BAB 36

Romance Completed 13446

Puas berbelanja sakan sampai naik lenguh kaki, aku menapakkan kaki ke kedai cincin pula. Nak meneman si Noah penyangak ni. Katanya, ada hal sikit kat kedai cincin tu. Hal apa? Entah. Tak ada pula aku nak ambil tahu. Malas. Mungkin dia nak melamar awek dia kot. Hah, baguslah begitu. Cegah maksiat, ya tak?

“Nina, sini sekejap..” panggil Noah yang sedang sibuk membelek cincin itu. Leka betul. Sampaikan Cik Cashier mengusyar muka kacak dia pun, dia boleh tak perasan. Dalam keterpaksaan, aku menurut juga – menghampirinya. Sekali sekala mata ini menjeling cincin-cincin yang dibeleknya. “Ada apa?”

“Cuba pakai cincin ni..” arahnya mendatar. Terjongket kening aku untuk seketika. Pelik. “Nak buat apa pakai cincin ni? Saya bukannya nak…”

“Pakai ajelah.” Tap! Terus cincin platinum itu disarung ke jari manisku. Langsung tak menunggu sebarang jawapan daripadaku. Tersentak aku dibuatnya. Terkejut. Terdiam lima saat juga. Pada masa yang sama, mata tak lepas memandang cincin platinum itu.

Fuhlamak.. Cantik siot. Bertatahkan batu zamrud. Berhiaskan kilauan emas putih. Cantik gila. Mengalahkan cincin kahwin lagaknya. Mana taknya, berkilau tahap tak ingat. Hmm.. mesti mahal ni. Mesti harga dia boleh dapat BMW sebuah ni.. Huh! Membazir betul. “Nah.. it suits you well. Very well!” puji Noah melambung. Merah padam muka aku dibuatnya. Malu.

“Alright dear, I nak cincin ni. Kirakan ya,” Selamba Noah bersuara. Langsung tak mempedulikan riak wajahku yang jelas berubah. Terkejut. Tergamam. Terkedu. Rasa macam nak terkencing pun ada.

Oh My God, dia belikan cincin platinum ni untuk aku ke? Biar betik?! Err tapi.. takkan lah. Mustahil. Mimpi apa dia nak bagi aku cincin ni? Mimpi menikah dengan aku ke? “Cincin ni.. untuk saya ke?” Takut-takut aku bertanya. Karang kalau tersilap tanya, tak tentu pasal kena sembur pula. Huh!

Noah pandang aku. Serius. Dapat aku rasakan aura nak mengamuk di wajahnya. Namun, dia sekadar menghela nafas tenang. “Kau rasa aku beli cincin ni untuk awek cashier tu ke?” sindirnya lagi. Memang Noah banyak menyindir aku harini. Nak tak nak, terpaksalah aku menelannya. Aku geleng perlahan. “Then? Apasal tanya? Sengaja nak sakitkan hati aku?”

“Err.. bukan. Saya bukannya nak sakitkan hati Encik Noah. Erk, saya cuma.. cuma..”

“Cuma apa?” Laju Noah memotong. Tak tahan dengan gagap aku barangkali. Aku senyum. “Cuma..

curious. Yalah, takda angin, takda ribut, tiba-tiba aje Encik Noah kasi cincin.. kenapa? Encik Noah nak lamar saya ke?” Cukup berani aku bertanya. Dah tak peduli dah pasal anggapan Noah terhadap aku. Tak kesahlah dia nak mengata aku perasan ke apa. Dah dia yang bikin aku perasan, siapa suruh?

“Kau rasa?” Noah sengaja nak menguji aku. Ada senyuman nakal di bibirnya. Senyuman yang seakan-akan mengejek aku. Aku sekadar beriak selamba. Santai, biarpun taufan di hati sedang melanda. Gemuruh gila. “Entah. Saya rasa Encik Noah nak melamar saya. Tapi bila difikirkan semula, siapalah saya untuk Encik Noah lamar kan? Dah lah mundur, kolot, bibik pulak tu.” Penuh rendah diri aku menjawab. Terpaksa. Nak meninggi diri, tak boleh juga. Karang ada pulak yang kena saiko. Huh.

Noah masih kekal tersenyum. Haih, asyik senyum aje mamat ni. Dah macam Rayyan. Serupa Rayyan. Senyum tak ingat dunia. Musykil pula aku melihat sikap anehnya ini. “Nina.. aku..” Dia berhenti seketika. Cuba untuk mengatur nafas sebelum berkata-kata.

“Aku nak minta maaf pasal tadi. Well, aku sedar.. aku banyak sakitkan hati kau, lukakan perasaan kau. Aku tahu, kau marahkan aku. Kau bencikan aku.. I’m sorry. I didn’t mean to hurt you, to envy you. Maafkan aku?” Cukup ikhlas Noah memohon maaf. Rendah diri. Hilang terus egonya yang melangit itu. Terkaku aku mendengar kata-katanya itu. Membeku.

“Nina, aku..”

“Saya dah maafkan awak. Jadi tak perlulah awak bersusah payah buat semua ni. Siap bagi cincin bagai. Bukannya besar manapun kesalahan awak tu. Err.. setakat menyindir, dah tak berbekas lah dalam hati saya,” ucapku perlahan. Sekadar nak menutup malu. Gila tak malu? Entah sejak bila aku pandai memalu dengan Noah, aku sendiri tak tahu. Hmm.. sejak dia berbaik dengan aku kot?

Dapatku tangkap Noah tersenyum. Sekali lagi? Kenapa dia asyik tersenyum aje ni? Macam ada apa-apa je. Huh, mencurigakan betul. “I’m.. really really glad to know that you’ve forgiven me. Wow, thank you.. But I’m sincerely giving you this ring. I mean.. uh. As a forgiveness, why not right?”

“Tapi ini berlebihan lah, Encik Noah. Cincin? Apa Encik Noah nak memohon maaf sambil melamar ke? 2 in 1 gitu? Huh.. tak perlulah Encik Noah. Tak perlu. Nanti apa pula kata orang, kata Nenda..” Aku tetap berdegil dengan pendirianku. Tetap enggan menerima cincin itu. Masakan aku sudi menerima cincin berjuta itu? Sebagai tanda sudi terima maaf lelaki itu? Gila. Ya, ini semua gila.

“Nina..” Kali ni Noah merenung aku pula. Dalam. Sedalam gelora yang mula menyelinap masuk ke dalam ruang hatiku. Aku terkedu untuk seketika. Kaku. “Your acceptance toward this ring signifies your willingness to forgive me. Do you understand?” Rasa macam ada secebis perasaan halus yang mendiami hatiku kini. Perasaan halus yang menandakan kesenangan aku diperlakukan sebegini.

Ya Tuhan, kenapalah Noah melayan aku seperti ini, sebaik ini? Kenapalah dia asyik buat aku tak senang duduk hari demi hari? Kenapalah dia jadi macam ni? Kenapa? Kenapa? Kenapa? “Biarlah orang nak kata apa pun. Yang penting, hanya kita dengan Tuhan aje yang tahu perkara sebenar. Okay?” tambahnya lagi sebelum tersenyum. Manis sekali.

Aku turut membalas senyuman itu, tanda bersetuju akan keputusannya. Biarpun berat hati, namun, mampukah aku nak menghalang? Nak memberontak? “Okay.” putusku akhirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience