Part 21

Romance Completed 17361

" Mel jangan risau. Taz tak salahkan sesiapa pun dengan apa yang dah jadi. Benda pun dah nak jadi, kita tak boleh halang kan " .

" Taz tahu tak waktu Taz kemalangan tu, Ash orang paling risau. Dia tak tenang selagi Taz tak sedarkan diri. Dia tak henti-henti salahkan diri dia. Mel dah cuba pujuk dia, tapi dia masih risau. Dia ada cakap dengan Mel yang dia takut Taz tak maafkan dia " .

Mumtaz tergamam seketika.

" Mel masih ingat Ash merayu-rayu dengan doktor yang rawat Taz, supaya selamatkan Taz. Sayang betul Ash tu dengan Taz. Beruntung Taz dapat Ash tau. Dia tu nampak jer kasar, tapi hati dia baik " sambung Emel.

Mumtaz hanya tersenyum kelat. Sungguh dia tidak sangka Ashraf risaukannya sampai begitu sekali.

" Taz jangan salah faham tau. Mel dengan Ash memang tak ada apa-apa. Mel ni cucu angkat Nek Mah jer. Parents Mel meninggal waktu Mel umur 5 tahun lagi. Sejak tu Nek Mah jaga Mel. Ash tu dah macam abang kandung Mel " .

Mumtaz mengangguk faham.

" Mel tak mintak banyak Taz, Mel cuma mintak jaga Ash baik-baik. Dia susah nak luahkan cinta dia. Taz pun tahukan Ash tu kasar sikit. Tapi dalam hati dia kita tak tahu. Mel nampak yang Ash tu sayang sangat dekat Taz ".

" Insya Allah " jawab Mumtaz.

Itu sahaja yang mampu dijawabnya. Entahlah dia sendiri tidak pasti dengan perasaan Ashraf terhadapnya. Lelaki itu tidak pernah meluahkan perasaannya. Dia lebih suka memendam.

Mumtaz akui dalam diam hatinya sudah terpaut pada Ashraf. Ashraf lain daripada yang lain. Dia ada tarikan yang tersendiri.

???

Ashraf menolak daun pintu bilik. Kakinya diatur masuk ke dalam bilik. Dia memandang Mumtaz yang sedang duduk di atas katil sambil menyelak helaian majalah.

Ashraf mendekati Mumtaz. Punggungnya dilabuhkan di birai katil.

" Baca apa tu? " soalnya.

" Majalah " jawab Mumtaz sepatah.

Ashraf mengangguk kecil.

" Boleh aku cakap dengan kau sikit? ".

" Apa dia? " .

" Aku nak minta maaf sekali lagi dengan apa yang dah jadi. Tapi aku langsung tak ada niat Taz " .

Mumtaz diam.

" Sebenarnya ada benda lagi penting aku nak beritahu kau " .

Jantung Mumtaz berdegup laju.

" Apa? " soal Mumtaz.

" Aku cintakan kau. Demi Allah aku dah mula cintakan kau Taz. Aku tahu aku kasar, tak romantik. Tapi inilah diri aku. Aku harap sangat kau boleh terima segala kekurangan aku " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience