Part 10.

Romance Completed 17361

Selepas makan, Ashraf terus memandu ke pasaraya tesco untuk membeli barang dapur.

Dulu waktu dia tinggal sendirian, jarang dia memasak. Hanya ketika hujung minggu sahaja memandangkan dia sentiasa sibuk ketika hari bekerja. Jadi Ashraf selalu membeli makanan di luar sahaja.

" Ash " panggil Mumtaz.

" Hmm " Ashraf sibuk memilih sayur-sayuran segar.

" Awak beli banyak-banyak ni, siapa yang nak masak? " soal Mumtaz.

Ashraf menoleh. Dia memandang Mumtaz.

" Kau lah. Kau kan isteri aku. Tanggungjawab kau masak makanan untuk aku " jawabnya.

" Tapi saya... " .

" Tak reti masak? " teka Ashraf.

Mumtaz mengangguk perlahan. Puas sudah Puan Raihana membebel kepadanya agar belajar memasak, namun Mumtaz hanya buat tidak tahu. Katanya lepas kahwin boleh belajar.

" That's not my problem " jawab Ashraf.

" Ash, saya memang tak reti masak " .

" So? Belajar lah. Cuba berusaha sikit. Bukannya asyik mengeluh " .

" Tapi... " .

" Jom kita cari ikan segar pulak " Ashraf terus memotong kata-kata Mumtaz.

Troli ditolak menuju ke tempat lauk basah.

" Hishh dia ni " lambat-lambat Mumtaz mengikut langkah Ashraf.

???

" Ashraf! " tegur seorang gadis.

Ashraf dan Mumtaz terus menoleh ke arahnya.

" Emel? " .

" Yup that's me. How are you? " soal gadis itu.

" Fine. You? " .

" Yaa i'm fine too. I dengar you dah kahwin " .

" Ha'ah. Dah seminggu. I tak buat majlis just buat kenduri kecil-kecilan jer " terang Ashraf.

Mumtaz hanya menjadi pemerhati. Sesekali dia menjeling sekilas ke arah gadis yang bernama Emel itu.

" Oh ya I see. That's your wife? " soalnya sambil memandang ke arah Mumtaz.

" Yup. Kenalkan, Mumtaz " .

Emel tersenyum memandang Mumtaz.

" Hai Mumtaz " .

" Hai " balas Mumtaz.

" Oh ya Emel, nenek sihat? I dah lama tak balik kampung " soal Ashraf.

" Alhamdulillah nenek sihat. Dia pun dah banyak kali tanya pasal you tau. Nanti cuti you balik lah. Hujung bulan ni nenek nak buat kenduri kesyukuran sikit, jangan lupa balik " .

" Okay insya Allah. Nanti ingatkan I, takut I terlupa pulak " .

" Okay no problem. Mesti nenek tak sabar nak jumpa cucu dan cucu menantu dia ni " .

" Tu lah. I rindu sangat kat nenek. Terlalu busy. I nikah hari tu pun terburu-buru so memang tak sempat. Tapi mama dah inform dekat nenek " .

" Yaa. I pun actually terkilan sebab you kahwin tak beritahu I pun " kata Emel dengan nada kecewa.

" I'm so sorry Mel. Okaylah I gotta go. Next time jumpa lagi. Bye " .

" Okay bye " .

Mumtaz tersenyum kecil pada Emel sebelum berlalu mengikut langkah Ashraf.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience