BAB 9

Romance Completed 13446

“TWO cones of ice cream please!”

“Two?” soal Uncle Malik hairan. Dipandang aneh wajahku dengan seribu tanda tanya – mungkin sedang menanti penjelasan daripadaku. Aku sekadar tersengih memandangnya. “He he, untuk kawan.”

“Kawan? Sejak bila kamu ada kawan, Adik Manis?”

“Sejak saya dilahirkan lagi,” selorohku selamba, langsung tidak menghiraukan wajah bingung lelaki itu. Berkerut seribu wajahnya dikerjakanku! “Kamu ni.. scary lah Adik Manis.”

“Mana ada scary, Uncle. Instinct Uncle je tu,” sangkalku.

“Mmm.. nah. Your two cones of ice cream. Enjoy the evening,” ucapnya ceria seraya menghulurkan dua batang kon ais krim kepadaku. Aku menyambut huluran itu dengan sebaris senyuman yang mekar di bibir. Not RM2 aku seluk dari dalam poket jeans lalu diberikan kepada lelaki tua itu.

“Thanks, Uncle Malik. Lain kali singgahlah ke sini lagi,” pelawaku. Tersenyum lebar Uncle Malik mendengar pelawaan itu. “Uncle okey je, asalkan ada customer. Kalau Adik Manis sudi mahu beli my ice cream hari-hari, confirm Uncle singgah!”

“Dah beli?” tegur satu suara dari arah belakang. Pantas aku menoleh untuk melihat wajah si empunya suara seksi itu. Tersenyum bibirku terlihatkan Rayyan di situ. Dua keping not biru dihulurkan kepadaku. Aku angkat kening. “Duit apa ni?”

“Duit ais krim lah..”

“Oh.. it’s okay. Saya dah bayar dah pun,” ucapku lembut seraya tersenyum. Uncle Malik di sebelah begitu asyik memerhati gelagat kami. “Ehem!” dehamnya kuat. Serentak itu juga aku menoleh – memandangnya pula.

“Boyfriend kah?” soalnya penasaran. “Eh mana ada. Ini bos saya lah, Uncle.”

“Ha’ah, saya boyfriend dia,” sampuk Rayyan tiba-tiba. Tersentak aku dibuatnya gara-gara cerita autanya itu. Wajahnya aku pandang tajam – dengan mata yang dibeliakkan. Tanda isyarat agar dia mengakui perkara yang sebenar.

“Oh ya kah? Kamu berdua ni loving couple kah?” soal Uncle Malik inginkan kepastian. Dapat aku tangkap riak sedih di sebalik wajahnya. Suaranya yang tiba-tiba sahaja bertukar serak cukup membuktikan perasaan itu. Aku bingung sendiri. “Err uncle, sebenarnya..”

“Uncle, kami minta diri dulu ya? Lain kali kami beli ais krim you lagi. Bye!” potong Rayyan tiba-tiba, seraya menarik lenganku jauh dari situ. Sekali lagi aku tersentak gara-gara perbuatannya, namun diturut sahaja langkah kakinya dari belakang.

“Awak ni dah kenapa, Encik Rayyan?” soalku geram. Pantas aku melepaskan pautannya di lenganku. Tidak manis jika dilihat orang, especially jiran. “Kenapa apa?”

“Kenapa tiba-tiba aje mengaku saya ni girlfriend awak? Awak tak malu ke?”

“Buat apa nak malu?” soalnya dengan wajah yang menyakitkan hati – annoying. Mahu sahaja aku sepak wajah itu tapi.. aku masih belum berani. Masih gerun akan title minor boss yang dipegang oleh lelaki itu.

Nafas dalam aku tarik sebelum meneruskan kata-kata. Aku mendongak – memandang dalam mata amber milik lelaki itu tanpa rasa silu. “Awak.. harus malu.”

“Tapi kenapa?” sekali lagi Rayyan menyoal sambil membalas renungan mataku. Aku hanya mampu menahan rasa. “Sebab.. saya tak sesuai untuk awak.”

“Siapa kata?”

“Saya yang kata. Orang lain pun turut mengatakan hal yang sama.”

“But.. I don’t think so,” ucapnya seraya mengalihkan pandangan ke arah lain. Perlahan-lahan dia menapak ke hadapan – meninggalkanku di belakang. Namun, langkahnya termati untuk seketika waktu. “Saya tak rasa yang awak tak sesuai untuk saya. Malah, saya dapat rasakan awaklah yang terbaik untuk saya.”

Gulp! Aku terkedu di situ.Terkejut beruk akan kata-kata lelaki itu. Namun, riak di wajah masih aku kawal. Tidak mahu digelar syok sendiri pula. “Err.. Encik Rayyan.”

“Saya tahu kita tak setaraf, tak sedarjat. Tapi tak salahkan kalau kita berkawan?”

“Err.. Encik Rayyan.”

“Apa?”

“Ais krim ni nampak macam dah cair. So, apa kata kita makan?” cadangku. Sengaja aku mengubah topik. Malas pula hendak berbahas soal status, darjat, keturunan ataupun sebaliknya.

Ais krim Vanila yang kian cair itu aku jilat – takut sekiranya meleleh. “Alamak! Mana ais krim saya?”

“Ni.. ni,” Penuh cermat aku menghulur kon ais krimnya yang dipegangku sejak dari tadi. Perlahan-lahan Rayyan menyambut huluranku itu. Dia mencebik. “Ala.. dah cair.”

“Itulah.. bebel je tadi. Mmm.. Encik Rayyan.”

“Apa lagi?”

“Jom duduk kat buaian tu!” ajakku selamba, seraya tersengih memandangnya. Rayyan turut memandangku, lalu memandang buaian itu. Kemudian, dia kembali memandangku bersertakan sebaris senyuman. “Jom!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience