Part 19.

Romance Completed 17361

Ashraf mundar-mandir di hadapan bilik rawatan kecemasan. Dia risau dengan keadaan Mumtaz. Jika apa-apa terjadi pada gadis itu, dia tidak akan maafkan dirinya. Semuanya salahnya. Andai sahaja dia tidak meningalkan Mumtaz, pasti perkara ini tidak akan terjadi.

" Ash, bawa bertenang. Kita sama-sama doakan Taz selamat ya " .

" Ni semua salah I Mel. Kalau lah I tak abaikan dia. Semua ni takkan jadi " .

" Ash ni salah I jugak. Benda dah nak jadi. Sekarang ni kita berdoa semoga Allah selamatkan Taz " .

Ashraf mengangguk perlahan. Sungguh dia benar-benar risaukan Mumtaz.

???

Ashraf memandang wajah Mumtaz. Wajah yang sedang lena itu di pandang lama. Mujurlah kecederaannya tidak teruk. Hanya luka di kepala dan kakinya retak.

Rasa bersalah menggunung di hati Ashraf. Emel disuruh pulang ke rumah dahulu untuk memberitahu nenek tentang Mumtaz. Dia tidak mahu nenek pula risaukan mereka semua.

Lagipun esok akan berlangsungnya kenduri kesyukuran di rumah nek Mah. Banyak persiapan yang perlu disiapkan.

Mumtaz mula sedar. Sebaik dia membuka mata dia melihat Ashraf berada di depannya dengan wajah yang risau.

" Taz? Kau dah sedar? Alhamdulillah terima kasih Ya Allah " Ashraf mengucap syukur.

Mumtaz memegang kepalanya yang agak pening sedikit.

" Taz kau okay? Sakit lagi? Aku minta Taz. Semua ni salah aku. Kalau lah aku tak tinggalkan kau, semua ni tak kan jadi. Maafkan aku Taz " berulang kali Ashraf mengucapkan kata maaf.

Mumtaz diam. Dia sebenarnya masih marahkan lagi dengan Ashraf. Ini semua berpunca daripada Ashraf. Andai sahaja Ashraf tidak meninggalkannya. Ashraf bukannya tidak tahu Mumtaz memang tidak reti melintas. Lagi-lagi apabila kereta lalu-lalang banyak dan dia terburu-buru mahu mengejar Ashraf ketika itu.

" Taz tolong jangan diam macam ni. Maafkan aku. Please Taz. Kalau kau nak marah aku, marahlah. Aku tak kisah tapi tolong jangan diam macam ni " rayu Ashraf.

" Saya nak berehat. Tolong jangan ganggu saya " Mumtaz bersuara juga akhirnya.

" Taz.." .

" Tolong jangan ganggu saya " ulang Mumtaz sekali lagi.

" Okaylah. Nanti kalau kau nak apa-apa, kau panggil aku. Kau rehat lah dulu. Aku nak pergi solat zohor sekejap " akhirnya Ashraf akur juga.

Mungkin dia perlu memberi Mumtaz masa.

Mumtaz tidak menjawab. Dia terus melelapkan matanya semula. Ashraf pula melangkah keluar daripada bilik Mumtaz dirawat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience