Part 12.

Romance Completed 17361

" Morning Ash! " ucap Mumtaz sebaik melihat Ashraf turun daripada tingkat atas.

" Morning " langkah diatur mendekati Mumtaz di meja makan.

" Kau buat apa ni? " soalnya.

" Roti bakar. Awak makan? " .

" Boleh lah " kerusi ditarik lalu dilabuhkan punggungnya di situ.

Mumtaz menghulurkan pinggan yang berisi roti bakar pada Ashraf. Air milo dituangkan ke dalam cawan.

" Rajin pulak kau buat sarapan " .

Mumtaz tersenyum kecil.

" Saja jer. Nanti tengahari awak balik makan? " .

" Ha'ah. Kau jangan lupa masak pulak. Kebuluran aku nanti " .

" Iya saya tahu lah " .

Selesai sarapan, Ashraf terus melangkah ke pintu utama.

" Ash " panggil Mumtaz.

" Hmm " jawab Ashraf sambil menyarung stokin.

" Tak ada apa-apa lah " .

Ashraf memandang pelik ke arah Mumtaz.

" Dah aku nak pergi kerja ni. Kau tak nak salam aku ke? " tangannya dihulurkan.

Mumtaz terus mencium tangannya untuk kali yang kedua. Kali pertama ketika mereka bernikah.

" Hati-hati duduk rumah. Masak nanti jangan sampai terbakar pulak dapur tu ea " pesan Ashraf.

" Iyaa tahu " .

Mumtaz menghantar Ashraf sehingga ke muka pintu. Dia memerhatikan Ashraf sehingga kereta Ashraf hilang daripada pandangan matanya.

Dia memegang dadanya. Berdegup laju. Entah kenapa dia sendiri tak pasti. Jujur dari hati dia sudah mulai selesa dengan Ashraf.

Lelaki itu walaupun caranya agak kasar, namun hatinya baik. Dalam kasarnya, dia masih mengambil berat.

???

" Aduh macam mana nak siang ikan ni? " soal Mumtaz sendirian.

Kepalanya yang tidak gatal digaru-garukan.

Jam sudah menunjukkan pukul 11.15 pagi. Sekejap lagi pasti Ashraf pulang untuk makan tengahari tapi satu hidangan pun dia belum siapkan kerana leka mencari resepi di internet tadi.

" Assalamualaikum " Ashraf melangkah masuk ke dalam rumah.

Sengaja dia pulang awal hari ini, dia yakin Mumtaz masih belum memasak apa-apa lagi untuk hidangan makan tengahari mereka.

Langkah kaki diatur ke dapur. Dia tersenyum kecil melihat Mumtaz yang teragak-agak untuk menyiang ikan.

" Reti ke tak tu siang ikan? " soal Ashraf.

Hampir tercampak pisau di tangan Mumtaz kerana terkejut.

" Ash? Bila awak balik? " soalnya.

" Lima minit lepas. Kau masak apa dah? " .

Mumtaz terkebil-kebil melihat Ashraf.

" Tak masak apa-apa lagi? " tek Ashraf.

" Belum. Sorry Ash " kata Mumtaz perlahan.

" Bagi aku 10 minit, aku pergi tukar baju sekejap. Sekejap lagi aku ajar kau masak " .

" Tapi awak tak balik office semula ke nanti? " .

" Aku bos, nak risau apa? " Ashraf terus melangkah ke tingkat atas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience