BBA 16

Romance Completed 928

Melor menebarkan pandangan ke hadapan. Mereka baru tiba di puncak bukit meskipun agak lewat dari jadual asal. Melor berkeras ingin meneruskan pendakian memandang mereka sudah pun di separuh jalan. Dia tidak mahu hanya di sebabkan dirinya, rakan-rakan yang lain tidak dapat tiba ke puncak. Tambahan pula dia tidak mengalamai sebarang kecederaan cuma kakinya saja yang terseliuh. Itu tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan pendakian. Dan pendakian mereka berbaloi melihat keindahan yang terpampang di hadapan mereka.

“Subhanallah, cantiknya..” Melor kagum melihat cahaya yang berkeli-kelip di bawah bukit. Cahaya lampu bertaburan sana sini. Angin malam mula menyapa lembut. Dingin sampai ke tulang.

“Memang cantik. Bawah tu, sebahagian daripada Daerah Kulim”

Dahi Melor mula berkerut. Sejak bila pula suara Shafika bertukar menjadi garau?

Melor menoleh ke sisi. Dia tergamam. Bila masa pula Ardianshah duduk bersebelahan dengannya? Dia memanjangkan leher mencari kelibat Shafika namun tiada. Hampa mula menyerang dirinya.

“Cari sapa? Shafika?”

Melor sekadar mengangguk tanpa menjawab.

“Ohh.., dia tolong Nini dan Fieyza bahagikan air mineral pada peserta.”

Sekali lagi Melor mengangguk. Haihhh.. Rajin pula ada dara sorang ni, bisik Melor dalam hati.

“Dia memang terlebih rajin!” Megat Ardianshah ketawa kecil, penuh makna. Melor terkesima. Dia boleh dengar ke?

“Awak bela saka, eh?” tanya Melor terus-terang. Dia mula takut-takut untuk duduk di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience