibu!!” Tengku Puteh Melor merengek geram. Mencuka wajahnya.

“Apa?’ tanya Puan Yang Hafiza garang. Sengaja hendak menyakat.

“Kan Mel dah pesan, jangan panggil Melor dengan nama Ku Puteh lagi. Panggil Mel sudahlah..”

Puan Yang Hafiza menahan gelak. Dia tahu kenapa anaknya mahu menukar panggilan nama walaupun itu nama yang sejak kecil dipanggil oleh keluarganya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience