BAB 29

Romance Completed 13446

SIARAN 103 aku usik seketika. Jam antik di dinding sempat aku pandang sekilas. 10 malam. Selalunya akan ditayangkan filem-filem menarik di slot Mega Movie pada setiap malam Sabtu. Remote control Astro aku capai. Butang Info ditekan.

Now watching Captain America.

Terpampang wajah Chris Evans?”Lautner di kaca televisyen. Huh! Tersentak aku dibuatnya. Terkejut. Sangkaku Megat Rayyan masuk tv lah tadi. Haha! Megat Rayyan lah sangat. Tapi.. wajah mereka memang seiras lah. Walaupun tak seratus peratus, namun tetap ada persamaannya. Buktinya, bila terpandangkan Megat Rayyan, pasti minda ini teringatkan Chris Evans?”. Bila terlihatkan Chris Evans?”pula, pasti otak ini terbayangkan Megat Rayyan.

Ah, sudahlah kau Nina. Sudahlah. Tak payah nak merepek macam terlebih makan kerepek sangat. Kalau dah suka tu, memang semuanya nampak sempurna. Perfect. Yang hidung peset pun boleh jadi mancung. Yang mata cemeng pun boleh jadi sepet. Yang mulut senget pun boleh jadi teratur. Haa.. itulah sebabnya orang selalu kata, cinta itu buta. And yes, I agreed. “Siapa suruh kau tengok tv?”

Gulp! Liur aku telan, kesat. Terdengarkan suara garau itu, terus tegak aku berdiri – macam komander melatih kawad. Terus tegak juga bulu roma aku. At the same time, meremang. Kain baju kurung yang sedikit terselak aku perbetulkan. Tak mahu mencetuskan adegan yang berada di luar akal. Hah, faham-fahamlah sendiri!

Aku pandang dia sebelum tersenyum. “Assalamualaikum, Encik Noah. Err.. Encik Noah dah makan? Kalau belum, saya boleh tolong hidangkan.” pelawaku, selamba.

Noah sekadar menayang muka tak ada jiwa. “Dah. Kau buat apa kat sini? Apasal tak tidur lagi? Dah tak kenal siang dengan malam ke?” Pedas dia menyindir. Langsung tak berlapik.

Namun, bibir kekal tersenyum. “Saya.. tak mengantuk lagi, Encik Noah. Lagipun, saya tengah tunggu Mak Bedah dari tadi.” Ya, memang aku ternantikan Mak Bedah sedari tadi. Kata Nenda, bekas pekerjanya itu akan menemaniku setiap malam sementara Nenda tiada di sini.

Terlihatkan Noah yang mula membisu, aku kembali duduk di atas sofa. Kelihatan Noah turut melabuhkan punggung di sebelahku. Selamba. Langsung tak mempedulikan riak wajahku yang jelas kaget. Ketakutan. Hati sudah gelisah sendiri. “Kau tengok cerita apa ni?” soalnya penasaran. Mood garangnya tadi sudahpun mati.

Kepala aku toleh, memandangnya di sebelah. “Captain America.”

Dia sekadar mengangguk tanpa perasaan. Nampak gaya macam tak berminat. “Awak tak keluar ke malam ni?” soalku gila berani. Hmm.. selalunya waktu-waktu macam ni, mamat tu sudah lesap. Keluar berjoli di luar sana. Pantang malam minggu. Memang ke kelab ke kita lah aktiviti dia. “Tak. Aku off malam ni.” jawabnya senang hati.

Terjongket kening aku tuk seketika. Macam tak percaya. “Aik? Kenapa pulak? Aweks merajuk ke?” Perkataan aweks sengaja aku tekankan. Saja nak perli.

Dia hanya senyum. “Tak ada lah. They are just fine. Aku cuma tak ada mood. Plus, tak sampai hati nak tinggalkan kau. Well, Nenda kan tak ada malam ni.” Wait. Apa dia kata? Tak sampai hati nak tinggalkan aku? Apasal aku rasa ada hati yang terharu sekarang ni? Haha. Terharu ke aku? Err.. takkan buaya ni baru touch up sikit, kau dah terharu Nina? OMG.

“Awak kalau nak keluar, awak keluar aje lah. Saya tak kesah.” Jujur aku berkata. Sememangnya, aku lebih selesa jika dia keluar daripada terperap kat dalam rumah ni. Almaklumlah, hanya kami berdua aje di sini. Macam-macam benda boleh terjadi. Tak mustahil, terutamanya bila terkenangkan sikap buaya si Noah ni.

“Apasal kau pengsan siang tadi?” Noah mula menukar topik. Membuatkan aku gelisah tak semena-mena. Air muka yang jelas berubah aku cuba sorokkan. Sedaya upaya riak selamba ditayangkan. “Entah. Perut masuk angin kot.” Alasan dikemukakan. Mujur masuk akal.

“Ooo.. perut masuk angin. Okey, jawapan logik. Boleh diterima. Good answer. Then, macam mana pulak gelas boleh pecah? Terpaku sangat ke tengok wajah kawan aku yang kacak tu?” sindirnya. Selamba gila! Geram aku dibuatnya. Rasa macam nak cekik-cekik aje leher dia!

Aku berdeham sebelum meneruskan kata-kata. Saja nak membasahkan tekak. Tambah lagi nak memujuk hati yang gusar. Senyuman diukir. “Bukan terpaku, cuma terkejut. Yalah.. saya ingatkan Encik Noah jemput ramai kawan. Tapi yang datang, tuptup, seorang aje. Huh.. dahlah saya masak banyak. Membazir betul.”

“Ya ya lah tu..”

“Yalah! Takkan saya nak tipu kot?” Dan kenyataannya, memang aku tipu. Haha.

Noah sekadar mencebik. “Manalah tahu kau tipu. Kau tu.. bukannya boleh percaya sangat.” Terasa macam terkena batang hidung sendiri. Huhu. Pandai pula mamat ni meneka. Dah boleh jadi tukang tilik rasanya. Cuma perlu bersara jadi buaya aje.

“Saya tak minta pun Encik Noah percayakan saya. Lagipun, saya ni bukannya boleh percaya sangat.” Sengaja aku mengulang ayatnya. Nak tunjuk protes. Dan juga, nak sakitkan hati dia. Haha. Dan ternyata, hati dia memang sakit. “Dah diam. Jangan cakap dengan aku. Aku nak tengok tv.” Keras Noah bersuara. Marah benor nampaknya.

Aku sekadar membatu, membisu. Sama seperti dia. Namun, hati sudah terkekek-kekek ketawa sendiri. Kahkah, padan muka!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience