Part 13.

Romance Completed 17361

Mumtaz menjadi pemerhati Ashraf sejak daripada tadi. Lelaki itu seperti masterchef sahaja. Semua benda dia tahu buat.

Terasa malu pula kerana Ashraf lebih tahu memasak daripada dia sendiri.

Raut wajah Ashraf yang kacak itu direnung lama. Sesiapa sahaja yang melihat wajah Ashraf pasti akan jatuh cinta.

Tapi sayang, Ashraf seorang yang kasar. Tidak pandai langsung untuk mengambil hati apatah lagi memujuk.

" Kau tengok aku kenapa? " soal Ashraf.

Mumtaz pantas melarikan matanya memandang ke arah lain. Kantoi pulak.

" Ma..mana ada " jawabnya.

" Awak memang dah biasa memasak ke Ash? " soal Mumtaz.

" Boleh tahan lah. Dulu waktu aku tinggal seorang, aku rajin jugak masak. Selalu tengok kat youtube. Tak pun, Mel yang ajar aku " .

" Mel? Emel tu ke ? " soal Mumtaz.

" Ha'ah. Dia pandai masak tau. Masakan dia memang tip top. Power " puji Ashraf.

Entah kenapa Mumtaz tidak suka apabila Ashraf menyebut nama Emel. Huh nama dah macam E-mail jer.

Mungkinkah dia cemburu? Oh no memang tak lah.

" Kau boleh tolong aku potong kan carrot ni? " .

" Boleh " Mumtaz mengangguk.

Mumtaz mengambil pisau dan terus memotong beberapa batang carrot. Sementara Ashraf pula sedang membasuh ikan.

" Sorry Ash. Tak pasal-pasal awak yang kena masak pulak " .

" Takpa. Aku pun dah lama tak memasak ni. Hujung minggu ni kita balik rumah nenek aku ya " .

" Kat mana? " .

" Pahang " .

Mumtaz mengangguk.

" Kau tahu tak Taz, lauk yang aku nak masak ni resepi special daripada Mel tau. Mel tu banyak resepi-resepi yang best. Untung lah bakal suami dia nanti. Cantik, pandai masak. Bekerja pulak tu " cerita Ashraf.

Mel, Mel, Mel. Tak habis-habis Mel.

" Aduhh " Mumtaz cepat-cepat melihat jarinya yang sudah terhiris.

Ashraf menoleh.

" Kenapa tu? " soalnya cemas.

" Jari saya terkena pisau " Mumtaz meniup jarinya.

" Taz, aku suruh kau potong carrot jer. Bukannya potong jari. Meh sini aku tengok " Ashraf mendekati Mumtaz.

Jari Mumtaz dibelek-belek seketika.

" Besar jugak luka ni. Pergi basuh darah ni dulu, sekejap aku ambilkan first aid kit " arah Ashraf.

Mumtaz hanya menurut. Walaupun pedih apabila terkena air.

Entah macam mana dia boleh terhiris jarinya sekali. Ashraf lah ni. Tak habis-habis cerita pasal si E-mail tu. Eh silap Emel.

Ashraf datang semula sambil membawa kotak first aid kit.

" Meh aku balutkan luka tu " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience