BAB 23

Romance Completed 13446

“Sofi kecewa dengan Nina.. Sofi tak sangka Nina sanggup ambil benda haram tu.”

“Mak Umi ingat, Nina ni baik orangnya. Tapi Mak Umi silap.”

“Nampak je baik. Polos. Tapi kenyataannya, macam bangkai. Huh!”

BERGEMA kuat ucapan perpisahan yang aku peroleh sebentar tadi, di pendengaran. Sedih. Sebak. Tidak sangka mereka turut mempercayai fitnah yang jelas karut itu. Ya, karut! Kononnya aku ambil ganja, hisap ganja, simpan ganja. Ah, merepek. Melalut. Langsung tak logik. Masakan perempuan naif lagi polos seperti aku bisa dituduh gian?

Pipi yang basah dek air mata aku lap dengan sapu tangan. Tersenyum manis aku menghadap cermin. Tampak ceria dan bahagia, meskipun mata sudah merah menyala. Namun, apa yang tersorok di segenap hati kini, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Hanya Dia. Bukan Rayyan. Bukan sesiapa.

Rayyan.

Air mata kembali mengalir tatkala nama itu terlintas. Nama yang sudah aku padam dari kamus hidupku kini. Dan.. mulai detik ini, tiada lagi insan yang aku kenal bernama Rayyan. Melainkan Rayyan (Ryan) Giggs. Coach pasukan bolasepak Manchester United.

Beg roda yang jelas berat aku tarik perlahan. Dibawa keluar dari bilikku sebelum melintasi dapur. Usai itu, aku bergerak ke ruang tamu pula. Memerhati segenap ruang yang tampak kosong itu. Sekosong perasaanku kini. Namun, tatkala mata ini terlekat pada sebuah sofa, perasaan mula berkecamuk. Bercampur baur.

“Chris, Chris Evans?”?”

“Ha ha, am I? But I’m Rayyan. Megat Rayyan, as mummy said just now.”

“Hah?”

“Feel sorry to say this, but I think your ears got problem. Mmm.. I’m Rayyan, awak dengar tak?”

Sebaris senyuman terukir di bibir tika peristiwa itu bermain di minda. Peristiwa sewaktu aku bersua muka dan berkenalan dengannya buat kali pertama. Dan ketika itu.. hati sekadar berbunga-bunga. Bahagia. Tidak menderita seperti sekarang.

Pintu utama aku buka, perlahan. Meloloskan diri dari dalam, sebelum menutupnya kembali. Mata aku pejam. Rapat. Seolah-olah berat. Berat untuk meninggalkan rumah yang banyak menyimpan kenangan ini.

Tiga tahun.. Tiga tahun aku menetap di sini, membesar di sini, menyara di sini, menangis di sini. Segala-galanya di sini. Tapi kini, tidak lagi. Aku harus pergi dan mulakan hidup yang baru. Berdikari. Mungkin.. takdirku bukanlah di sini tuk selamanya.

Selang beberapa minit kemudian, barulah aku tiba di bus-stop. Satu-satunya bus-stop yang paling dekat dengan Vila Idaman. Jaraknya hanya beberapa meter sahaja. Tak sampai sekilometer.

Beg roda yang sememangnya berat dan sarat aku letakkan elok di tepi. Ingin melepaskan penat dan lelah yang menguasai diri. Namun, minda ini masih berasak-asak memikirkan destinasi yang sewajarnya aku pergi. Destinasi untuk aku berteduh hari ini. Hmm.. hotel? Tepi jalan? Tepi lorong?

Sigh.

Punggung aku labuhkan untuk seketika. Sementara ingin menunggu kemunculan Pak Cik Teksi. Hmm.. entah ada teksi ke tidak ni. Nampak lengang sahaja. Yang ada hanyalah kereta-kereta mewah yang lalu-lalang. Haih, masak aku begini!

Telefon bimbit jenama Nokia aku seluk dari poket jeans. Mencari-cari nama Pak Cik Teksi yang pernah aku simpan beberapa tahun yang lalu. Banyak. Ada sembilan nama Pak Cik Teksi keseluruhannya. Tanpa melengah-lengahkan masa, nombor Pak Cik Teksi aku dail. Pak Cik Hamdan. Pak Cik Teksi pertama yang pernah berkhidmat untukku.

“Assalammualaikum..” Kedengaran ada suara yang mengucapkan salam. Suara yang.. tidak asing di pendengaran ini. Dan suara itu.. sememangnya aku kenal. Cukup kenal. Tapi takkanlah itu suara..

Ah, tak mungkin lah. Mustahil. Aku salah dengar agaknya ni, sangkalku. Malas mahu berharap.

“Nina..”

***

Lapan bulan kemudian..

“COFFEE, sir.”

“Thank you..” Segaris senyuman dikuntumkan buat pelayan itu. Ramah. “If there’s anything else, just make an order.”

“Sure,” balasnya perlahan. Masih tersenyum seperti tadi. Pandangannya kini dialihkan – memandang gambar-gambar manis yang pernah diuploadnya di laman Instagram dahulu. Gambar dia dan Nina. Nina Aulia. Si bibik yang pernah mencuri hatinya dahulu. Dan kini.. masih. Masih lagi dicurinya.

Senyuman kian mekar tatkala terkenangkan memori-memori yang ditinggalkan di sebalik gambar. Kata Yuna, setiap gambar ada lagunya. Tapi kata Megat Rayyan, setiap gambar ada kisahnya, kenangannya. Kenangan yang tidak mungkin mampu untuk dilupakan, sampai bila-bila.

Kopi yang dipesannya sebentar tadi dihirup seketika. Coffee Beans. Kopi yang sering dibancuh oleh Nina dulu khas untuknya. Tatkala diri ini teringatkan Nina, rindukan Nina, pasti Coffee Beans bakal dipilih, meskipun rasanya tidak sama. Langsung tidak.

“Ops, sorry. Tak sengaja. Cik okey?”

“Tak apa, tak apa. Saya okey.”

Suara itu. Macam kenal. Macam suara..

Pantas Rayyan menoleh. Memandang si jejaka dan si gadis yang sedang sibuk memungut buku-buku yang berteraburan di atas lantai. Lama. Dan.. tika mata ambernya melekat pada wajah gadis itu, dia pantas bangun. Bangkit. Setapak demi setapak gadis itu dihampirinya, dipaut lengannya. Akibat rasa terkejut yang amat, lantas gadis itu menoleh. Mendongak. Dan memandangnya. Serentak itu juga, mata mereka bertaut. Kemas.

“Ni.. nina?”

Aku terdiam sejenak, membeku seperti ais batu. Kaku. Kaku tubuh aku tuk seketika.

Terkejut. Tergamam saat terpandangkan seraut wajah itu. Terlihatkan mata ambar itu. Rindu.

Air mata yang asyik bertakung sedari tadi aku cuba tahan. Enggan menangisi masa lalu. Penat. Entah mengapa, hati ini terasa sedih. Sebak. Pilu. Terasa seperti ada luka lama yang terkopek kembali, berdarah tak henti-henti. Pedih. Perit, sehinggakan jiwa ini menjerit.

“A.. awak buat apa kat sini?” Terketar-ketar aku menyoal. Masih terkejut akan keberadaan lelaki itu di sini. Tak sangka. Hmm.. setelah berbulan-bulan dia melarikan diri, melangkah pergi, kenapa harus bertemu lagi? Bertembung lagi? Adakah ini yang dikatakan sebagai.. jodoh?

Oh Nina. Sudah-sudahlah tu. Berhenti berharap, berhenti berangan. Kalau memang Tuhan jodohkan aku dengan dia, pasti sudah lama kami bersatu, bukan? Pasti sudah lama kami kecapi bahagia. Ini tidak.. asyik berpisah aje. Asyik menderita aje. Terasa pahit segala-galanya.

Rayyan memandang aku. Anak mata ini masih setia dipanahnya, direnungnya. Dalam. Sedalam perasaan yang mengalir dalam jiwanya. Sedalam cinta aku padanya. Kali ini, aku didekatinya, dirapatinya. Perlahan-lahan kaki panjang itu menapak ke hadapan – mendekati aku.

Gugup aku untuk seketika, tatkala terpandangkan jarak antara kami yang boleh diertikan sebagai rapat, dekat. Aku tunduk – memandang lantai. Jantung tak lekang minta dipam darah – berdegup sepanjang masa. Dada pula bukan main kuat debarannya. Mana taknya, haruman Giorgio Armani yang dipakai lelaki itu sudah menusuk ke dalam hidung aku. Berasak-asak. Sesak dada aku dikerjakannya.

Seketika kemudian, barulah aku angkat muka – memandang wajah si dia yang penuh pengharapan. Apa yang diharapkan? Entahlah. Aku sendiri tak tahu dan aku tak nak tahu. Terlihatkan mata ambar itu, hati kembali dipagut rasa sayu. Sedih. Pilu. Ada rindu di sebalik mata itu. Ada rindu yang membuku. “Saya.. saya rindukan awak, Nina..” ucapnya seraya memeluk aku, selamba.

Terkaku tubuhku untuk seketika. Beku. Tak sangka begitu pula reaksinya. Tak terduga.

“Dah lama saya cari awak, Nina.. Tapi tak jumpa-jumpa. Risau saya dibuatnya. Mujurlah harini Tuhan pertemukan kita. Alhamdulillah..” Sayu kedengaran suara itu. Pilu. Tubuhku masih kemas dipeluk Rayyan. Kuat, seakan-akan enggan melepaskanku, enggan merelakan pemergianku. Aku sekadar membiarkan, terus membeku di situ.

Pelukan dileraikan. “I’m so sorry, Nina.. So sorry and I’m really mean it. Saya tak pernah buang awak, campak awak dari hidup saya. Sumpah tak pernah, Nina. Demi Allah.” Tak pernah buang aku? Tak pernah campak aku? Bukan ke selama ni kau dah berbuat sedemikian, Rayyan? Membuang aku seolah-olah aku langsung tak bererti. Mencampak aku seakan-akan aku tiada harga diri. Macam barang terpakai. Nak lebih power lagi, macam sampah. And now.. what? Kau nak pungut aku? Kau nak jilat balik apa yang kau dah ludah dulu?

Tanpa disedari, ada cecair yang menitis di pipi. Hangat. Rasa sebak mula menyelubungi diri. Sebak maha amat. Sedih. Sesungguhnya, hanya Allah saja yang tahu apa yang terbuku di hatiku kini. Aku tersenyum sinis, memandang Rayyan. “Stop saying sorry to me. Your sorry means nothing. I’m just.. sick of it.” luahku perlahan. Air mata yang kian galak mengalir aku seka kasar. Sudah penat hendak membazirkannya pada orang yang salah. Sudah letih.

Rayyan sedikit terkejut. Ada riak serba-salah di wajahnya. “But Nina, I’m really mean it. Maksud saya, saya benar-benar ikhlas minta maaf pada awak. Saya tahu, saya salah dalam hal ni. Saya tak patut..”

“Don’t say tak patut kalau awak dah mematutkannya. Sudahlah, Rayyan. Anggaplah semuanya dah berakhir, dah terkubur. Buat apa awak nak kenang masa lalu? It’s too sad to be thought. Saya.. saya dah lama lupakan kesalahan awak, kesalahan mummy awak. Cukuplah, Rayyan. Enough.” Aku menjauhinya, mengambil langkah untuk pergi. Namun, langkah itu termati saat Rayyan menghalang. Enggan melepaskan diriku.

Kali ini, tangan sasanya mula mencapai bahu aku. Menahan tubuhku agar tidak membelakanginya. Mata masih tajam merenungku. “After 3 years 7 months 4 weeks 2 days of waiting you, awak ingat semudah tu je saya dapat lepaskan awak? Lupakan awak?”

Tersentap. Ya, aku tersentap akan kata-katanya itu. 3 tahun 7 bulan 4 minggu 2 hari? Itukah jangka masa Rayyan menunggu aku? Huh, entah ya entah tidak. Macamlah aku nak percaya. Pasti dia sengaja nak membantutkan niat aku. Alah.. Rayyan. Macamlah aku tak kenal perangainya. Asyik bermanis mulut sepanjang masa. Itulah sebabnya hati ini tak henti-henti terpaut padanya, tergila-gilakannya. Oh Tuhan.. bodohkah aku? Ya, aku memang bodoh. Bodoh sebab mudah tunduk pada Megat Rayyan.

Senyuman sinis diukir. “Apa susahnya nak lupakan saya? Saya bukannya model jelita, bukan juga anak orang berada. Saya bibik aje kot. BIBIK. Bibik lepasan SPM. Huh.. see. Apa je yang saya ada sampaikan awak susah sangat nak lupakan saya?” Tajam mata ini merenungnya. Geram. Menyampah. Meluat. Semuanya ada.

Rayyan menghela nafas. Tenang saja lagaknya. Langsung tiada aura nak mengamuk. Perlahan-lahan tangan aku dicapainya, lalu diletakkan pada dada kirinya. Tergamam aku sejenak. Terkedu.

Seperti dahulu juga, jantungnya berdetak kuat bagaikan mahu pecah. Dup dap dup dap. “Awak ada ini – hati saya. Itu yang membezakan awak, dengan mereka. Itu yang membuatkan saya, jadi gila.”

Gulp! Rasa macam ada kepala yang nak pitam sekarang ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience