Part 16.

Romance Completed 17361

Mumtaz runsing memikirkan sebentar lagi dia mahu tidur di mana. Memandangkan sekarang dia berada di rumah Nek Mah, dia terpaksa tidur sebilik dengan Ashraf.

Takkan lah dia nak mintak Nek Mah bilik yang lain pula. Apa kata orang tua itu nanti.

" Kau kenapa ni? Macam cacing kepanasan jer aku tengok " soal Ashraf sebaik melangkah masuk ke dalam bilik.

" Awak tidur mana malam ni? " soal Mumtaz.

" Kat dalam bilik ni lah. Takkan tidur dengan nenek kot " .

" Yelah saya tahu awak tidur dalam bilik tapi kat bahagian mana? " .

Ashraf mengerutkan dahinya.

" Katil lah. Katil besar-besaran ni takkan aku nak tidur atas lantai pulak. Soalan apa kau tanya ni Taz? ".

" Habis saya nak tidur kat mana? " .

" Tidurlah kat mana-mana kau suka. Asalkan kau tak kacau aku tidur " jawab Ashraf selamba.

Tubuhnya dihempaskan di atas katil. Matanya sudah layu. Badannya juga sudah letih kerana memandu siang tadi.

Mumtaz masih lagi terpacak di hadapan katil. Matanya melilau sekeliling bilik mencari tempat untuk dia tidur.

" Yang kau tercegat macam guard ni kenapa? Kau nak jadi guard malam ni? " soal Ashraf.

" Saya tak tahu nak tidur kat mana. Dalam bilik ni tak ada sofa " jawabnya.

Ashraf mengeluh perlahan.

" Aduh Taz. Aku ni dah lah mengantuk. Lepas tu kena fikir lagi masalah ' besar ' kau ni. Tidur jer lah mana-mana. Ni sebelah aku kosong. Aku ni bukannya gemuk sangat sampai satu katil aku tidur " Ashraf menepuk-nepuk tempat kosong di sebelahnya.

" Sa..sa..saya.. Takpalah Ash, awak tidur jer lah " .

" Kau takut aku buat apa-apa dengan kau? Aku ni bukan lelaki yang ambil kesempatan lah Taz. Aku dah cakap hari tu kan yang aku tak kan paksa kalau kau tak bersedia lagi. Susah ke kau nak percayakan aku? " .

Mumtaz diam. Err Ashraf tengah marah ke tu?

" Suka hati kau lah Taz kalau kau tak nak percayakan aku. Aku tak boleh paksa. Terpulang pada diri kau sendiri. Selamat malam " Ashraf terus menarik selimut sehingga menutup wajahnya.

Mumtaz terasa serba salah pula. Bukannya dia tidak percayakan Ashraf tapi dia segan dengan lelaki itu.

Akhirnya Mumtaz membuat keputusan untuk tidur juga di sebelah Ashraf. Perlahan-lahan dia memanjat katil takut Ashraf terjaga.

Ashraf yang masih belum tidur tersenyum kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience