Part 2.

Romance Completed 17361

" Nanti jer lah. Saya nak pergi mandi ni " .

" Sekejaplah " .

" Eii tak faham bahasa betul " Mumtaz memijak kaki Ashraf dan terus berlari ke kamar mandi.

Cepat-cepat dia menutup pintu.

" Aduhh. Gila betul lah perempuan ni. Macam mana lah mama boleh cakap yang dia ni calon isteri terbaik " bebel Ashraf.

Sebenarnya mereka berkahwin bukanlah kerana cinta namun kerana aturan keluarga. Ashraf tidak mahu menghampakan kedua orang tuanya, jadi dia turuti sahaja walaupun dia sebenarnya tidak rela berkahwin dengan orang yang tidak dia cintai.

Seminggu sebelum perkahwinan mereka, Ashraf bertemu dengan Mumtaz. Dia terkejut melihat bakal isterinya itu. Dia pernah bergaduh dengan Mumtaz sebelum ini kerana berebut donut oreo di sebuah kedai donut.

Oleh kerana itu hubungan mereka tidak pernah baik. Pantang bertemu pasti bergaduh. Lagi-lagi dengan sikap Ashraf yang menyakitkan hati itu.

???

" Taz, Ya Allah bertuah punya budak. Kenapa makan tak ajak suami ni? " soal Puan Raihana.

Mumtaz yang sedang enak menjamu selera itu hanya mampu tersengih sambil menayangkan barisan giginya.

" Ala Taz lapar lah ibu. Nanti pandailah Ash turun makan " jawabnya

" Mana boleh macam tu. Dia tu suami Taz. Tanggungjawab Taz jaga makan minum dia sekarang. Ni tidak, Taz makan tak ajak dia langsung " bebel Puan Raihana.

" So ibu nak Taz pergi panggil dia lah ni? " .

" Iya lah Taz oii " .

" Okay Taz panggil ' suami tercinta ' Taz tu yaa " .

Baru sahaja Mumtaz ingin bangun daripada meja makan, Ashraf datang menghampiri.

" Amboi sayang, makan tak ajak abang pun kan. Sampai hati " .

Mumtaz menjeling geram. Sengaja lah tu nak tunjuk baik depan ibu. Kalau berlakon, dia boleh dapat anugerah pelakon terbaik.

" Mari makan Ash, ibu baru nak suruh Taz panggilkan Ash " pelawa Puan Raihana.

" Haa iya ibu. Ibu tak makan sekali ke? " soal Ashraf.

Dia mengambil tempat di sebelah Mumtaz.

" Takpalah kau orang berdua makan dulu. Ibu nak kemas depan tu sikit " .

" Ayah mana ibu? " soal Mumtaz.

" Ayah pergi ke surau. Tolong kemas surau sebab malam ni ada ceramah " .

Mumtaz mengangguk faham.

" Dah kamu berdua makanlah. Ibu nak ke depan. Taz, hidangkan nasi Ash " pesan Puan Raihana sebelum berlalu.

" Haa cepat isikan nasi tu dalam pinggan suami tercinta ni " arah Ashraf.

" Awak ada tangan tak? Saya rasa awak tak cacat kan? Isilah sendiri ".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience