Part 20.

Romance Completed 17361

Setelah dua hari Mumtaz ditahan di hospital, hari ini dia boleh pulang. Sebenarnya dia mahu pulang ketika hari kejadian namun dihalang oleh doktor dan Ashraf. Katanya dia belum sembuh sepenuhnya.

Mumtaz agak terkilan kerana tidak dapat membantu Nek Mah menguruskan kenduri kesyukuran itu. Mujur ada saudara-mara mertuanya yang membantu. Sepanjang dia berada di hospital, Ashraf yang menjaganya siang malam.

Ibu dan ayah mertuanya juga ada datang melawat. Mumtaz menyuruh Ashraf merahsiakan hal ini daripada ibu dan ayahnya. Dia tidak mahu Puan Raihana risau keadaannya.

" Assalamualaikum " .

Ashraf memimpin Mumtaz yang memakai tongkat itu. Disebabkan kaki kanannya retak, dia terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan sehinggalah kakinya sembuh nanti.

" Waalaikumsalam. Haa dah sampai pun cucu-cucu nenek ni. Mari naik " Nak Mah keluar membantu Mumtaz masuk ke dalam rumah.

" Nenek, Taz minta maaf sebab tak dapat nak tolong nenek uruskan kenduri tu " kata Mumtaz sebaik mereka duduk di ruang tamu.

" Tak apalah Taz. Nak buat macam mana, keadaan tak mengizinkan. Nenek faham. Yang penting Taz dah sihat sekarang ni " Nak Mah menggenggam erat tangan Mumtaz.

" Taz dah sihat. Cuma kaki ni jer. Dalam seminggu dua baru baik " .

" Insya Allah nanti sihat lah tu. Nenek risau keadaan Taz tau. Kalau tak disebabkan kenduri tu, memang nenek dah pergi tengok Taz kat hospital. Tapi tak boleh sebab nenek ni tuan rumah. Apa pulak kata tetamu nanti " .

" Tak apa nek. Taz faham. Benda dah nak jadi kan " .

" Iyalah. Yang penting semuanya selamat " .

Ashraf hanya menjadi pendengar. Sesekali dia menjeling sekilas ke arah Mumtaz. Hubungan dia dan Mumtaz masih dingin. Mungkin kerana Mumtaz masih marahkan dia.

???

Mumtaz duduk di pangkin hadapan rumah Nek Mah sendirian untuk mengambil angin petang.

Ashraf menghantar Nek Mah ke kampung sebelah. Katanya hendak pergi kenduri kawannya. Mumtaz malas mengikut. Walaupun puas diajak oleh Ashraf dan Nek Mah.

" Assalamualaikum " .

Mumtaz menoleh.

" Waalaikumsalam " jawabnya.

" Boleh Mel duduk sekali ? " soal Emel.

" Duduklah " jawab Mumtaz sepatah.

" Taz, actually Mel nak minta maaf dengan Taz. Ya I know semua benda ni jadi pun berpunca daripada Mel sendiri. Mel minta maaf ya? " pinta Emel.

" Takpalah Mel. Benda dah lepas. Taz okay jer " .

" Taz marahkan Mel ke? Kalau Taz marahkan Mel, takpa Mel terima. Tapi tolong jangan marahkan Ash. Dia tak salah " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience