Part 15

Romance Completed 17361

" Bukan main lagi kau borak dengan si Fikri tu " kata Ashraf sebaik Mumtaz masuk ke dalam perut kereta.

" Dah dia tegur, saya jawab jer lah. Takkan nak buat muka pulak. Apa pulak kata dia nanti " jawab Mumtaz.

" Dia tu aku tengok semacam jer " .

" Semacam apa? " .

" Macam suka dekat kau. Dia tak tahu ke kau bini aku? ".

" Tahu lah. Mana ada dia suka saya. Awak tu jer yang suka fikir bukan-bukan dengan dia. Saya tengok awak macam tak suka dia jer. Dia tu cuma nak mengeratkan silaturahim antara jiran jer " .

" Eh takkan aku nak suka dia pulak. Dia tu lelaki, aku lelaki. Takkan aku gay pulak " .

Mumtaz menjeling geram. Ada jer jawapan mamat ni tau.

" Malas saya nak layan awak ni lah " Mumtaz memeluk tubuh.

Pandangan dihalakan ke arah tingkap.

" Tak suruh pun kau layan aku. Haa sekejap lagi tidur lah tu " perli Ashraf.

Bukannya tidak kenal perangai Mumtaz. Masuk sahaja kereta pasti terlelap.

Mumtaz hanya mendiamkan diri. Malas dia mahu bergaduh lagi.

???

Tepat jam 4.15, Ashraf dan Mumtaz tiba di rumah neneknya.

" Kita dah sampai ke? " soal Mumtaz teruja.

" Taklah. Kita baru nak bertolak " .

Mumtaz membuat muka tidak puas hati. Ni yang dia malas nak bercakap dengan Ashraf. Ada sahaja yang menyakitkan hati.

" Kau tak reti nak turun ke? Ke kau nak aku panggil kompang sambut kau, baru kau nak turun? " .

" Iya saya nak turun lah ni " .

" Assalamualaikum nenek " panggil Ashraf.

Seorang wanita berusia 50-an keluar daripada rumah.

" Waalaikumsalam. Ya Allah cucu bertuah ni, kenapa balik tak cakap? " .

" Saja nak suprise kan nenek " Ashraf terus memeluk erat tubuh Nek Mah.

Sudah lama dia tidak bertemu dengan neneknya itu. Raya tahun lepas rasanya kali terakhir me reka berjumpa.

" Diam-diam kamu dah berkahwin ya. Mana isteri kamu, kenalkan pada nenek " .

" Taz, ni lah nenek. Nek ni isteri Ash, Mumtaz namanya " .

Mumtaz menyalami hormat tangan Nek Mah.

" Cantiknya Mumtaz ni " puji Nek Mah.

" Tak payah puji-puji sangat nenek. Kembang dia nanti " sampuk Ashraf.

" Dah mari masuk ke dalam. Nenek ada masak lauk ketam masak lemak cili api " tangan Mumtaz ditarik oleh Nek Mah.

" Err..Taz nak ambil beg dalam kereta dulu " .

" Tak payah. Biar Ash yang bawak masuk ke dalam. Taz ikut nenek masuk. Ash jangan lupa ambil beg tu ya " pesan nenek sebelum berlalu.

Mumtaz tersenyum lebar. Sempat dia menjelirkan lidahnya pada Ashraf.

" Haishhh aku jugak yang kena angkat. Beg lah berat macam nak lari rumah. Semua benda nak dibawanya" bebel Ashraf sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience