Part 18.

Romance Completed 17361

" Ash, tolong pergi pasar belikan barang-barang ni ya " nenek menghulurkan sehelai kertas yang tertulis senarai barang untuk dibeli.

Esok akan berlangsungnya kenduri kesyukuran di rumah Nek Mah. Jadi hari ini mereka ingin membuat persiapan.

" Okay nek boleh. Sekejap lagi Ash pergi " .

" Mel nak ikut! " kata Emel yang baru keluar daripada dapur.

Emel baru sampai pagi tadi. Semalam dia bertolak daripada KL ke Pahang.

" Boleh. Lagipun I mana tahu sangat barang-barang yang nenek suruh beli ni " jawab Ashraf.

Mumtaz hanya diam. Dia malas mahu menyampuk. Eloklah si Emel ni ikut. Dia bukannya selalu ke pasar. Banyak sayur-sayuran yang dia tidak kenal.

???

" Ash jom " Emel menarik tangan Ashraf pergi ke bahagian sayur.

Mumtaz ditinggalkan terkulat-kulat.

" Memang aku ni tunggul pun kan. Yang si Ash ni pun satu, tinggalkan aku macam tu jer. Kalau tahu jadi macam ni, lebih baik aku tak payah ikut. Buang masa jer " bebel Mumtaz sendirian.

Matanya melilau mencari Ashraf dan Emel namun tiada.

" Aduh mana pulak dia orang ni? Memang nak tinggalkan aku kat pasar ni kenapa? " langkah kaki diatur mencari Ashraf dan Emel.

Ternganga luas mulutnya saat melihat Ashraf dan Emel sudah melintas jalan menuju ke arah kereta.

" What? Dia orang lupa ke aku ikut sekali? " .

Mumtaz terus melintas tanpa melihat kiri kanan dahulu.

" Arghhhh! " .

Tubuhnya terus tercampak di atas jalan raya.

Darah merah mengalir di kepalanya. Ketika itu ramai orang datang kepadanya. Pandangannya mula gelap. Mumtaz terus tidak sedarkan diri.

???

Selepas memasukkan barang-barang yang di beli ke dalam bonet kereta. Mata Ashraf melilau mencari Mumtaz. Dia terlupa Mumtaz juga mengikut mereka.

" Mel, Taz mana ea? " soalnya.

Emel juga seperti baru teringatkan sesuatu.

" Ha'ah lah Ash, Taz ada kat pasar lagi kot. Jom kita cari dia " .

Ashraf melihat ramai orang berkumpul di tengah-tengah jalan raya.

" Tu kenapa tu? " hatinya mula risau.

" I rasa ada kemalangan tu. Jom lah kita pergi tengok lepastu cari Taz sekali " .

Ashraf mengangguk setuju. Mereka berdua terus ke tempat kemalangan berlaku untuk melihat apa yang terjadi.

" Kenapa ni cik? " soal Emel pada seorang perempuan yang berada di situ.

" Kemalangan. Kereta tu langgar seorang perempuan " jawabnya.

Ashraf terkejut melihat perempuan yang terbaring di tengah jalan itu.

" Taz! " jeritnya.

Emel juga turut terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience