Part 5.

Romance Completed 17361

Mumtaz terjaga daripada lenanya. Terasa seperti ada sesuatu yang melingkar di pinggangnya.

Terbuntang mata Mumtaz saat melihat Ashraf di sebelahnya yang sedang lena tidur. Tangannya pula selamba memeluk pinggang Mumtaz.

Mumtaz pantas menolak tangan Ashraf.

" Ash! Ash! " tubuh Ashraf digoncang kasar.

" Apa Taz? " soal Ashraf dalam keadaan mamai.

" Awak buat apa kat saya semalam ha? Macam mana saya boleh ada kat atas katil? " soal Mumtaz.

Ashraf melelapkan matanya semula.

" Ash bangun! Saya tengah tanya awak ni. Jawablah " Mumtaz menampar lengan Ashraf.

" Aduhh kau ni kacau betul lah " Ashraf terus bangun.

Rambutnya yang serabai digaru-garu.

" Haa kau tanya apa tadi? " soalnya.

" Macam mana saya boleh ada kat atas katil? Awak buat apa dekat saya semalam? " .

" Aku ni tak adalah kejam sangat. Aku tengok kau tidur atas sofa tu kesian pulak. Aku dah kejut kau suruh tidur atas katil, tapi kau tu yang tidur mati. Aku campak jer lah kau atas katil. Lagi satu, aku tak buat apa-apa pun. Kau ingat aku ni perogol bersiri ke? Kalau aku buat apa-apa kat kau pun, tak salah. Aku ada hak sebagai seorang suami. Tapi aku bukan lelaki yang ambil kesempatan " Ashraf terus turun daripada katil.

Tuala mandi yang tergantung dicapai. Langkah kaki diatur ke kamar mandi.

Mumtaz terkesima seketika. Sungguh mendalam kata-kata yang keluar daripada mulut Ashraf.

Bukannya dia tidak mahu menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri, dia masih belum bersedia. Mereka kahwin pun setelah 6 bulan mereka kenal. Tiada majlis perkahwinan. Hanya ada kenduri kecil-kecilan sahaja selepas akad nikah.

???

" Jaga diri ya Taz. Jangan nakal-nakal. Ingat pesan ibu, jangan lawan cakap suami. Faham? " .

Mumtaz mengangguk perlahan.

" Iya ibu. Taz faham. Ibu jaga diri jugak. Nanti bila Taz free, Taz balik sini ya? " .

" Iyalah " bahu anak bongsunya itu diusap perlahan.

" Ibu, abah kita orang gerak dulu ya. Takut jam pulak kalau bertolak lewat. Insya Allah nanti ada masa, Ash bawak Taz balik sini " .

Puan Raihana dan Encik Halim mengangguk perlahan.

" Hati-hati memandu tu. Nanti dah sampai jangan lupa telefon ya " pesan Puan Raihana.

" Okay ibu. Jom Taz " ajak Ashraf.

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam kereta.

" Bye ibu, abah " Mumtaz melambaikan tangannya.

" Sudahlah tu " tegur Ashraf.

Kereta sudah bergerak pun Mumtaz masih melambaikan tangannya.

" Biarlah sibuk jer " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience