BAB 2

Romance Completed 13446

Saat munculnya sebuah teksi yang dinanti-nantikan, aku lantas bangun daripada terus duduk. Beg roda yang terletak elok di tepi mula ditarik. Rayyan di sisi langsung tidak diendahkan, seolah-olah lelaki itu sekadar patung bernyawa.

Baru sahaja aku ingin membuka pintu teksi, tiba-tiba, tanganku digenggam kemas. “Nina, tolong jangan tinggalkan saya. Saya masih perlukan awak, Nina. Saya sayangkan awak, cintakan awak. Tolong jangan perlakukan saya sebegini. Saya tak boleh hidup tanpa awak,” berbunga-bunga sahaja kedengaran rayuan itu di pendengaranku. Aku tersenyum sinis, mengalihkan pandangan ke arah wajah kacak persis Chris Evans itu.

“Sayang? Cinta? Oh Megat.. awak simpan ajelah cinta sayang awak tu. Saya tak perlukannya, dan saya tak percayakannya. So, go ahead. Pergi, tinggalkan saya. Lupakan saya. Assalamualaikum,” ucapku sayu seraya memboloskan diri daripada genggaman lelaki itu.

“Nina.. Nina,” Pintu teksi lantas aku tutup tanpa menghiraukan suara itu. Air mata yang kian laju mengalir diseka perlahan. Sedih dengan kenyataan dan takdir Tuhan.

“Cik.. kita dah boleh gerak?” soal Pak Cik Teksi cukup prihatin. Aku senyum, lalu mengangguk. “Gerak je lah, Pak Cik.”

“Habistu, macam mana dengan kekasih Cik tu? Takkan Cik nak tinggalkan dia macam tu aje? Kesian dia, Cik..”

“Biarkan je lah. Jom kita gerak. Saya dah lambat ni,” putusku akhirnya, cukup penat dengan situasi seperti ini.

“Bik.. buka pintu! Please! Saya merayu pada awak!”

“Nina! Please don’t leave me! Nina! Please!”

“Just God knows how I love you Nina! Please don’t do this to me! Ninaaa!”

Masih kedengaran suara jeritan Rayyan di luar tingkap. Aku pejam mata – menahan segala rasa di hati, melepaskan segala-galanya untuk pergi. Mungkin sudah tiba masanya.

Wajah tercengang Pak Cik Teksi di sebelah aku pandang. Terkebil-kebil mata tua itu memandangku. “Tunggu apa lagi, Pak Cik? Jomlah kita gerak.”

“Hmm,” Pak Cik Teksi itu menurut perintah. Dengan lafaz Bismillah, perlahan-lahan teksi itu dipandu pergi dari situ. Aku menarik nafas lega, wajah si dia aku pandang melalui side mirror. Masih jelas kedengaran suara jeritannya. Suara jeritan yang melarangku untuk pergi. Namun apatah daya, takdir melarangku untuk terus berada di situ. Dan takdir melarangku untuk bersama dengan si dia.

“Bibik jangan pergi!”

Aku tersenyum saat terdengarkan suara itu. Meskipun teksi ini semakin jauh dipandu, namun aku bisa mendengar teriakan suara itu. Mungkin tidak sekuat tadi tapi masih.. Masih aku dengar.

“Selamat tinggal, cinta. Pergilah engkau bersemadi bersama ayah dan ibu.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience