Part 22.

Romance Completed 17361

" Tapi aku akan cuba jadi suami yang baik untuk kau Taz. Aku manusia biasa yang banyak kekurangannya. Aku harap kau dapat lengkapi aku dengan kelebihan kau. Dan kita akan saling melengkapi. Aku tak pandai nak berpuitis atau buat benda-benda yang romantik sebab diri aku bukan macam tu. Jiwa aku memang kasar. Tapi percayalah, dalam hati aku cuma ada kau " luah Ashraf.

Matanya yang redup tepat memandang mata Mumtaz. Mumtaz terkesima mendengar luahan suaminya itu.

" Aku tak pernah cintakan mana-mana perempuan macam aku cintakan kau. Kau dah curi hati aku Taz " sambungnya lagi.

Tangan kanan Mumtaz diambil dan diletakkan di dadanya.

" Dan aku berharap kau jugak rasa yang sama macam aku rasa Taz " .

" Saya..saya pun cintakan awak Ash " jawab Mumtaz.

Terukir senyuman manis di bibir Ashraf apabila mendengar jawapan Mumtaz. Ternyata dia tidak bertepuk sebelah tangan.

" Walaupun perkahwinan kita tak sama macam orang lain, aku akan buktikan yang kita pun boleh bahagia jugak " .

Mumtaz mengangguk perlahan.

" Terima kasih sebab percayakan aku. Janji dengan aku yang kita akan harungi segala suka duka dalam rumah tangga kita sama-sama? Walau apapun terjadi jangan pernah tinggalkan aku " .

" Saya janji " air mata kegembiraan Mumtaz mengalir perlahan.

Ashraf terus menarik Mumtaz ke dalam pelukannya.

" Aku sayangkan kau " .

???

4 bulan kemudian...

Jari Mumtaz berulang kali mendail nombor Ashraf. Tapi sekali pun dia tidak menjawab panggilan.

Mumtaz perasan sejak dua minggu ini Ashraf selalu pulang lewat dan sebaik pulang ke rumah dia terus tidur.

Entah kenapa Ashraf berubah sampai begitu sekali Mumtaz sendiri tidak tahu puncanya. Rasanya hubungan mereka baik-baik sahaja sebelum ni.

Telefon bimbit Mumtaz berbunyi menandakan ada whatsapp masuk. Dia mula teruja kerana menyangka mesej itu daripada Ashraf.

Namun hampa apabila melihat mesej itu daripada Emel.

Emel
Hai Taz. Taz ada kat mana tu?

Me
Hai. Ada kat rumah. Why?

Emel
Mel nak ajak Taz pergi suatu tempat. Taz siap-siap dulu ya. Sekejap lagi Mel datang jemput Taz.

Me
Okay. ??

Mumtaz terus bersiap. Dia memakai dress labuh dan cardigan. Malas mahu bersiap. Lagipun dia tiada mood untuk keluar.

Hendak menolak, tidak sampai hati pula kecewakan permintaan Emel. Jarinya pantas menaip mesej untuk dihantar kepada Ashraf.

My Hubby ?
Awak, saya keluar dgn Mel ya.

Share this novel

Miss_Nisa_Izza {^~^}
2021-10-27 10:17:46 

ada sambungan ke


NovelPlus Premium

The best ads free experience