Part 8.

Romance Completed 17361

" Amboi bukan main mamat tu pandang kau " perli Ashraf.

" Tak adalah mana ada " sangkal Mumtaz.

" Kau buat apa kat luar ni? " soal Ashraf.

" Saya nak ambil beg lah. Nak mandi tapi baju saya semua ada dalam beg ".

" Ohh " kepala di anggukan.

" Oh jer? Awak tak nak tolong saya angkat beg saya masuk dalam rumah ke? " soal Mumtaz.

" Tu beg siapa? " .

" Beg saya lah " .

" Haa beg kau. Kau angkat lah sendiri. Bye " Ashraf terus berlalu masuk ke dalam rumah semula.

Mumtaz mengetap giginya.

" Tak berperi kemanusiaan langsung. Bukannya nak tolong, dia boleh cakap bye? " rungut Mumtaz.

Terpaksa dia mengangkatnya sendirian. Sudah lah beg pakaikannya banyak. Nampaknya dua tiga kali juga dia harus mengulang alik membawa beg nya masuk ke dalam rumah.

???

Selepas siap mengemas pakaiannya dan menyusun ke dalam almari, Mumtaz merebahkan badannya di atas katil seketika.

Pinggang-pinggangnya lenguh kerana mengangkat beg pakaian berat bawa ke biliknya.

Mumtaz memegang perutnya. Berbunyi kerana lapar. Dia baru teringat yang dia hanya menjamah makanan ketika sarapan di rumah ibu sahaja. Patutlah lapar.

Langkah kaki diatur ke bilik Ashraf.

Tok..tok...

Tiada sahutan.

Tok...tok..

Mumtaz mengetuk lagi.

Masih juga tiada sahutan.

" Okay ni yang last. Kalau tak ada sahutan jugak, kita redah " katanya sendiri.

Tok..tok..

Masih sama. Tiada sahutan. Mumtaz terus memulas tombol pintu bilik Ashraf. Kakinya melangkah masuk ke bilik lelaki itu.

Ketika itu juga Ashraf yang baru selesai mandi keluar daripada kamar mandi dengan hanya memakai tuala sahaja. Rambutnya yang masih basah membuatkan wajahnya kelihatan begitu kacak.

" Arghhhh! Awak kenapa tak pakai baju? " soal Mumtaz.

Matanya pantas ditutup menggunakan kedua-dua belah tangannya.

Ashraf juga terkejut dengan kehadiran Mumtaz di dalam biliknya.

" Yang kau masuk bilik aku kenapa? Ni bilik aku, so aku boleh buat apa saja. Tak pakai apa-apa pun boleh " .

" Ashraf! " .

Ashraf ketawa terbahak-bahak. Dia mendekati Mumtaz.

" Kau nak apa datang bilik aku? Dah bersedia nak jalankan tanggungjawab kau sebagai seorang isteri ke? " bisiknya di telinga Mumtaz.

Terbuntang mata Mumtaz mendengarnya. Dia membuka terus matanya yang terpejam. Semakin terkejut apabila melihat Ashraf betul-betul di hadapan wajahnya sambil tersenyum.

Ashraf semakin galak menyakat Mumtaz. Dia sengaja mendekati Mumtaz lebih rapat.

" Ash, awak nak buat apa ni? " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience