BAB 15

Romance Completed 928

Kali ini terangkat bahu Tengku Shabi mendengar suara serak isterinya memanggil nama anak mereka. Allah! Dia mengusap dada kerana terkejut.

“Yang, bangun,” lengan isterinya ditepuk-tepuk perlahan. Dia mencuba lagi namun tiada tindak balas. Senyap.

Tengku Shabi turun dari katil dan menghampiri almari kecil di tepi pintu. Dia menuangkan air kosong ke dalam gelas lalu dibawa ke katil. Dia membaca surah Al Fatihah lalu dituang sedikit ke tapak tangan lalu disapu ke wajah isterinya beberapa kali. Dengan izin Allah, Puan Yang Hafiza terjaga dari mimpi ngeri. Dia bangun dan duduk menghadap suaminya. Wajahnya cemas.

“Abang! Puteh, abang! Puteh!” Puan Yang Hafiza mengoncangkan tubuh suaminya. Dia seperti takutkan sesuatu.

“Kenapa? Tengku Shabi pula berdebar tiba-tiba. Dia menelan liur.

“Yang mimpi Puteh jatuh dari tempat tinggi!” Bersungguh-sungguh Puan Yang Hafiza memberitahu suaminya akan mimpinya sebentar tadi.

Tengku Shabi terdiam. Dia memikirkan mimpi isterinya itu. “Mimpi kan mainan tidur. Janganlah fikir yang bukan-bukan. In Shaa Allah, anak kita tak apa-apa.”

“Tapi abang..”

“Mengucap, Yang. Ingat Allah.” Tengku Shabi faham perasaan isterinya sebagai ibu.

“Esok Yang nak hubungi kem tu, nak cakap dengan Puteh. Kalau tidak hati Yang tak tenteram, abang,” usul Puan Yang Hafiza.

“Terpulanglah.. Jangan sampai menganggu dia dekat sana.”

Puan Yang Hafiza mengangguk. “Yang nak baca yasin, abang nak baca sama?” Dia mula turun dari katil dan berkira-kira mahu menuju ke bilik air di sudut kiri bilik.

Akibat raasa mengantuk yang sudah pun hilang, Tengku Shabi menerima ajakkan daripada isteri tersayang dengan senyuman. Dia menunggu isterinya selesai mengambil wuduk sebelum dia pula masuk ke bilik air dan mereka membaca bersama. Sekalung doa turut dipanjatkan agar puteri mereka selamat sepanjang berada di sana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience