BAB 31

Romance Completed 13446

“NAH..” Tali leher berwarna ungu pekat dicampakkan kepada aku. Tersentak lima saat aku melihatnya. Terkejut. Tergamam. Tie yang sudah berada di tangan aku pandang, sebelum kembali memandangnya.

“Buat apa bagi saya ta..”

“Pakaikan.” Terus termati kata-kataku gara-gara dipotongnya. Aku membeku di situ, masih terkejut akan permintaan lelaki itu. Belum habis lagi terkejut pasal bunga tadi, sekarang ni dah terkejut pasal tali leher pulak? Apa pasal banyak sangat benda yang bikin aku terkejut harini? Huh.. nasib baiklah aku tak ada penyakit jantung. Kalau tak, dah mati mengejut agaknya!

“Nina, cepatlah pakaikan. Aku dah lambat ni,” rungutnya pula. Ish, mamat ni. Sesedap Lamb Masala aje dia paksa aku pakaikan tie. Apa dia fikir aku ni bibik dia? Ops, sorry. Tersilap. Apa dia fikir aku ni bini dia? Nak jaga makan minum pakai dia aje? Sampaikan hidup aku pun tak terjaga? Err.. annoying sungguh!

Demi menyahut seruan itu, tali leher di tangan aku pakaikan jua. Perlahan-lahan kaki ini menapak ke hadapan – mendekatinya yang sedang terpacak di depan aku. Pada masa yang sama, ada debaran yang mengocak jiwa. Debaran yang pernah aku rasa sewaktu mendekati Rayyan dulu. Debaran yang membuatkan aku naik gila pagi petang siang malam dulu. Ah, kenapa ni? Kenapa aku berdebar pula ni? “Nak pakaikan tie pun.. menggigil ke?” tegur Noah tiba-tiba, selamba. Pasti hairan melihat tanganku yang jelas menggigil. Menggeletar. Haha.. Nina, Nina. Buat malu aje kau ni. Relakslah.. Relaks!

Penuh hati-hati tali leher aku simpulkan pada lehernya. Sekali sekala halkum yang bergerak itu melekat pada pandangan. Terpandangkan halkum itu, serta-merta fikiranku menerawang jauh. Terkenangkan kisah lalu. Teringatkan seseorang yang pernah aku cinta dulu.

Rayyan.

Sebaris senyuman mula menempel di bibir. Sayu. Entah kenapa minda ini terfikirkan Rayyan, terbayangkan Rayyan, aku sendiri tak tahu. Apa yang pasti, aku cukup rindu akan lelaki itu. Rindu akan senyumannya.. tawanya.. gurauannya.. Kadangkala aku berharap, masa bisa berputar kembali – meletakkan aku di sebalik detik-detik indah bersama Rayyan dulu. Namun, hampa. Kecewa. Semuanya bagaikan sejarah – sesuatu yang takkan berulang lagi sampai bila-bila. Sejarah tetap sejarah.

“What’s crossing on your mind?” soal Noah yang sedari tadi memerhatikan aku. Tersentak aku tak semena-mena. Terkejut. Tak sangka aku sudah berangan jauh. Dan.. tak sangka juga jarak antara kami sudahpun serapat ini. Terpandangkan mata hazelnya yang galak merenungku, pantas aku tunduk – memandang lantai, seraya menjarakkan diri daripadanya.

Kelihatan Noah tersenyum nakal. “Baru tenung sikit, dah cuak ke?” soalnya tanpa rasa serba salah. Seronok dapat mengenakanku. Aku sekadar membatu. Macam tunggul kayu. “Tak.. tak ada lah. Saya tak cuak pun. Just.. tak selesa.”

“Oh.. tak selesa. Dengan Megat Rayyan, selesa pulak ya?”

“Huh?” Terpempan aku untuk seketika. Tercengang. Wajah Noah aku pandang bagaikan tak percaya. Dan semestinya, memang aku tak percaya. Terkejut beruk pun ada. “Err.. awak cakap apa ni, Encik Noah?”

“No.. I’m just saying that you looked pleasantly comfortable with Megat Rayyan. I wonder, korang ada apa-apa ke?” Sinis dia bersuara. Nampak gaya macam cemburu pun ada. Haih.. takkan mamat buaya ni pandai cemburu kot? Dengan aku pulak tu? Huh, memang tak lah! Aku hanya senyum, hormat. “Tak ada lah. Megat Rayyan tu cuma..”

“Cuma apa?” Pantas Noah memotong. Tak puas hati betul lagaknya. Musykil pula aku melihatnya. “Err.. cuma anak bekas majikan saya. That’s all,” bohongku, terpaksa. Tak mahu sekiranya disalah sangka. Karang tak tentu fasal aku dibuang kerja – dituduh cuba menggoda anak teruna orang. Huh! Tak ke naya tu?

“Boleh percaya ke?” Ragu-ragu Noah menyoal. Seolah-olah masih curiga akan jawapanku. Aku angkat bahu. “Terpulang. Saya tak harap pun Encik Noah percayakan saya. Lagipun, siapalah saya untuk Encik Noah percaya..”

“Aku bukannya tak percayakan kau. Aku percaya. Cuma.. I think there’s something fishy between you and him.” Gulp! Something fishy? Apa yang fishynya ni? Err.. nampak ketara sangat ke cara aku pandang Rayyan? Cara seorang gadis memandang si kekasih lama? Nampak sangat ke rindu aku pada dia? Rindu yang telah hadir begitu sekian lama? Ah, sudah! Masak aku dikerjakannya.

“Err.. Encik Noah tak nak masuk ofis ke? Dah lambat dah ni,” soalku tiba-tiba, sengaja. Nak menukar topik semata-mata. Harap-haraplah Noah tak curiga. “Oh yeah, thanks for remind me. Aku pergi dulu, jaga diri. Kalau ada apa-apa, just call me.” ucapnya seraya menghulurkan tangan. Terpinga-pinga aku melihat huluran itu. Tercengang. Riak ‘what the hell brader’ aku tayangkan di wajah.

Bagaikan mengerti akan kemusykilanku, Noah bersuara. “Salam. Takkan tak faham?” sindirnya gila selamba. Tercekik liur di oesophagus aku dibuatnya. Huh, mamat ni.. Nak main salam-salam pulak? Dia fikir, dia siapa? Suami aku yang terchenta? Oh.. please! Tolong sikit. Tak kuasa aku nak bersuamikan dia. Tak sudi. Tak hingin. Bagi free pun aku tak nak lah!

Aku sekadar berlagak selamba – memandangnya tanpa perasaan. Namun, gemuruh di hati boleh tahan lah juga. “Ops, sorry. Awak bukan suami saya.”

“Kau pun bukan isteri aku, apa masalahnya? Salam ajelah. Salam seorang adik kepada seorang abang.” jawabnya masih selamba. Amboi, sedap mulut dia aje nak beradik-abang dengan aku. Apa selama ni dia cuma anggap aku sebagai adik dia je ke? Sebagai adik yang kononnya dipertanggungjawabkan untuk dijaga? Itu sebabnya dia asyik buat baik pada aku? Asyik pedulikan aku? Asyik kesah pasal makan minum aku? Begitu?

Tanpa disedari, ada rasa sebak di hati ini. Pilu. Sedih. Entah kenapa aku bersedih tiba-tiba, aku sendiri tak tahu. Tak pasti. Hmm.. bukan ke sepatutnya aku gembira kerana ada seorang ‘abang’ yang sayangkan aku? Yang pedulikan aku? Yang kesah pasal aku? Bukan ke sepatutnya begitu?

“Adikku sayang, nak salam ke tak ni? Abang dah lambat ni.” Suara mengusik Noah mematikan lamunanku. Terus anak mata ini aku alihkan padanya – memandangnya, dalam. Senyuman pahit aku ukir.

“Tak kesahlah apapun anggapan awak pada saya. Tapi hakikatnya, kita tetap bukan saudara. Awak bukan abang saya, saya bukan adik awak. Kita ajnabi. No skinship, though.” ucapku sebelum mengangkat kaki, meninggalkan Noah sendiri.

Buat pertama kali, Noah hanya mendiamkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience