Part 1.

Romance Completed 17361

Ashraf membelek bibirnya yang luka akibat terlanggar dengan kepala Mumtaz saat sesi pembatalan air sembahyang tadi. Saat dia ingin mengucup dahi Mumtaz, Mumtaz segera mengelak. Akhirnya bibirnya yang terluka.

" Sakit sangat ke? " soal Mumtaz.

Ashraf menoleh. Dia tersenyum sinis.

" Kau boleh tanya sakit sangat ke? Of course lah sakit kena kepala kau yang keras macam batu tu " marah Ashraf.

" Hey, excuse me. Awak yang gatal sangat nak cium dahi saya kenapa? Salah awak lah. Nak tuduh saya pulak " balas Mumtaz.

" Dah memang kau yang salah. Cik Mumtaz, kalau tak disebabkan abang photographer tu yang suruh aku cium kau tak ada maknanya aku nak cium lah " .

" Haa salahkan lah abang photographer tu. Kenapa nak salahkan saya pulak? " .

Ashraf menjeling sekilas ke arah Mumtaz. Haishh budak kecik ni, kalau aku telan hidup-hidup baru dia tahu.

" Kepala dah lah keras macam batu " ngomel Ashraf di hadapan cermin.

" Dia yang salah lepastu nak salahkan orang pulak " jawab Mumtaz.

" Eh kau nak pergi mana tu? " soal Ashraf sebaik melihat Mumtaz melangkah ke kamar mandi.

" Nak pergi bilik air lah. Takkan nak pergi syurga pulak " .

" Amboi-amboi kau gurau kasar dengan aku? Aku ni suami kau, kau tahu tak apa hukumnya kalau jawab dengan suami macam tu? Kau pergi kursus kahwin ke tak ni? " .

" Habis tu awak tanya saya soalan bodoh. Awak dah nampak saya nak masuk dalam bilik air, awak tanya lagi " .

" Tunggu sekejap. Aku belum habis cakap dengan kau lagi ni " .

" Apa dia? " soal Mumtaz.

" Aku tak nak parents kita tahu yang kita ni tak sehaluan. Depan dia orang kita pura-pura yang kita ni pasangan paling bahagia " .

Mumtaz mengerutkan dahinya.

" Tu kan dikira menipu? Saya tak nak menipu. Berdosa. Lagi-lagi tipu parents. Awak tak sekolah ke dulu? " .

Ashraf menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

" Aduh kenapalah kau ni bendul sangat. Kita tipu sebab terpaksa. Kau nak ke dia orang tahu yang kita ni tak sehaluan? " .

" Dah lah saya malas layan awak. Saya panas pakai gaun pengantin ni. Nak pergi mandi " baru sahaja Mumtaz ingat melangkah, lengannya ditarik oleh Ashraf.

" Eiii lepas lah, saya nak pergi mandi" marah Mumtaz.

" Aku belum habis cakap lah. Cuba kau dengar ' suami ' kau ni cakap dulu" sengaja ditekankan perkataan suami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience