BAB 5

Romance Completed 928

Semenjak bas mulai bergerak, dia hanya memandang ke arah luar tingkap. Nur Shafika sudah pun dibuai mimpi. Cepat betul dia tertidur. Suara orang berbual langsung tidak menarik perhatiannya sementelah dia belum mengenali mereka. Perjalanan dari Taiping ke Kulim mengambil masa kira-kira dua jam melalui lebuhraya.

Loceng berdering lantang buat kali kedua. Melor dan Shafika masih di luar bilik asrama. Rata-rata peserta sudah meninggalkan asrama dan pergi ke dewan utama.

“Cepat sikit, Mel. tak pasal-pasal kita kena denda sebab lewat. Orang lain dah lama pergi,” Nur Shafika bersuara kalut.

“Sikit lagi, maaf la tadi sakit perut sangat,” Melor membetulkan tali kasutnya. Isyhhh... Masa sekaranglah dia nak terburai ikatan!

“Jom!” berlari mereka berdua menuju ke arah dewan utama yang ditunjukkan ketika mereka memasuki kem Hijfa Team itu. Walaupun dekat namun berpeluh jugaklah ketika tiba di muka pintu dewan.

Mereka berpandangan sesama sendiri. Nak buat apa ni? Masing-masing sudah cuak.

“Ya, tuan puteri berdua. Sila masuk dengan segala hormatnya,” laung satu suara menggunakan mikrofon dari atas pentas. Wajah mereka berdua merah menahan malu. Rata-rata peserta seramai seratus orang itu menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang terakhir tiba.

“Shafika, Mel minta maaf ye sebab libatkan Mel saekali,” sambil berjalan, Melor memohon maaf secara perlahan. Dia rasa bersalah kerana Shafika sanggup menunggunya walaupun mereka sudah lewat.

“Tak ada apa, Mel. Hal kecik saja.” Nur Shafika memberikan senyuman ikhlas. Terharu Melor dengan sikap Shafika itu. Bukan jenis meninggalkan kawan yang dalam kesusahan.

Sebaik kaki mereka berhenti di depan pentas, keduanya saling mengenggam tangan. Sejuk!

“Nama awak berdua?” tanya seorang lelaki di atas pentas sambil membuka sebuah fail.

“Saya Nur Shafika Binti Firdaus,” Shafika memperkenalkan dirinya terlebih dahulu. Melor resah sendirian. Dia teragak-agak mahu membuka mulut.

“Saya.. Tengku Puteh Melor Binti Tengku Shabi.” Melor pejam mata sebaik menuturkan sebaris namanya yang klasik itu.

Suasana dalam dewan sepi tiba-tiba namun seminit selepas itu, bunyi ketawa memenuhi ruang dewan. Bersambung-sambung. Melor menelan liur. Dia tunduk menekur lantai. Wajahnya sudah merona merah menahan malu. Dapat dia rasakan Shafika menguatkan pegangan untuk memberinya semangat. Dia menarik nafas yang tersekat-sekat..

“Diam!!” bergema suara itu melangkaui bunyi ketawa yang masih berbunyi.

Serta-merta dewan menjadi sunyi sepi. Takut mendengar suara lantang itu. Masing-masing mengunci mulut. Tak berani mengeluarkan sebarang bunyi.

“Seronok ketawa nama orang lain?”

Sepi.

“Awak semua lepasan SPM, bukan lepasan UPSR! Perangai tak semengah!” bergema suara itu memenuhi dewan. Menusuk ke jantung yang ada di situ.

Kepala Melor semakin menunduk.

“Okey, selamat datang ke Kem Motivasi Hijfa Team di Kulim ini, saya selaku ketua jurulatih di sini, mengalu-alukan kedatangan anda semua. Saya berharap sepanjang anda semua berada di kem ini dapat menimba ilmu dan merasai pengalaman baru yang bermakna. Nama saya, Megat Ardianshah Bin Megat Aduka, ketua di kem ini.”

Melor tersentak. Ardianshah? Dia mengangkat wajah memandang ke arah pentas. Mata mereka berlaga, Melor segera menunduk keembali. Dia berdebar tiba-tiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience