Part 17

Romance Completed 17361

Sayup-sayup azan subuh kedengaran menyedarkan Mumtaz daripada tidur lenanya.

Sebaik mata dibuka, dia melihat wajah Ashraf betul-betul di hadapannya. Wajah yang sedang lena tidur itu ditatap lama.

" Hensem tapi sayang kasar " katanya perlahan.

Mumtaz baru perasan ada parut kecil di kening kiri Ashraf. Parut budak nakal. Parut di keningnya itu membuatkan wajah Ashraf lebih kacak.

Puas memerhati wajah Ashraf, Mumtaz bangun untuk membersihkan diri dan menunaikan solat subuh.

???

Subuh pagi ini,mereka solat berjemaah di rumah dan Ashraf yang akan menjadi imam.

Ini kali pertama Mumtaz solat jemaah bersama Ashraf. Selama mereka kahwin, masing-masing solat sendiri sahaja.

Mumtaz tergamam mendengar bacaan surah yang keluar daripada mulut Ashraf. Sungguh merdua dan tenang saja apabila didengari.

Selesai solat, Mumtaz terus menyalami tangan Nek Mah. Ashraf menghulurkan tangannya pada Mumtaz selepas dia menyalami tangan Nek Mah.

Mumtaz teragak-agak untuk menyambutnya. Akhirnya dia menyambut juga. Serentak itu Ashraf terus mencium dahinya.

Nek Mah hanya tersenyum melihat pasangan itu.

" Nenek doakan semoga rumah tangga kau orang berdua kekal hingga ke jannah " .

" Terima kasih nenek " ucap Mumtaz.

" Nenek, Ash rasa kan bilik Ash tu ada something lah nek " beritahu Ashraf.

" Apa benda pulak? " soal Nek Mah.

" Ash tengah syok tidur, tiba-tiba rasa macam diperhatikan. Ada orang tenung jer muka Ash ni. Ash tahu lah Ash hensem kan tapi dia tenung lama nenek " .

Mumtaz sudah tidak tentu arah. Dia yakin sekali Ashraf sedang bercakap soalnya. Aduh kantoi pulak dengan mamat ni. Merah wajahnya kerana malu. Rasa mahu menyorok di dalam telekung yang dipakainya itu.

" Eh kamu ni Ash, ada-ada jer lah " .

Nek Mah dan Ashraf ketawa. Mumtaz pula hanya tersenyum kelat.

???

" Taz boleh masak? " soal Nek Mah.

Ketika itu mereka di dapur untuk memasak hidangan makan tengahari.

" Err sebenarnya Taz memang tak reti masak nek. Tapi kalau nenek ajar, insya Allah boleh " jawabnya.

Nek Mah hanya tersenyum mendengar jawapan Mumtaz.

" Takpa semua tu boleh belajar. Mel pun dulu nenek yang ajar sebab tu dia pandai memasak. Memasak ni senang jer sebenarnya. Tapi kita sebagai orang perempuan ni kena lah masak untuk pikat perut suami " .

Mumtaz mengangguk. Ashraf cakap pasal Emel, nenek pun cakap pasal Emel. Hebat betul si Emel ni.

" Nenek ajar Taz boleh? " .

" Mestilah boleh " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience