Part 6.

Romance Completed 17361

Ashraf menjeling sekilas ke arah Mumtaz yang berada di sebelahnya. Sudah hampir dua jam setengah perjalanan mereka dari Melaka ke Kuala Lumpur, akhirnya sampai juga ke rumah Ashraf.

" Oi bangun " kejut Ashraf.

Mumtaz masih lena tidur. Tiada tanda-tanda dia akan bangun.

Ashraf mengeluh perlahan. Mumtaz ni memang tidur mati agaknya. Kalau nak dikejutkan bangun daripada tidur bukan main susah lagi.

" Bangun! " jerit Ashraf di telinga Mumtaz.

Mumtaz terus terjaga kerana terkejut. Hilang terus mimpi indahnya. Semakin sakit hatinya apabila mendengar hilaian tawa Ashraf.

" Eii air liur basi meleleh " .

Mumtaz cepat-cepat mengesat pipinya.

" Tak ada pun. Awak tipu ea? " .

" Siapa suruh kau percaya? Dah cepat turun. Membuta jer kerja kau " Ashraf terus keluar daripada perut kereta.

" Bukan nak kejut baik-baik. Jerit-jerit pulak " bebel Mumtaz.

" Cepat lah turun " .

" Iya tahu. Nak turun lah ni. Sabar lah" Mumtaz pantas keluar daripada kereta.

Matanya meliar memandang rumah banglo dua tingkat di hadapannya itu.

" Rumah awak ke ni? " soal Mumtaz.

" Tak lah. Rumah hantu " jawab Ashraf selamba.

Mumtaz menjeling tajam ke arah Ashraf. Setiap kata-kata yang keluar daripada mulut Ashraf tidak pernah tidak menyakitkan hati. Semuanya menyakitkan hati saja.

" Saya tanya elok-elok kan. Jawab lah elok-elok " bebel Mumtaz.

" Iya isteriku. Inilah rumah kita. Rumahku, syurgaku " perli Ashraf. Siap buat gaya tangan lagi.

" Dah jom masuk. Terpacak depan rumah ni pun tak guna jugak " ajak Ashraf.

Mumtaz menbontoti langkah Ashraf.

" Wow cantiknya! " Mumtaz teruja saat melangkah masuk ke dalam banglo dua tingkat itu.

" Well tengoklah rumah siapa kan, mestilah cantik " .

" Awak memang tinggal kat rumah ni ke? " soal Mumtaz.

" Iyalah. Kalau aku tak duduk rumah ni, buat apa aku beli? Lagi satu mana aku nak duduk kalau tak duduk kat rumah ni. Bawah jambatan? " .

" Ashraf kenapa awak ni setiap kali jawab soalan saya, jawapan awak tu tak pernah tak sakitkan hati saya. Tak boleh ke awak jawab elok-elok ha? " bidas Mumtaz.

" Dah kau tanya benda yang kau dah tahu jawapannya. Aduhh Taz, Taz. Lurus lah kau ni. Jom aku tunjuk bilik kat atas " .

" Kita pulak yang salah. Ya Allah kau berikanlah aku kesabaran yang tinggi untuk menghadapi suamiku ini " sempat Mumtaz berdoa sebelum melangkah ke tingkat atas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience