BAB 18

Romance Completed 928

“Tanya apa?” soalan Melor kembali. Dia menoleh sekilas ke wajah Shafika.

“Kaki Mel sakit lagi?”

“Sikit laa,” jawab Melor sambil melangkah perlahan akibat rasa sakit masih terasa pada buku lalinya.

“Kejap lagi sampai bilik, Shafika tolong urut eh?’ pelawa Shafika ikhlas.

Melor terharu dengan kebaikan Shafika. “Tak payahlah, Shafika. Mel boleh urut sendiri,” tolak Melor sopan, tidak mahu Shafika berkecil hati.

“Mel, urut sendiri dengan orang lain yang urut, tak sama,” terang Shafika sambil tersenyum.

Melor hanya membalas senyuman tanpa sebarang kata.

“Err.., tadi Mel pening sangat ke sampai tak sedar jatuh dalam lubang?” Shafika cuba mencungkil kisah di sebalik kejadian di hutan tadi.

Langkah kaki Melor terhenti. Dia menelan liur. Patut ke aku bagitahu pada Shafika?

“Kenapa?”

Melor serba-salah untuk menceritakan keadaan sebenar kepada Shafika. Dia tak mahu panjangkan hal ini ke pengetahuan pihak pengurusan kem kerana dia tidaklah mengalami kecederaan yang teruk. Hanya kakinya yang terseliuh sedikit.

“Ada orang tolak masa Mel tengah pening tadi. Sedar-sedar Mel dah ada dalam lubang,” Melor ketawa kecil. Kelakar pula apabila diingat kembali.

Bulat mata Shafika mendengarnya. Dia berhenti dari melangkah. Lengan Melor ditarik perlahan. “Siapa?”

Melor mengalihkan wajahnya ke arah lain. Tidak tahu hendak menjawab bagaimana.

“Mel, jujur okey?’ tindakan Shafika menggoyangkan lengan Melor beberapa kali membuatkan Melor berpaling semula ke arah Shafika.

“Tak pasti sebab Mel tak nampak siapa yang tolak,”

Petangjumaatdi Kem Hijfamengadakamusrah santaiditepi tasik buatan. Dudukdi bawah pohonyangrendangcukupmenenangkan jiwa. Angin petang pulalembut menyapasetiap penghuni di situ. Usrah disampaikanoleh MegatArdianshah danFieyza. Pelbagaisoalan ditanyadandijawab denganbaikbagimemberipenerangan yang sempurna.

Melor melihatbulatanyangdibuatoleh semua peserta. KaliinidiaterpisahdenganShafika keranadia duduk bersebelahan dengan orang yang tidak rapat dengannya.Shafika puladuduk selanglima orang darinya. Dalam dia ralit mendengar apayangdisampaikanoleh MegatArdianshah, dia sempat berangan sambil menongkat dagu.

"Cik Melor?"

PandanganMelor kosong. Dia masih dengan ‘dunianya’.

"CikMelor?"kaliini Megat Ardianshah menguatkansuaranya.

Shafika yangmelihat situasi itu sudah resah.Berangan lagilahbudakMel ni!

"Eherm!" tindakan MegatArdianshah melambaitangan dihadapan wajah Melor membuatkanMelor tersentak.

"KaulahArdianshah beta..."

Suaraketawa kuatkedengarandan sekaligus telahmenyedarkan Melor di mnadiaberadasekarangini. Terpinga-pinga dia memandang sekeliling. Semua mata sedang terarah kepadanya. Wajahnya mula merah menahan rasa malu.

"Hmmm, berangan?" MegatArdianshah mengangkat sebelah kening. Melor tunduk menahan malu. Maluyang semalu-malunya.Macam mana dia boleh beranganlaguArdianshah Beta padaketikadansaatini? Kalaulah Shafika duduk bersebelahan dengannya,pastitidak sempat terjadi perkara yang memalukan seperti ini. Semua kerana lalai!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience