BAB 9

Romance Completed 928

“Aku sibuk sebab dia kawan aku! Jangan jadi budak-budaklah wey!” Shafika melampiaskan rasa marah. Dia tahu tindakannya itu bukanlah yang terbaik kerana membalas serangan mereka namun dia tidak dapat mengawal dirinya.

“Apa bising-bising ni? Tidur sekarang!” Muncul satu suara dengan bunyi pintu bilik dikuak dari arah luar. Nini masuk sambil mencekak pinggang. Semua bergegas ke katil masing-masing.

“Baru hari pertama dah macam-macam. Ingat, apa tujuan kamu semua datang sini. Esok tepat pukul enam, saya nak kamu semua ada di surau,” balas Nini lalu menutup suis lampu dan menutup pintu bilik.

Setengah jam sudah berlalu, Melor masih terkebil-kebil di atas katilnya. Dia gusar memikirkan ‘nasibnya’ sepanjang berada di kem ini. Ini baru hari pertama, dah berlaku perkara seperti tadi. Kalau tadi Megat Ardianshah dan Shafika yang membantunya. Andai dia keseorangan nanti? Melor meraup wajah. Dia mula berzikir untuk menenangkan hatinya yang berasa tidak tenteram.

Susana malam di Kem Hijfa Team agak sunyi, sesekali terdengar bunyi cengkerik di sekitar kawasan itu. Angin hanya bergerak pelahan menjadikan suasana sedikit hangat.

“Okey, kita akan mula mendaki bukit di belakang kem ini, pastikan anda semua mengikut barisan dan jangan sesekali keluar dari kumpulan. Pendakian kita akan berlangsung selama setengah jam untuk tiba di atas bukit, semua dah bersedia?” Megat Ardianshah memberi taklimat ringkas sebelum mula mendaki.

“Sedia!” laung semua peserta dengan semangat.

“Mel, okey ke?” tanya Shafika risau apabila melihat Melor menyapukan minyak cap kapak pada dahinya. Bau minyak angin itu mula menyegat hidung Shafika.

Melor menoleh ke arah Shafika. “Pening sikit.”

“Kalau tak sihat, Mel berehatlah dalam bilik, nanti Shafika beritahu pada Kak Nanie,” usul Shafika bersungguh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience