BAB 8

Romance Completed 928

“Kalau orang main-mainkan nama awak, awak marah tak? Ke suka?”

Lelaki itu menggeleng laju.

“Habis kenapa nak mainkan nama orang?”

“Err.., saya gurau je, saja nak usik dia.” tergagap-gagap dia menjawab.

Megat Ardianshah memandang Melor dan Shafika. “Kamu berdua balik bilik dulu.”

Tanpa berkata apa kedua-duanya laju meninggalkan kawasan itu. Malas nak tahu kisah selanjutnya yang akan Megat Ardianshah sampaikan pada mereka semua. Hadap sajalah...

Pinti bilik dibuka perlahan. Suasana yang sedikit riuh dari luar tadi sudah tiada. Sepi menghakimi bilik yang menenpatkan seramai 20 orang peserta perempuan. Melor hanya masuk dan menuju ke katilnya. Dia memilih untuk tidur di katil bawah kerana dia sebenarnya gayat pada tempat tinggi. Mujurlah Shafika tidak kisah.

“Haihhh, mujoq laaa putih. Kalau hitam kaaa... Jadi apa?” keluh satu suara di katil paling hujung. Melor dan Shafika tidak mengendahkan suara itu.

“Ku hitam, ku hitam, barulah hitam! Muuahhh!” jawab yang lain beramai-ramai.

Melor terkedu. Sampai di bilik pun masih ada yang mengutuk namanya?

“Hampa ni pasai pa hah? Tak puaih hati tang mana?” Shafika mula meradang, habis keluar loghat Kedah tiba-tiba.

“Hang tu pasai pa? Kami kacau hang ka?” kasar suara yang menjawab.

“Menyibuk!” sorang lagi mencelah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience