Part 4.

Romance Completed 17361

" Taz jangan cakap macam tu. Allah dah tentukan jodoh kita. Insya Allah akak akan doakan semoga rumah tangga Taz kekal hingga ke jannah " bahu Mumtaz diusap perlahan.

" Terima kasih kak " .

" Sama-sama. Akak masuk dalam dulu ea. Taz jangan duduk luar ni lewat-lewat pulak. Pengantin baru kan " sempat Widya mengusik.

Mumtaz hanya tersenyum kelat.

" Semoga semuanya dipermudahkan Ya Allah " .

Mumtaz melihat jam di telefon pintar nya. Sudah jam 11.45. Matanya juga sudah mengantuk kerana letih melayan tetamu siang tadi.

Langkah kaki diatur ke biliknya. Sebenarnya dadanya berdebar kerana malam ini adalah malam pertama dia sebilik dengan Ashraf.

???

" Haaaaa " sergah Ashraf di muka pintu sebaik Mumtaz membuka pintu biliknya.

" Oh mak kau " Mumtaz memegang dadanya. Hampir luruh jantungnya kerana terkejut.

Ashraf ketawa terbahak-bahak melihat reaksi Mumtaz.

" Awak ni kenapa ha? Nak suruh saya mati terkejut ke apa? " marah Mumtaz.

" Alah gurau pun tak boleh. Sikit-sikit nak marah cik embun ni " .

" Saya Mumtaz bukan cik embun " .

" Sama jer lah tu " Ashraf menghempaskan tubuhnya di atas katil dengan wajah selamba.

" Eh siapa suruh awak tidur atas katil saya? " soal Mumtaz.

" Habis tu takkan aku nak tidur kat bilik air pulak " .

" No. Awak tak tak boleh tidur atas katil. Tidurlah mana-mana sudut dalam bilik ni yang awak nak. Asalkan bukan atas katil. Katil tu saya punya " .

" Kruhhh kruhh " Ashraf sengaja membuat bunyi dengkuran.

Mumtaz mencapai sebiji bantal kecil lalu dibaling ke arah Ashraf.

" Jangan main-main lah Ashraf! " marahnya.

" Siapa yang main-main? Aku tengah tidur ni. Kau yang baling-baling bantal. Nak ajak main bantal ke? " .

" Arghhh kenapa lah awak perlu muncul dalam hidup saya? " .

Mumtaz mengambil sebiji bantal lalu dia membaringkan badannya di atas sofa. Terpaksalah dia tidur di atas sofa malam ini.

Nak tidur sebelah Ashraf? Memang tak lah. Cari nahas namanya.

Mumtaz melelapkan matanya. Walaupun hakikatnya dia tidak rela tidur di atas sofa.

" Adoii kesian pulak dengan dia " Ashraf melangkah mendekati Mumtaz yang sudah lena tidur.

" Taz, Taz " tubuh Mumtaz digoncang perlahan.

" Hmm " jawab Mumtaz. Matanya masih terpejam.

" Aduhh tidur mati minah ni. Orang kejut tak nak bangun " bebel Ashraf.

Dia terus mencempung tubuh Mumtaz lalu diletakkan di atas katil.

Memandangkan matanya juga sudah mengantuk, Ashraf terus tidur di sebelah Mumtaz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience