BAB 33

Romance Completed 13446

SUASANA di meja makan itu membuatkan aku nervous untuk seketika. Mana taknya, hanya batang hidung aku dan Rayyan aje yang kelihatan.

Batang hidung Noah? Entah. Sudah setengah jam aku menanti kemunculan batang hidungnya. Siap bentang karpet merah lagi. Tapi masih.. masih tak kelihatan. Tak muncul-muncul. Apa aku perlu bentang jambatan emas ke?

Dalam diam, selera aku mati. Mati kerana serigala kacak di depanku ini. Mana taknya, wajahnya yang bukan main kacak itu seolah-olah menganggu konsentrasiku untuk menjamu selera. Sungguh, aku tak nafikan kekacakan wajah itu. Handsome bukan main. Ditambah lagi dengan kemeja hitam yang disenseng sampai ke siku. Fuh! Jujur aku katakan, Spaghetti Bolognaise di depan mata ini tidak menarik lagi.

“Sikitnya awak makan, Nina. Awak diet ya?” soal Rayyan tiba-tiba. Sekali sekala mata ambar itu memandang aku. Nak pandang aku terus-terusan, nanti ada pula yang tertelan garfu. Huhu. Aku geleng perlahan, tanda menidakkan. Wajahnya aku pandang, sekilas. “Takda lah. Saya tak diet pun. Cuma.. ehem. Takda selera.”

“Sebab saya?” Serba salah Rayyan menyoal. Mata ini masih dipandangnya. Sekali lagi aku menggeleng sebelum tersenyum. “Nope. Bukan sebab awak. Tapi sebab..”

Sebab saya rindukan awak, rindukan kasih sayang awak, rindukan belaian cinta awak. Saya rindukan awak sangat-sangat dan sememangnya, sebab awak. Sebab awak, selera saya mati.. Mandi saya tak basah.. Tidur saya tak lena.. Semuanya sebab awak.

Malang sekali, ucapan itu hanya terhambur di hati, bukannya di mulut. Kalaulah aku dapat lafazkan kata-kata itu.. Kalaulah Rayyan tahu perasaan aku.. Kalaulah.. “Awak rindukan saya ya?”

Gulp! Liur aku telan, kesat. Pantas aku angkat muka – memandang wajah Rayyan. “Awak rasa?”

“Saya rasa.. tak. Awak tak rindukan saya. Kan?” Sungguh aku rasa macam nak menangis sekarang ni. Rasa macam nak melalak sepuas-puasnya, menjerit sekuat hati. Oh Tuhan, kenapa tiada ikatan batin yang kuat antara kami? Kenapa Rayyan tak rasa apa yang aku rasakan sekarang ni? Aku.. aku rindukan dia, Tuhan. Rindu sangat. Luahku dalam hati.

“Did you receive a bouquet of flowers last morning?” soal Rayyan tiba-tiba. Tersentak aku dibuatnya. Terkejut. “Mana awak tahu?”

Rayyan tersenyum. Manis sekali. “Saya tahulah sebab saya..”

“Sebab awak apa?”

“Awak nak tahu tak siapa bagi bunga tu?” Soalan dibalas soalan. Nampaknya, Rayyan sengaja nak bermain tarik tali. Aku memandangnya tajam. Geram. “Siapa?”

“Kalau awak nak tahu, awak tanyalah diri awak sendiri; siapa yang ada dalam fikiran awak selama ni,” ucapnya cukup romantis. Senyuman manis masih tak lekang di bibir. Anak matanya juga masih setia memanah anak mata ini.

Aku terpempan seketika. Pegun. Beku tubuh aku dibuatnya. Kelu juga lidah aku dikerjakannya. Tak tahu nak beriak seperti apa. Tak tahu juga nak membalas apa. Namun, dalam diam, ada perasaan halus yang mengalir di jiwa. Perasaan yang terlalu sukar untuk diungkap dengan kata. Tanpa disedari, ada cecair jernih yang menitis di pipiku. Hangat. “A.. awak?”

“Kalau memang saya yang ada di fikiran awak, it’s naturally yes.” jawab Rayyan perlahan. Ada getaran di sebalik suara garaunya. Dia pandang aku. “I gave you that roses because.. I wanna you know that my feeling toward you never change, at all.”

Tangan aku dicapainya lalu digenggam kemas. Tersentak aku tak semena-mena. Air mata yang mengalir laju disekanya perlahan. Selamba. Naik segan aku dibuatnya. Perlahan-lahan aku angkat muka, memandangnya. Air mata aku tahan daripada terus pecah. “Sekali saya kata cinta, sampai bila-bila saya takkan lupa, Nina. Dan awak, Nina Aulia..”

Kali ini tangan aku mula diangkat ke bibirnya. Perlahan-lahan tangan ini diciumnya, lembut. Terkedu aku melihat perlakuan beraninya itu. Macam tak percaya. “Awaklah perempuan pertama dan terakhir yang curi cinta saya, selepas mummy saya.”

Terdengarkan perkataan mummy, lantas aku menepis pegangannya. Tersentak Rayyan dibuatnya, namun, dia sekadar beriak tenang. Seakan-akan langsung tak terkesan akan perlakuanku. Aku mula mengangkat punggung. Bangun. Tak betah untuk terus berada di situ. Baru sahaja kaki ini ingin menapak pergi..

“Pergilah ke hujung dunia sekalipun, saya tetap akan kejar.”

“Kejarlah saya sampai ke hujung dunia sekalipun. Kalau dah nama tak ada jodoh, sampai kiamat pun takkan bersatu.” Kata-kata aku itu membuatkan Rayyan membungkam di situ. Membatu. Terus termati langkah kakinya yang ingin mengejarku. “Kita memang tak ada jodoh, Megat Rayyan. Tak perlulah mengulang baca buku yang sememangnya pasti akan berakhir duka. Buang masa.” Pantas aku berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience