BAB 3

Romance Completed 928

“Isyhh awak ni, Yang. Tanya soalan macam peluru terlepas,” Tengku Shabi ketawa senang melihat sikap kalut isterinya itu.

Puan Yang Hafiza terdiam. “Tanya pun salah,” ada rajuk pada suara lembut itu.

“Bolehlah Puan Yang oiii..” Tengku Shabi pantas mencuit pipi isterinya. Terus melebar senyuman di bibir Puan Yang Hafiza.

“Kem tu dekat Kulim, Kedah. Tak adalah jauh sangat. Kem tu baru mula beroperasi hujung tahun lepas. Setiap program selama dua minggu saja. Tak lama kan? Lagipun banyak program agama sepanjang kem berlansung, banyak ilmiah yang dia akan anak kita peroleh”

Puan Yang Hafiza mula berfikir panjang tentang kem itu. “Tapi nak ke anak kita tu pergi?”

“Pergi mana?” suara dari arah belakang menyentakkan suami isteri itu. Terus terdiam seketika.

Melor menarik kerusi lalu duduk di sebelah ibunya. Dia mencapai pinggan lalu menjamah sarapan yang terhidang di atas meja itu.

“Nanti Melor akan tahu,” Puan Yang Hafiza sudah menukar panggilan. Lebih kepada mahu memujuk anaknya.

“Borang ni..,” Tengu Shabi menggoyangkan kertas yang diambilnya sebentar tadi. Lama Melor melihat kertas putih iu, fikirannya mula menerawang serata pertanyaan. Tu macam borang... Erk.., biar betul? Takkanlahh...! Dipandang pula wajah ayah dan ibunya silih berganti dengan riak tak percaya.

“Ayah nak kahwin lain ke?” Terpancul persoalan dari mulut Melor.

“Hey!!” laju atu cubitan hinggap di lengan kiri Melor. Dia mengaduh kecil. Bisa betul cubitan ibunya. Wajah ayahnya dipandang, melihat anggukan dan kenyitan mata membuatkan Melor ingin mengusik ibunya kerana tahu ianya hanya gurauan.

“Wahh... Tak lama lagi Mel dapat ibu sorang lagilah!” giat Melor nakal.

Kalau sebentar tadi lengan kirinya menjadi mangsa kini telinganya menjadi sasaran. Telinga kecilnya dipulas 360 darjah tanpa belas kasihan.

Melor beralih memandang ibunya. “Kot ye pun sentap, janganlah cubit anak ibu ni. Sakit, bukannya sedap hingga menjilat jari!”

Tengku Shabi sudah ketawa besar mendengar celoteh anak tunggalnya itu. Ada-ada saja! Wajah Puan Yang Hafiza mencuka. Anak dengan ayah sama saja!

“Okey, jangan usik ibu lagi. Anak awak gurau je Yang,” pujuk Tengku Shabi lembut. Lama kelamaan isterinya mula mengukir senyuman. Alahaiii....

“Tu kertas apa, ayah?”

Tengku Shabi mengusap perlahan rambut anak tunggalnya itu. “Kalau Melor sayangkan ayah dan ibu, isi borang ni dan beri pada ayah esok.”

Melor terkedu. Apa semua ni? Ibu dan ayahnya sudah bangun meninggalkan meja makan, Tinggallah dia seorang diri di situ terkulat-kulat. Kertas putih itu diambil dan dibaca sepintas lalu. Dia terpelangah.

“Kem Motivasi Hijfa Team?”

Puan Yang Hafiza mula menggoreng ikan cencaru sumbat belakang, berdesir kuali di dapur. Sambil menunggu ikan digoreng itu masak, dia menumis pula rencah untuk membuat tom yam campur untuk hidangan mereka tengah hari ini.

“Ibuuu....”

“Ibuuuu!!” kali kedua namanya dipanggil barulah Puan Yang Hafiza memberi perhatian pada suara di belakangnya.

“Apa?” Rimas pula anaknya yang seorang itu menganggu kerjanya di dapur. Bukannya mahu menolong tetapi hanya duduk bersila di atas kabinet dengan wajah yang sengaja dimonyokkan. Muka tak puas hati. Hatinya tergelak kecil melihat wajah anaknya itu. Mengada!

“Kalau Melor tak pergi, boleh kan??” raut wajah comel dengan mata terkelip-kelip dihidangkan depan mata ibunya dengan harapan ibunya akan bersimpati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience