BAB 17

Romance Completed 928

“Huishh.., mai celah mana pulak saka ni?” terkejut Megat Ardianshah dengan pertanyaan berani mati daripada Melor itu.

“Err, tanya ja sebab awak boleh baca dalam hati saya tadi,” Melor mula berasa serba-salah.

Megat Ardianshah ketawa besar sehingga menarik perhatian beberapa orang peserta. “Dalam hati apanya, awak cakap depan saya tadi. Mana saya tak dengar!”

Errkkkk... Melor terdiam. Dia cakap depan Ardianshah? Ingatkan dalam hati! Lalai sungguh!

Melihat Melor tidak menjawab, dia tersenyum. Dia tahu Melor malu akan tingkahnya di luar kesedaran itu.

“Biasalah tu, Mel. Kadang-kadang tu sesuatu berlaku di luar kawalan kita tanpa kita sedari. Awak rehatlah, saya nak pergi tengok yang lain pula,” Megat Ardianshah terus bangun meninggalkan Melor.

Melor menikmati keindahan malam dengan tenang. Belum pernah dia mendaki bukit setinggi ini. Dalam keasyikan dia melihat panorama malam yang indah itu, dia terkejut apabila pipinya terasa sejuk. Laju jemarinya mengusap pipinya yang basah itu.

“Nah,” Shafika menghulurkan botol berisi air mineral sejuk kepada Melor dan Melor menyambutnya lalu meneguk sedikit bagi menghilangkan rasa dahaga.

“Sembang apa tadi?’ Cungkil Shafika sambil tersengih-sengih.

Belum sempat Melor mahu membalas, suara Megat Ardianshah menjengah gegendang telinga mereka.

“Minta perhatian, lagi lima minit kita akan mula turun ke bawah. Diminta semua berhati-hati. Saya nak kamu semua siapkan laporan tentang program yang awak jalani sepanjang berada di sini kepada saya dua hari sebelum tamatnya program di kem ini. Boleh?’

Hanya segelintir sahaja yang menjawab.

“Semangat sikit, boleh ke tidak?” Megat Ardianshah menguatkan suaranya.

“Bolehhh!!” jawab semua peserta serentak.

Boleh ke jawab tidak? Rungut Melor tiba-tiba sambil kakinya sibuk menguis-nguis daun-daun di tanah. Susana sepi tiba-tiba. Dia berasa pelik kerana suasana sepi tiba-tiba lalu mengangkat wajahnya. Glup! Semua mata memandang ke arahnya! Pantas dia menekup mulut dengan tapak tangan.

“Mel cakap kuat ke?” dia menyiku lengan Shafika sambil berbisik. Shafika mengangguk sambil tersenyum geli hati. Megat Ardianshah hanya menggeleng kepala melihat kelakuan Melor itu.

“Ada apa yang awak tak puas hati ke, Melor?” soal Nini agak dingin. Entah kenapa dia semakin tidak selesa dengan gadis itu.

“Tak ada apa-apa. Maaf.”

“Buat barisan sekarang. ingat, hati-hati bila mula turun ke bawah. Pastikan rakan anda dia depan ada tidak keluar dari barisan,” pesan Afiey pula. Meskipun jarang bersuara namun melihat ketegasan di wajahnya membuatkan ramai peserta kecut perut untuk membantah.

Mereka mula menuruni bukit dengan langkah berjaga-berjaga dan setibanya di bawah, mereka diarahkan pergi ke dewan makan. Meskipun jam sudah menunjukkan hampir pukul 11.00 malam namun semuanya kembali bersemangat apabila dihidangkan teh o panas serta bihun goreng bagi mengisi perut setelah penat mendaki.

Shafika menunggu Melor di luar bilik air kerana mereka adalah orang terakhir yang berada di situ. Malas hendak berebut untuk mandi, mereka memilih untuk menunggu sebahagian peserta selesai mandi dahulu, barulah selesa hendak mandi. Melor tidak sukakan suasana yang agak sesak dan kelam-kabut.

“Jom,” ajak Melor ketika melihat Shafika sedang menunggunya. Dia senang berkawan dengan Shafika kerana gadis itu tidak lokek untuk memberi pertolongan dan tidak pernah mengeluh. Baiknya Shafika.

Mereka berjalan beriringan menuju ke bilik. “Boleh Shafika tanya sikit?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience